Helio Neto Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Pemain import pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Helio Neto mengumumkan perpisahannya bersama skuad Harimau Selatan. Pemain kelahiran Brazil itu menyertai JDT daripada salah satu pasukan pencabar musim lepas, Gombak TOT United pada awal Januari yang lalu. Setelah beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), jodoh pemain berusia 32 tahun itu bersama JDT […]

“JDT Merendah Diri Namun Mahu Juara” – Miguel Garcia

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) Juan Antonio Miguel Garcia tidak mahu anak-anak buahnya mendabik dada meskipun memiliki jurang mata yang jauh berbanding seteru utama mereka. Miguel Garcia yang ditemui selepas aksi MPFL berdepan KL City pada Ahad berkata perjalanan liga masih lagi panjang dan beliau mahukan anak-anak buahnya untuk kekal fokus dan hormati […]

MPFL: JDT Bangkit Belasah KL City

JDT meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) apabila bangkit dari ketinggalan untuk membelasah KL City pada Ahad. Selepas berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas seteru utama, Pahang Rangers minggu lalu, JDT berkunjung ke ibu kota untuk berdepan KL City yang merupakan pasukan tercorot liga. Skuad Harimau Selatan membariskan pemain-pemain terbaik yang […]

MPFL: JDT Mandi Peluh Tewaskan Pahang Rangers

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bermaharajalela untuk menewaskan Pahang Rangers bagi aksi MPFL hari ini. Skuad kendalian Juan Antonio Miguel memulakan aksi dengan begitu cemerlang untuk mengawal permainan dengan 60 peratus pada babak pertama. Gol pembukaan berjaya disudahkan oleh Danial Dain dan juga Awaluddin Mat Nawi sebelum Filipe De Souza merapatkan kedudukan. Aksi babak […]

“Tiada Tekanan Berdepan JDT” – Gerard Casas

Pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas tidak mahu anak-anak buahnya dibebani tekanan melampau menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu. Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim lalu itu kini menduduki tangga kedua carta liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan, dua mata ketinggalan di belakang pendahulu, JDT. Meskipun kedua-dua pasukan masih belum mencatatkan […]

JDT Tewas Berdepan Wakil Indonesia, Bintang Timur Surabaya

Skuad JDT Futsal terpaksa akur tunduk di tangan gergasi futsal Indonesia, Bintang Timur Surabaya dalam aksi persahabatan antarabangsa. Skuad Harimau Selatan sebelum ini dilaporkan terbang ke Surabaya, Indonesia bagi melakukan persiapan rapi menjelang baki saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2024. Perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup pada Sabtu lalu itu menyaksikan Bintang Timur Surabaya bermula […]

Bintang JDT Kembali Perkuat Pasukan Berdepan Sabah

Khabar baik diterima oleh kem futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila salah seorang bintang mereka kini dijangka kembali memperkuat pasukan dalam masa terdekat. Pemain yang dimaksudkan merupakan Ekmal Shahrin yang merupakan tonggak utama yang berperanan sebagai pivot pasukan JDT sejak musim 2023 yang lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal, kelibat pemain […]

7 Pemain JDT Ketuai Cabaran Malaysia Di Thailand

Malaysia mengumumkan senarai pemain futsal yang akan membawa cabaran negara ke kejohanan jemputan di Thailand sebagai persiapan menghadapi kejohanan rantau Asia Tenggara. Senarai 16 pemain yang mendapat panggilan ini diumumkan melalui siaran media yang dimuatnaik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di media sosial rasmi. Skuad kali ini diwakili seramai tujuh pemain dari pasukan pendahulu […]

MPFL: JDT Garang Atasi Selangor

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah menewaskan Selangor di Pasir Gudang. JDT turun dengan misi memburu kemenangan keempat liga manakala Selangor yang dibimbing Edgar Baldasso mahu meneruskan momentum setelah mencapai kemenangan pertama minggu lalu. Namun, Harimau Selatan dikejutkan dengan jaringan pelawat menerusi Khairul Effendy […]

Selangor ‘Tempang’ Berdepan JDT

Skuad futsal Selangor menerima tamparan hebat menjelang pertemuan berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) hujung minggu ini. Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh tonggak import, Matheus Silva sedikit merencatkan perancangan pasukan bagi berdepan skuad Harimau Selatan itu. Menerusi laporan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kecederaan […]

JDT Ambil Pendekatan Latihan Berbeza

Waktu latihan yang baharu bakal diterapkan oleh pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi aksi seterusnya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Perkara ini dikongsikan oleh pemain JDT futsal, Abu Haniffa Hasan ketika ditemui selepas perlawanan MPFL menentang Shah Alam City Sabtu lalu. Beliau berkata, sesi latihan di sebelah malam bakal bermula dua minggu […]

JDT Bakal Terapkan Percaturan Sama Berdepan Selangor

Jurulatih JDT Futsal, Juan Antonio Miguel Garcia tidak berhasrat menukar sebarang taktikal apabila berdepan Selangor selepas ini. Juan Antonio berkata, meskipun pertembungan epik ini bakal berlangsung pada bulan Ramadhan, baginya tiada perubahan dari segi persiapan ”JDT tidak mempunyai sebarang perancangan tambahan. JDT adalah satu idea (gaya permainan), tiada perubahan dan hanya persiapan seperti biasa,” katanya […]

MPFL: JDT Terlalu Hebat, Kalahkan Terengganu 8-1

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan kedudukan di puncak Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) setelah membelasah Terengganu dalam aksi minggu kedua. Kedua-dua pasukan turun ke Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas lawan masing-masing di aksi pembukaan minggu lalu. JDT berjaya membuka tirai jaringan menerusi Azri Rahman yang […]

MPFL: JDT Berpesta Gol Atasi Gombak TOT United Pada Aksi Pembukaan

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 dengan langkah kanan apabila menumbangkan tuan rumah, Gombak TOT United. JDT tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila rembatan kencang Azri Rahman meletakkan pasukannya mendahului seawal minit kedua. Seminit kemudian, Saad Abu Sani meletakkan naib juara MPFL 2023 selesa di depan menerusi […]

Gombak TOT United Tak Mahu Mengalah Awal Dengan JDT

Gombak TOT United tidak melihat status Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan bintang sebagai satu ancaman buat mereka menjelang aksi pertama saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Penjaga gol Gombak TOT United, Mohd Alif Haiqal Mohd Zaini berkata meskipun dengan keberadaan bekas import mereka, Helio Neto di JDT, beliau tidak akan membenarkan pintu golnya […]

JDT Sambar Khidmat Dua Bintang Pahang Rangers

Kelab Futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bintang futsal negara, Ridzwan Bakri dan Mahadir Harahap sebagai rekrut terbaharu mereka. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi, JDT mengucapkan selamat datang kepada dua pemain tonggak Pahang Rangers tersebut. ”Rekrut terbaharu, selamat datang ke JDT Futsal Mahadir Harahap dan Ridzwan Bakri,” tulis JDT di kapsyen. Ridzwan dan […]