Alasan Kelab Jepun Minat Pemain Malaysia

Alasan kelab Jepun yang mula tertarik untuk membawa pemain Malaysia ke sana jadi perhatian. Baru-baru ini, kelab Divisyen 3 Jepun iaitu FC Osaka telah mengumumkan ketibaan pemain tengah Selangor FC, Muhammad Abu Khalil. Pemain berusia 19 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman daripada naib juara Liga Super 2023 itu sehingga Disember 2024. Beliau secara tidak […]

Bafétimbi Gomis Setuju Tinggalkan Kawasaki Frontale Untuk Ke Thailand

Penyerang berpengalaman Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis bersetuju untuk meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Thailand. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Jepun, Marc Molla mengenai perancangan pemain berusia 38 tahun itu beraksi di Liga Thailand. Beliau difahamkan menerima tawaran daripada kelab gergasi Thailand, Muangthong United yang tertarik untuk mendapatkan bekas penyerang Al-Hilal ini bagi musim 2024/25. “Kelab […]

Luqman Hakim Dapat Beraksi 5 Minit, Yokohama SCC Kalah Kali Ke-6

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali dalam skuad Yokohama SCC namun mengalami kekalahan di tangan Tegevajaro Miyazaki. Pemain berusia 22 tahun itu sudah diketepikan dalam beberapa perlawanan setelah pulang daripada tugasan kebangsaan bersama Malaysia B-23. Khidmat beliau bagaimanapun kembali ditagih oleh pasukannya ketika turun berdepan pasukan di tangga ke-19 liga Divisyen tiga Jepun itu. […]

Justin Hubner Ke Jepun, Kini Milik Cerezo Osaka

Kelab Jepun, Cerezo Osaka berjaya menyambar khidmat pertahanan muda Indonesia, Justin Hubner bagi musim 2024. Perpindahan pemain berusia 20 tahun ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial kelab berkenaan. “Justin Hubner menyertai Cerezo Osaka secara pinjaman daripada Wolverhampton Wanderers FC!,” tulis Cerezo Osaka di kapsyen hantaran tersebut. Hubner yang sebelum ini beraksi buat skuad […]

Hajat Luqman Hakim Tertangguh Seketika

Hasrat pemain negara, Luqman Hakim Shamsuddin untuk aksi penampilan sulungnya bersama YSCC Yokohama tertangguh seketika.  Luqman Hakim masih tidak diturunkan ke dalam skuad utama. Beliau telah terlepas dua aksi J3-League bersama pasukan.  YSCC Yokohama kini berada di prestasi umbang-ambing kerana hanya mencatatkan 1 seri dan 1 kalah dalam dua perlawanan pembukaan liga.  Dalam temubual bersama […]

BG Pathum Cipta Kejutan Aibkan Kelab Jepun

Pasukan gergasi Liga 1 Thailand, BG Pathum United melakukan kejutan apabila menumbangkan kelab Jepun, Cerezo Osaka dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Leo itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun kehilangan beberapa tonggak penting yang masih beraksi di Piala Asia AFC. Perlawanan bermula baik dengan Cerezo Osaka melakukan beberapa serangan awal untuk […]

Luqman Hakim Rasmi Sertai Kelab Jepun, Yokohama SCC

Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25. Bintang berusia 22 tahun itu berkelana di Eropah selama beberapa musim namun memilih untuk kembali membawa haluan ke Asia. Pemain KV Kortrijk itu sebelum ini beraksi bersama kelab divisyen satu Iceland, Njardvik FC namun terpaksa menamatkan tempoh […]

Kawasaki Frontale Diaibkan Lagi

Kelab gergasi J1 League, Kawasaki Frontale sekali lagi menerima padah apabila mencatatkan kekalahan berdepan Albirex Niigata dalam satu aksi liga semalam. Pasukan kendalian Toru Oniki dalam momentum terbaik selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Shonan Bellmare tempoh hari. Momentum cemerlang itu bagaimanapun gagal diteruskan di laman sendiri apabila ditundukkan oleh Albirex Niigata. Sungguhpun mendahului permainan […]

J1 League: Kawasaki Frontale Mengganas Bedil Shonan Bellmare

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale mempamerkan aksi yang cukup mengujakan untuk membenam Shonan Bellmare. Beraksi di gelanggang lawan, Kawasaki merombak kesebelasan utama pasukan dengan menurunkan beberapa muka baharu. Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi ledakan Shin Yamada pada minit ke-11. Kawasaki Frontale memperoleh gol kedua menerusi ledakan Leandro Damiao pada minit […]

Chanatip Songkrasin Luah Kekecewaan Beraksi Di Kawasaki Frontale

Bintang Thailand, Chanatip Songraksin mengakui keputusannya suatu ketika dahulu untuk menyertai pasukan gergasi Asia, Kawasaki Frontale mungkin satu kegagalan.  Pemain tengah kebangsaan Thailand itu kecewa dengan dirinya kerana gagal mempamerkan aksi terbaiknya bersama kelab itu. Walaubagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tetap berbangga dengan dirinya yang mampu bertahan di J-League selama tujuh musim. Beliau percaya […]

“Dalam 3 Tahun Liga Malaysia Boleh Setanding Jepun” Hadi Fayyadh

Penyerang muda berbakat Perak FC, Hadi Fayyadh yakin dengan kemampuan Liga Malaysia untuk bersaing dengan liga utama di Asia dalam tempoh beberapa tahun mendatang. Dalam satu temubual bersama Astro Arena, pemain berusia 23 tahun ini menyatakan bahawa keputusan beliau untuk kembali beraksi di Malaysia adakah disebabkan kesungguhan Perak. Beliau tertarik dengan usaha pihak pengurusan baharu […]

Arif Aiman Dirisik Kelab J1 League, Kashiwa Reysol?

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilihat telah berjaya menarik perhatian sebuah kelab J1 League, Kashiwa Reysol yang tampil cemerlang sejak musim lalu. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan pemain utama bersama Harimau Selatan telah beraksi dengan cukup cemerlang ketika membantu JDT di pentas ACL. Menerusi beberapa laporan daripada media tempatan […]

Chanatip Songkrasin Disisihkan Kawasaki Frontale

Perancang tengah kelab Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin tidak berada dalam senarai skuad Kawasaki Frontale setelah mereka sudah pun memulakan kempen liga semalam. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tunjang utama buat gergasi ACL itu sejak musim lalu dan beraksi dalam sebahagian besar aksi mereka. Kapten pasukan kebangsaan Thailand ini bagaimanapun tidak berada dalam […]

Wan Kuzain Hampir Sertai Kelab J League?

Masa depan pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal mula menjadi bualan hangat susulan kelihatan sunti tanpa khabar berita. Beliau kini beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis dan menjadi watak penting untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Pemain berusia 24 tahun ini seringkali dikaitkan untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kini dikaitkan pula dengan perpindahan ke […]

J. League: Urawa Red Diamonds Mengganas, Mudah Baham Kawasaki Frontale

Pertembungan dua gergasi Liga Jepun, Urawa Red Diamonds dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-1. Kedua-dua pasukan turun dengan motivasi terbaik apabila saling bertukar serangan pada awal permainan. Pasukan kendalian Ricardo Rodriguez jelas amat selesa beraksi di laman sendiri apabila melancarkan serangan awal dengan sangat efisien. Tidak menunggu […]

J. League: Gol Saat Akhir Urawa Red Diamonds Hukum Kealpaan Vissel Kobe

Pasukan gergasi Liga Jepun, Vissel Kobe terpaksa menerima tentangan sengit daripada Urawa Red Diamonds sebelum akur tewas 1-0 di gelanggang sendiri. Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk meraih 3 mata apabila mengharungi musim yang kurang memberangsangkan. Pada perlawanan ini, kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaiknya dan mengatur gerak seawal minit pertama permainan. Barisan serangan […]