“Pasukan Terbaik Menang Malaysia Futsal Cup” – Miguel Garcia

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia merasakan pasukannya layak untuk menjulang Malaysia Futsal Cup setelah menewaskan Selangor pada Ahad. Dalam aksi tersebut, Bruno Taffy berjaya meletakkan JDT di hadapan seawal minit keempat permainan sebelum Syahir Iqbal menyamakan kedudukan untuk keputusan terikat 1-1 di babak pertama. Dua jaringan daripada Firdaus Ambiah dan Azwann […]

Malaysia Futsal Cup: JDT Singkirkan Sabah 11-5

Kelab Futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir Malaysia Futsal Cup (MFC) setelah menyingkirkan Sabah pada Sabtu. Setelah mencatat kemenangan dalam aksi pertama, JDT turun ke laman sendiri bagi berdepan cabaran Sabah yang mahu melakar kejutan di Pasir Gudang. JDT menyenaraikan barisan terbaik yang dimiliki diketuai Azrul Hadee manakala Lucas Nakazato diberi peranan […]

Malaysia Futsal Cup: Laluan Getir Menanti Selangor

Laluan berliku menanti Selangor menjelang saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 tidak lama lagi. Enam pasukan terbaik dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 dan dua pemenang aksi play-off melengkapkan lapan pasukan yang akan bersaing bagi merebut kejuaraan MFC ini. Sesi undian yang dijalankan pada Isnin menyaksikan juara MPFL, JDT dan naib juara Selangor […]

Selangor & JDT Kaut Habuan Lumayan Di MPFL

Dua kelab gergasi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mengaut habuan yang lumayan. Saingan MPFL 2024 telah melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu yang menyaksikan skuad JDT berjaya menjulang kejuaraan pertama setelah menewaskan Gombak TOT Sabtu lalu. Tiga gol masing-masing daripada Ridzwan Bakri, Saad Sani dan Abu Haniffa berjaya memastikan […]

MPFL: JDT Raih Habuan RM50,000

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima habuan besar setelah mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Saingan MPFL musim 2024 telah pun melabuhkan tirainya hujung minggu lalu dengan JDT Futsal ditabalkan sebagai juara setelah mengungguli carta liga dengan mengutip 39 mata. Pada aksi terakhir Sabtu lalu, JDT menutup kempen liga dengan […]

Siaran Langsung MPFL: Pahang Rangers vs JDT (Live Streaming)

Aksi minggu ke-12 saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menemukan JDT dan Pahang Rangers pada Sabtu di Stadium Tertutup Sukpa. Aksi tumpuan hujung minggu ini bakal membuatkan para peminat futsal tempatan teruja apabila pendahulu liga, JDT bakal bertandang ke gelanggang juara bertahan, Pahang Rangers. JDT yang kini menerajui carta kedudukan MPFL dengan 30 mata, dibezakan […]

MPFL: Ujian Hebat Menanti JDT

Ujian sebenar dan hebat bakal menanti skuad Johor Darul Ta’zim dalam aksi minggu ke-12 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL). JDT kini masih gah menerajui carta MPFL dengan kutipan 30 mata dalam 11 aksi setelah mencatatkan kemenangan ke-10 pada Ahad lalu ke atas pasukan Sabah dengan keputusan 9-2. Persembahan konsisten yang ditampilkan anak didik Juan Antonio […]

MPFL: Komen Bintang JDT Selepas Kalahkan Sabah Dengan 9 Gol

Tonggak utama JDT membuka mulut setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas Sabah dalam aksi ke-11 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL). JDT turun ke Shah Alam sekali lagi untuk aksi berdepan Sabah setelah tewas di tangan Selangor 1-2 pada minggu lalu yang juga kekalahan pertama Harimau Selatan dalam saingan MPFL. Pasukan bimbingan Juan Antonio Miguel Garcia […]

MPFL: JDT Jadikan Sabah Mangsa Kebangkitan

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Sabah dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. Setelah mengalami kekalahan pertama di tangan Selangor, JDT pastinya mahu menjadikan aksi kali ini untuk menebus duka minggu lalu sementara Sabah berada di tahap yang baik setelah membelasah KL City 6-1. JDT turun […]

“Selangor Tak Layak Ketinggalan Lawan JDT” – Edgar Baldasso

Pengendali skuad futsal Selangor, Edgar Baldasso nyata berpuas hati dengan persembahan cemerlang anak-anak buahnya setelah meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga, JDT pada Ahad. JDT tiba ke Shah Alam sebagai pasukan pilihan bagi aksi kali ini setelah merekodkan kemenangan bersih dalam kesemua 9 perlawanan liga, begitu juga dengan Selangor yang merekodkan 5 kemenangan berturut-turut. Walau […]

MPFL: Selangor Tamatkan Rentetan Kemenangan JDT

Selangor mempamerkan persembahan menakjubkan di saat akhir bagi menghalang JDT pulang dengan mata dalam aksi saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. JDT hadir ke Shah Alam dengan membawa momentum positif setelah merakamkan kemenangan bersih dalam kesemua sembilan perlawanan, begitu juga dengan The Red Giants yang kini sedang mendaki carta liga. Kedua-dua pasukan menampilkan […]

MPFL: JDT Tinggal Jauh Kedudukan Selangor

Kedudukan terkini Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menyaksikan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jauh meninggalkan pesaing yang lain termasuklah pasukan Selangor. JDT yang dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Shah Alam City pada Ahad lalu berjaya merakamkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam saingan liga untuk berada di tangga pertama. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir […]

MPFL: JDT Cemas Sebelum Tundukkan Shah Alam City

JDT melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan Shah Alam City di Pasir Gudang pada Ahad. Masih segar dengan kejayaan menewaskan Terengganu 7-1 Rabu lalu, skuad Harimau Selatan turun berdepan Shah Alam City dengan misi untuk menjarakkan mata dengan pesaing terdekat iaitu Pahang Rangers yang […]

MPFL: Dominasi JDT Sukar Digugat, Tundukkan Terengganu 7-1

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan kemenangan kelapan dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Terengganu pada Rabu. JDT bertandang ke Kuala Terengganu dengan momentum terbaik setelah meraih kemenangan bersih dalam kesemua tujuh perlawanan liga, berbeza dengan Terengganu yang kini berada di tangga kedua terbawah dengan hanya […]

JDT Umum Kemasukan Tonggak Brazil, Bruno Taffy

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain import baharu kelahiran Brazil, Bruno Taffy. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal menyaksikan Bruno Taffy diperkenalkan secara rasmi sebagai tonggak import Harimau Selatan yang baharu bagi baki saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Di dalam video berkenaan, pemain berusia 34 tahun itu […]

Bintang Brazil, Tonggak Georgia Dilaporkan Dalam Radar JDT & Selangor Futsal

Khabar angin mula bertiup kencang mengaitkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bakal merekrut dua bintang futsal dunia dari Brazil dan Georgia. JDT Futsal yang mengumumkan perpisahan bersama pemain dari Brazil, Helio Neto minggu lalu kini difahamkan mencari pengganti bagi mengisi satu slot pemain import yang ditinggalkan oleh Neto itu. Menurut pemerhati bola […]