Pemain Wolves Justin Hubner Calon Naturalisasi Timnas B-20 Indonesia

PSSI ketika ini sedang menggerakkan proses naturalisasi dua orang pemain bagi mengukuhkan Timnas B-20 Indonesia. Salah seorang daripada mereka ialah bek tengah Belanda, Justin Hubner. Hubner merupakan pemain B-21 kelab EPL, Wolverhampton Wanderers. Selain Wolves, dia juga pernah beraksi untuk pasukan remaja Den Bosch dan Brabant Youth. Hubner merupakan sebahagian daripada empat pemain naturalisasi yang […]
Indonesia Bakal Uji Kekuatan Turki

Pasukan Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka akan turun berdepan Turki dalam satu siri persahabatan. Walau bagaimanapun, perlawanan ini difahamkan akan melibatkan pertembungan pasukan bawah 20 tahun Sang Garuda bagi persediaan mereka menghadapi kejohanan Piala Asia bawah 20 tahun pada 2023. Aksi penting ini akan berlangsung pada 26 Oktober ini sekaligus bakal menjadi antara lawan terkuat […]
Netizen Indonesia Gesa Ketua Umum PSSI Letak Jawatan

Penyokong bola sepak Indonesia menggesa Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan meletak jawatan. Ini susulan penganjuran acara Fun Football di Stadion Madya, Jakarta pada malam Selasa lepas dianggap tidak sensitif terhadap mangsa tragedi Kanjuruhan. Acara Fun Football menyaksikan perwakilan FIFA dan PSSI termasuk Presiden FIFA, Gianni Infantino bermain bola sebagai tanda kelangsungan sukan bola sepak di […]
Terbaru: Stadium Kanjuruhan Diarah Diruntuhkan

Perkembangan terbaru bola sepak Indonesia hari ini menyaksikan Stadium Kanjuruhan, Malang Indonesia diarahkan untuk dirobohkan berkuat-kuasa serta merta. Perkara ini disahkan apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo telah pun memerintahkan agar stadium yang emnjadi saksi tragedi berdarah awal Oktober ini dirobohkan. Menerusi pengumuman yang dibuat, Presiden itu menjelaskan bahawa keputusan untuk merobohkan stadium itu dibuat setelah […]
Indonesia & Belanda Jalin Kerjasama, Shin Tae-yong Sedia Perkuat Pasukan

Pengarah Teknikal PSSI, Indra Syafri dan pasukannya bertemu Persekutuan Bola Sepak Belanda (KNVB) bagi membincangkan kerjasama bersama dua kelab Eropah iaitu Ajax Amsterdam dan Feyenoord Rotterdam. Difahamkan, pertemuan ini di atas permintaan jurulatih Pasukan B-20 Indonesia, Shin Tae-yong. Antara perkara utama yang dibincangkan antara dua pihak ini adalah dari segi pembangunan pemain muda dan pemain […]
Elkan Baggott Harumkan Nama Indonesia Di Eropah

Pertahanan tinggi lampai Indonesia, Elkan Baggott telah mengharumkan nama negaranya selepas menjadi watak penting ketika membantu pasukannya, Gillingham FC mencatat kemenangan. Bintang berusia 19 tahun membuat kemunculan kali pertama setelah kembali bersama tugasan pasukan kebangsaan memberi impak yang cukup luar biasa. Baggott diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Neil Harris membuahkan hasil apabila pemain ini berjaya […]
Shin Tae-yong Ugut Mahu Tinggalkan Indonesia

‘Jika Ketum PSSI harus bertanggungjawab atas semua yang terjadi dan megundurkan diri, maka saya pun harus mengundurkan diri’ Berikut adalah kenyataan berani dikeluarkan oleh ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong susulan desakan bertali-arus daripada penyokong Indonesia yang mahu Mochamad Iriawan meletak jawatan sebagai Ketua Umum PSSI. Hal ini ekoran kegagalan Ketum PSSI dalam mengurus tadbir […]
Indonesia Hanya Ada Satu Cara Layak Ke Piala Asia B-17?

Kegagalan Indonesia untuk mara ke Piala Asia B-17 tahun hadapan sudah tentu mengecewakan jutaan penyokong mereka. Apatah lagi, mereka disingkirkan oleh Malaysia yang sentiasa menjadi cabaran getir buat mereka. Untuk layak ke Piala Asia, mereka hanya perlu seri ketika menentang Malaysia. Namun mereka tewas dengan margin jaringan yang besar iaitu tewas 1-5. Manakala Laos menjadi […]
Osmera Omaro: Indonesia Pasukan Kuat, Kami Dah Lama Perhatikan

Ketua jurulatih pasukan bawah 17 tahun negara, Osmera Omaro mengakui bahawa Indonesia merupakan pasukan yang kuat namun percaya kerja keras skuad negara membuahkan hasil. Sejurus tamat perlawanan semalam, pengendali berusia 43 tahun itu menegaskan bahawa kejayaan Malaysia ini hasil kerjasama banyak pihak sekaligus berjaya membantu pasukan muda negara mencipta sejarah. Mengulas lanjut, bekas pelatih AMD […]
Dibelasah Malaysia, Jurulatih Indonesia Sedar Silap Sendiri

Pengendali pasukan Indonesia Bawah 17 Tahun, Bima Sakti akur dengan kekalahan besar 5-1 kepada Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-17 semalam. Lebih memilukan, lima gol yang dijaringkan Malaysia hanya dijaringkan pada separuh masa pertama perlawanan dan agak sukar buat Sang Garuda untuk pamer kebangkitan pada separuh masa kedua. Bima Sakti sedar kesalahan yang beliau […]
Malaysia Bantai Indonesia, Layak Ke Piala Asia B-17

Pertembungan dramatik antara pasukan Malaysia menentang Indonesia berlangsung cukup sengit sebelum Malaysia menang dengan keputusan 5-1. Perlawanan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun ini berlangsung dengan cukup baik dengan kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi meraih 3 mata. Malaysia mempamerkan kematangan sungguhpun pada awal permainan, Indonesia menguasai sebahagian besar perlawanan. Sentuhan dan percaturan […]
Info Siaran Langsung Indonesia vs Malaysia U17 / Kelayakan Piala Asia U17

Perlawanan terakhir kumpulan B dalam pusingan Kelayakan Piala Asia U17 menemukan pasukan Indonesia dan Malaysia yang dijadulkan berlangsung hari ini jam 9 malam (waktu Malaysia). Selepas 3 perlawanan, Indonesia kini memperoleh 9 mata selepas memenangi kesemua perlawanan diekori rapat Malaysia di kedudukan ke-2 dengan 7 mata. Malaysia perlu mencatatkan keputusan menang untuk melayakkan diri ke […]
Osmera Omaro: Indonesia Pasukan Pilihan

Ketua jurulatih pasukan bawah 16 tahun negara, Osmera Omaro menganggap bahawa pasukan Indonesia tetap menjadi pasukan pilihan berdepan Malaysia esok. Sungguhpun perlawanan ini bakal menjadi penentu dan peluang buat Malaysia untuk layak ke pusingan berikutnya, beliau tetap optimis untuk tidak memandang rendah kemampuan lawannya. Menerusi satu kenyataan, Indonesia memiliki sebilangan pemain yang berkualiti untuk memberi […]
Indonesia Terlepas Hukuman FIFA

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah membuat satu pengumuman bahawa Indonesia tidak akan dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lepas. Tragedi itu menjadi perhatian masyarakat dunia yang turut berdukacita selepas melihat sekurang-kurangnya 125 mangsa yang menjadi korban. Menerusi saluran Youtube Sekretariat Presiden, Joko Widodo mengesahkan […]
Bencana Rusuhan Di Indonesia Catat Rekod Kematian Kedua Tertinggi Di Dunia

Satu titik hitam telah terpalit di dalam arena bola sepak Indonesia selepas satu tragedi rusuhan berdarah berlaku selepas perlawanan Liga 1 Indonesia yang melibatkan Arema FC dan Persebaya Surabaya. Sehingga artikel ini ditulis, jumlah mangsa yang terkorban adalah seramai 129 orang. Jumlah kematian itu dijangkakan akan ada peningkatan selepas ramai mangsa yang mengalami kecederaan dalam […]
Kronologi Tragedi Rusuhan Di Indonesia Yang Meragut 129 Nyawa

Arena bola sepak Indonesia dikejutkan dengan satu tragedi rusuhan yang berlaku selepas perlawanan yang melibatkan Arema FC yang melayan kunjungan musuh tradisi, Persebaya Surabaya. Perlawanan berakhir dengan kekalahan buat Arema 3-2. Tragedi tersebut juga telah meragut 129 nyawa sekali gus menjadi satu tragedi hitam bola sepak di Indonesia. Seorang penyokong Arema yang dikenali dengan nama […]