JDT Akan Hadapi Aksi Persahabatan Menentang Bekpes Hot

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan pasukan daripada radio nombor 1 Malaysia, Bekpes Hot. Menerusi satu perkongsian yang dibuat laman media sosial rasmi Hot FM, JDT bakal berentap dalam satu aksi persahabatan dengan Geng Bekpes Hot. Perlawanan itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada minggu hadapan. Penyampai-penyampai radio di […]
Futsal JDT Umum Ketibaan Jurulatih & Bintang Baharu Musim 2024

Selepas meraih gelaran naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu bangkit untuk saingan musim depan. Hari ini, JDT mengumumkan ketibaan dua muka baru iaitu jurulatih kecergasan, Jesus Rey Gonzales dan pemain futsal kebangsaan, Yazid Kamaruzuan. Gonzales dibawa masuk bagi membantu pengendali pasukan, Juan Antonio Miguel Garcia […]
JDT Rangkul Gelaran Juara Liga KPM Tewaskan Perlis

Johor Darul Ta’zim (JDT) B-17 merangkul gelaran juara Liga Piala Remaja KPM-FAM B17 2023. Aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyaksikan wakil JDT, SMK Taman Desa Skudai berjaya menewaskan wakil dari Perlis, SMK Syed Hassan. Jaringan tunggal di babak pertama perlawanan telah menjulang JDT menjadi juara. Aksi di separuh masa kedua tamat […]
JDT B-12 Muncul Juara Youth Champions League, Belasah Wakil Singapura 8-2

Skuad bawah 12 tahun (B-12) Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menambah satu lagi koleksi trofi dengan menjuarai Puma Youth Champions League. Kejayaan itu dilakar selepas mereka membelasah wakil Singapura, Island City 8-2 Padang Mawar Pasir Gudang hari ini. Ubi muda Harimau Selatan tahu mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk bergelar juara kejohanan. Namun begitu, […]
Akademi JDT Terlepas Dakap Piala, Tewas Kepada AMD

Akademi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlepas peluang meraih Piala Menteri Pendidikan (KPM) 2023 hari ini. Ini selepas mereka dikecewakan skuad B-14 Akademi Mokhtar Dahari 3-2 dalam aksi final yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Ubi muda JDT layak ke final selepas mengetepikan cabaran skuad muda JDT B di pentas separuh akhir […]
Jordi Amat Akui JDT Sudah Mencuba Sehabis Baik

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui pasukan itu telah melakukan yang terbaik semasa turun menentang Kawasaki Frontale. Aksi kelima Kumpulan I itu menyaksikan Harimau Selatan tunduk 5-0 kepada tuan rumah semalam. Keputusan itu menyaksikan JDT tersingkir dari peringkat kumpulan ACL. Ini sekaligus menjadikan perlawanan menentang BG Pathum United pada 12 Disember […]
“Motivasi Pemain Terengganu Kini Final Piala Malaysia” -Matyo

Selepas mengharungi saingan Liga Super musim ini dengan penuh turun dan naik, Terengganu FC kini mungkin sudah mengalihkan fokus bagi menghadapi aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan 8 Disember depan. Bagi bekas pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan gelaran Matyo, beliau berpendapat aksi final Piala Malaysia akan […]
Tano Solari Yakin JDT Bakal Pamer Aksi Berkelas Dunia

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari kekal optimis pasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik berdepan jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale. Solari mengakui perlawanan ini penting buat JDT bagi menjamin tempat ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. Sedar tentang kelebihan yang dimiliki Kawasaki Frontale, Tano Solari bagaimanapun enggan mengaku kalah dan yakin JDT […]
Takuma Ominami Sasar Kawasaki Frontale Dominasi Aksi Berdepan JDT

Pemain pertahanan Kawasaki Frontale, Takuma Ominami mahu pasukannya mendominasi permainan apabila turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todoroki. Dalam sidang media pra perlawanan tersebut, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa mereka mahu mencatatkan kemenangan di laman sendiri memandangkan ini aksi terakhir mereka di gelanggang mereka bagi […]
TMJ Berminat Beli Saham Kelab Jepun

DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim kelihatan berminat untuk memperluas portfolio bola sepak baginda selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Terbaru, baginda berkesempatan mengadakan pertemuan dengan dua wakil J-League semasa berada di Tokyo, Jepun hari ini. Pertemuan tersebut diadakan bagi melihat kemungkinan pelaburan dan pembelian saham kelab bola sepak Negara […]
Ini Rekod Tiga Pertemuan Akhir JDT Berdepan Kawasaki Frontale

Bahang semakin terasa menjelang pertemuan antara JDT dan Kawasaki Frontale pada hari Selasa ini. Kedua-dua pasukan kini dalam misi mendapatkan 3 mata berharga dalam menjamin tangga 2 teratas kumpulan I Liga Juara-Juara Asia. Aksi di Stadium Kawasaki Todoroki kelak bakal menjadi pertemuan keempat kedua-dua pasukan setelah dua musim berturut-turut JDT dan Kawasaki ditempatkan dalam kumpulan […]
Farizal Marlias Rekod 100 Aksi Tanpa Bolos Bersama JDT

Bekas penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias mencipta rekod tersendiri bila membantu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengalahkan Kuching City FC beberapa hari lepas. Ini kerana dalam perlawanan itu, Farizal merekodkan 100 perlawanan tanpa bolos bersama Harimau Selatan. Ini satu pencapaian membanggakan buat Farizal memandangkan musim ini beliau banyak bertindak sebagai pemain sokongan kepada […]
JDT Berpeluang Tamatkan Badi Buruk Berdepan Kelab Jepun

JDT kini berpeluang untuk menamatkan badi kekalahan ke atas kelab Jepun setelah kali terakhir mengecapi kemenangan pada tahun 2019 yang lalu. Syafiq Ahmad muncul wira pasukan untuk menewaskan Kashima Antlers menerusi jaringan tunggal dalam perlawanan terbabit dimana kemenangan itu turut menjadi kemenangan sulung JDT dalam kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL). Setelah itu, JDT mengalami […]
JDT Pasukan Pertama Guna Teknologi ProPitch Di Malaysia

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus berusaha menambahbaik kualiti semua kemudahan mereka termasuk Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Terbaru, pengurusan Harimau Selatan telah menggunakan sistem pemacu pengurusan data padang ProPitch bagi menambahbaik kualiti padang SSI. Peralatan ujian ProPitch membantu penyelia padang mengetahui keadaan sebenar padang dalam pelbagai aspek termasuk tarikan dan keteguhan rumput. Dengan […]
Perjalanan Gemilang Seluruh Lapisan Skuad JDT Musim 2023

Seluruh lapisan pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengharumkan nama negeri Johor dengan layak ke final kejohanan berstatus piala untuk tahun 2023. Pencapaian membanggakan ini dikongsikan oleh pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman di akaun X beberapa jam lepas. Skuad utama Harimau Selatan sudah menunjukkan keinginan untuk mengulangi kejayaan menjulang empat piala pada tahun […]
JDT Jadikan Kuching City Medan Persiapan Ke Asia

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu memburu kemenangan ke atas Kuching City dalam perlawanan terbaru Liga Super yang berlangsung esok. Kemenangan yang diraih bakal menjadi tonik semangat buat Harimau Selatan untuk aksi ACL seterusnya menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale. Justeru, kapten JDT, Jordi Amat berharap matlamat tersebut dapat dicapai bagi membolehkan mereka merekodkan […]