Dua Bintang Indonesia Tidak Tersenarai Ke Piala AFF

Dua bintang Indonesia tersebut ialah Sandy Walsh dan Elkan Baggott antara pemain penting yang tidak akan beraksi di Piala AFF 2022. Sandy Walsh yang baharu sahaja mendapat kerakyatan dikhabarkan tidak dapat memperkuat pasukan Indonesia kerana tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, KV Mechelen yang beraksi di Liga Belgia. Sebelum ini, pemain kacukan Belanda-Indonesia itu menyertai kem […]
Elkan Baggott Tolak Panggilan Indonesia, Utamakan Tugas Bersama Gillingham

Pertahanan kental timnas Indonesia, Elkan Baggott dilaporkan tidak akan beraksi bersmaa skuad Sang Garuda di Piala AFF kali ini. Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini pernah dipujuk oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong untuk pulang bagi membantu pasukan telah memilih untuk bertindak sebaliknya. Hal ini susulan Gillingham FC yang kini sedang menempuh jadual yang sangat […]
Gelora Bung Karno Dipilih Gelanggang Rasmi Indonesia di Piala AFF

Indonesia mampu menghela nafas lega selepas mendapat lampu hijau daripada FIFA untuk menggunakan Stadium Gelora Bung Karno bagi menghadapi saingan Piala AFF 2022. Hal ini dapat direalisasikan hasil bantuan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang meminta FIFA mempertimbangkan semula permohonan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menggunakan stadium tersebut untuk perlawanan bola sepak. Dengan kebenaran ini, […]
Bergson Suruh Jordi Amat Berehat

Tatkala ramai pemain sedang bercuti dan berehat daripada aksi bola sepak, namun tidak bagi pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat. Jordi kini bersama skuad kebangsaan Indonesia dalam kem latihan menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijadualkan bermula 20 Disember depan. Jordi yang baru sahaja mendapatkan kerakyatan Indonesia adalah antara nama besar yang […]
Sandy Walsh Tinggalkan Timnas Indonesia

Peamin naturalisasi Indonesia, Sandy Walsh terpaksa meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaan Indonesia di Bali dan telah kembali ke kelabnya, KV Mechelen yang berpangkalan di Belgium. Sandy Walsh sempat mengikuti kem latihan skuad Indonesia sejak 28 November yang lalu. Namun atas permintaan kelabnya, beliau terpaksa pulang ke Belgium kerana pada 21 Disember, KV Mechelen bakal mengharungi […]
Shin Tae-yong Ke Eropah Runding Kelab Lepaskan Pemain Untuk Piala AFF

Ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong difahamkan berada di Eropah ketika ini untuk melakukan rundingan bersama kelab untuk melepaskan pemain mereka. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini dilaporkan mahu membawa skuad terkuatnya dalam kejohanan Piala AFF kali ini dengan nama-nama dalam senarainya iaitu Elkan Baggott dan Sandy Walsh berada dalam radarnya. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua […]
Saddil Ramdani Beri Bayangan Tinggalkan Sabah

Pertemuan dan perpisahan itu sememangnya lumrah kehidupan. Sebantar tadi, pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani telah mengungkapkan kata-kata di laman instagram beliau yang memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan pasukan itu dalam masa terdekat. Saddil mengungkapkan kata-kata tersebut dengan turut memuat naik gambar beliau bersama pasukan Sabah dan juga pengendali pasukan Sabah, Datuk Ong Kim […]
Jordi Amat Menangis Nyanyikan Lagu Indonesia

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat tidak dapat menahan perasaan sebak dan terharunya setelah proses dokumentasinya selesai baru-baru ini. Beliau yang telah pun mengangkat sumpah untuk bergelar warganegara Indonesia sekaligus menyaksikan mereka bakal tampil bersama pasukan kebangsaan tidak lama lagi. Mengulas lanjut, pertahanan kental JDT ini mengakui bahawa ini merupakan detik yang sudah lama beliau impikan. […]
Perancis Benam Indonesia 6-0

Pasukan kebangsaan Indonesia gagal menyaingi kekuatan lawan dunia, Perancis apabila dibelasah 6-0 semalam. Pertemuan antara dua pasukan muda bawah 20 tahun ini jelas membuktikan kualiti dan tahap yang dimiliki oleh jaguh Eropah ini. Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Sepanyol ini merupakan kedan terbaik buat Sang Garuda mempersiapkan pasukan. Indonesia dilihat menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng […]
Media Indonesia Galakkan Ubi Indonesia Ke Liga Malaysia

Baru-baru ini, bintang sensasi Persib Bandung, Ricky Kambuaya telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FC. Terengganu dikhabarkan berminat untuk menandatangani pemain berusia 26 tahun itu untuk memperkuatkan pasukan musim hadapan. Setakat lapan penampilan di Liga Indonesia, beliau telah menyumbang satu bantuan gol dan memainkan peranan dengan baik sebagai general tengah pasukan. Perkara […]
Indonesia Bantai Negara Eropah, Moldova

Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia Bawah 20 Tahun meneruskan perlawanan ujian dengan menentang pasukan eropah, Moldova. Indonesia berjaya menang 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Antalya, Turki. Indonesia ketinggalan seawal minit ke-9 perlawanan selepas pemain Moldova, Vicu Bulmaga berjaya meledak untuk memberikan kelebihan buat Moldova. Indonesia cuba bangkit semula namun kedudukan kekal 1-0 memihak Moldova […]
Anak Shin Tae-yong Sertai Latihan Timnas Indonesia

Ramai penyokong Indonesia terkejut melihat kelibat dua anak jurulatih Shin Tae-yong dalam sesi latihan Timnas B-20 di Turki. Kehadiran Shin Jae-won dan Shin Jae-hyuk dalam latihan Timnas ada dalam siaran terbaru YouTube PSSI TV yang dimuatnaik semalam. Kehadiran mereka turut disahkan oleh penolong jurulatih Timnas B-20, Nova Arianto kepada media semalam. Hakikatnya, Jae-won dan Jae-hyuk […]
Ricky Kambuaya Bakal Sertai Terengganu?

Bintang sensasi Indonesia, Ricky Kambuaya antara nama yang disebut akan menyertai pasukan Terengganu pada musim baharu nanti. Perkara ini telah dikongsikan oleh peminat dan pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly yang menyatakan Terengganu mahu merisik pemain daripada Indonesia. Pada bulan January yang lalu, Ricky Kambuaya ada menyatakan keinginannya untuk beraksi di luar Indonesia. Pemain berusia […]
Elkan Baggott Diburu 30 Kelab Inggeris

Pertahanan tengah Indonesia, Elkan Baggott sebenarnya diburu 30 kelab di Inggeris yang mahu mendapatkan khidmatnya. Pemain tinggi lampai itu kini dipinjamkan oleh majikannya, Ipswich Town bagi memperoleh lebih banyak minit permainan untuk meningkatkan kebolehannya. Namun begitu, menurut ketua jurulatih beliau di Gillingham FC, Neil Harris, beliau sudah lama melihat aksi Baggott ketika bersama pasukan bawah […]
Timnas Indonesia B-20 Raih Kemenangan Pertama Di Turki

Timnas Indonesia B-20 meraih kemenangan pertama dalam jelajah Turki mereka semalam. Ini selepas pasukan bimbingan Shin Tae-yong berjaya mengalahkan Cakallikli SporĀ 2-1. Timnas B-20 membuka jaringan menerusi Ginanjar Wahyu pada minit ke-17. Gol kemenangan Garuda Muda disumbat oleh Ricky Pratama lima minit sebelum tamat perlawanan. Selepas Cakallikli Spor, Timnas B-20 bakal berdepan cabaran pasukan Turki B-19 […]
Ivar Jenner: Nenek Saya Orang Jember

Justin Hubner bukan satu-satunya calon naturalisasi Timnas B-20 Indonesia. Selain Hubner, pemain tengah remaja Utrecht, Ivar Jenner turut dipilih sebagai calon pilihan jurulatih Shin Tae-yong. Dalam temubualnya bersama CNN Indonesia, Jenner memilih mewakili Indonesia kerana mahu menggembirakan keluarganya. Dia berkata, “Ayah saya dari Indonesia, begitu juga dengan datuk saya. Nenek saya lahir di Jember. “Saya […]