J. League: Chanatip Songkrasin & Kawasaki Frontale Hilang Mata Penting Berdepan Jubilo Iwata

Pasukan gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale meneruskan usaha untuk menghambat pendahulu liga namun terpaksa akur apabila terikat 1-1 berdepan Jubilo Iwata. Kapten pasukan Thailand, Chanatip Songkrasin terus menjadi watak penting ketika memainkan peranan dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau sekali lagi mendapat kepercayaan daripada pengendali, Toru Oniki untuk terus memberikan elemen kreativiti buat pasukan itu di […]

Jay Bothroyd Dedah Perangai Sebenar Bekas Majikannya, Consadole Sapporo

Bekas bintang pasukan Consadole Sapporo, Jay Bothroyd mendedahkan sisi sebenar bekas majikannya itu. Menerusi satu ciapan yang dimuat naik olehnya di laman Twitter, bekas bintang EPL itu menceritakan segalanya terutamanya sebab yang mendorong kemunduran kelab tersebut. Katanya, ketika pasukan lain sedang mengecapi kemajuan tidak kira sama ada dalam saingan liga mahupun pentas Asia, pasukannya itu […]

J. League: Andres Iniesta & Vissel Kobe Tewas Lagi

Perancang tengah lagenda Barcelona, Andres Iniesta gagal membantu pasukannya iaitu Vissel Kobe apabila kini kekal terpelosok di tangga terakhir liga selepas tumpas kepada Kashiwa Reysol dengan keputusan 3-1. Pemain berusia 37 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dalam usaha untuk mengekalkan rentak terbaik selepas menang dua perlawanan sebelum ini. Vissel Kobe jelas bermula dengan […]

J League: Chanatip Songkrasin Bantu Kawasaki Frontale Belasah Consadole Sapporo

Perlawanan ke-17 saingan J League memperlihatkan kehandalan Chanatip Songkrasin dan Kawasaki Frontale apabila membelasah Consadole Sapporo dengan keputusan 5-2. Pasukan kendalian Toru Oniki turun dalam misi untuk memungut 3 mata penuh berdepan pasukan di tangga ke-11 liga itu. Mereka ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila lawan tidak mampu untuk menandingi kehandalan mereka dari segenap penjuru. […]

Kawasaki Frontale Kena Belasah Kaw-Kaw Dengan Shonan Bellmare

Pendahulu Liga Utama Jepun, Kawasaki Frontale menerima tamparan yang cukup hebat apabila dibesalah dengan cukup dahsyat oleh Shonan Bellmare dengan keputusan 4-0. Pasukan kendalian Toru Oniki ini turun dengan kesebelasan terbaiknya dengan jentera serangan diketuai oleh pemain import, Leandro Damiao dalam usaha untuk terus mendominasi takhta liga. Hasrat itu tidak kesampaian apabila mereka gagal menampilkan […]

Urawa Red Diamonds Terus Ketandusan Kemenangan

Pasukan gergasi Liga Jepun, Urawa Red Diamonds terus hilang rentak dalam usaha untuk kekal bersaing dalam J-League selepas terikat 0-0 ketika menentang Sanfrecce baru-baru ini. Prestasi terumbang-ambing pasukan ini berterusan sungguhpun beraksi dengan cukup baik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. Sungguhpun memulakan perlawanan dengan agak meyakinkan, mereka jelas kelihatan tercari-cari rentak terutamanya […]

Hantaran Elit Chanatip Songkrasin Buat Pertahanan Nagoya Grampus ‘Terduduk’

Perancang tengah berpengalaman Thailand, Chanatip Songkrasin terus gah mencipta nama di pentas bola sepak Jepun apabila menjadi watak penting buat Kawasaki Frontale ketika mencatat kemenangan ke atas pasukan Nagoya Grampus. Pemain berusia 28 tahun itu memulakan aksi dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi di posisi tengah bermula dengan cukup baik. Beliau tenang mengawal jentera tengah […]