Rasmi: Erick Thohir Ketum Baru PSSI

Bekas pemilik Inter Milan, Erick Thohir kini menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk penggal 2023-2027. Ini selepas beliau diumumkan sebagai pemenang jawatan itu dalam Kongres Luar Biasa (KLB) PSSI yang diadakan hari ini. Erick yang juga Menteri Badan Usaha Negara berjaya meraih majoriti 64 undi. Sementara pesaing beliau yang terdekat […]

Egy Maulana Tinggalkan Eropah, Sertai Dewa United Di Indonesia

Arena bola sepak Indonesia dikejutkan dengan berita perpindahan pemain muda mereka, Egy Maulana Vikri. Egy yang sebelum ini berkelana di Eropah memilih menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United. Pengumuman perpindahan tersebut dibuat di semua platform media sosial Dewa United lebih sejam lepas. CEO Dewa United, Ardian Satya Negara melihat kehadiran Egy sebagai tanda kelab […]

Jurulatih Jeonnam Dragons Akui Terpikat Dengan Ciri Unik Asnawi Mangkualam

Bagi penyerang yang pernah berdepan Asnawi Mangkualam, mereka tahu bek kanan Indonesia itu amat pantas setiap kali merantai pergerakan lawan. Atas sebab ini juga, jurulatih Jeonnam Dragons, Lee Jang-kwan menyakinkan kelabnya untuk mendapatkan Asnawi dari Ansan Greeners. Asnawi menyertai Jeonnam dengan kontrak semusim selepas meninggalkan Ansan. Dengan kepantasan yang dimilikinya, ia amat sesuai dengan corak […]

Saddil Mohon Maaf Kepada Rakyat Indonesia

Pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani memohon maaf kepada rakyat Indonesia kerana tidak meneruskan kariernya ke Eropah.  Beliau akui sudah berbincang dengan keluarganya berkenaan perkara ini dan memutuskan untuk terus kekal di Negeri Dibawah Bayu.  Perkara ini dikongsikan oleh Saddil sendiri dalam hantaran di Instagram miliknya semalam.  “Alhamdullilah, terima kasih Allah swt masih dikurniakan rezeki yang […]

Shayne Pattynama Jadi Pemain Naturalisasi Terbaru Indonesia

Bek kiri Viking FK, Shayne Pattynama kini sudah boleh mewakili Timnas Indonesia. Ini selepas proses kewarganegaraannya diluluskan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia dalam satu majlis ringkas di pejabat kementerian itu semalam. Pattynama mengangkat sumpah sebagai warganegara Indonesia di hadapan Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Cawangan Jakarta, Ibnu […]

Pemain Kacukan Indonesia Diburu Kelab UCL

Musim perpindahan Januari menyaksikan ramai pemain berpindah kelab seperti Mykhailo Mudryk (Chelsea) dan Wout Weghorst (Man Utd). Di Eredivisie, bintang muda Twente berdarah Indonesia, Mees Hilgers menjadi buruan tiga kelab Belanda termasuk Ajax Amsterdam. Hilgers, 21, beraksi sebagai bek tengah dan membantu Twente mencabar kedudukan atas Eredivisie ketika ini. Bagaimanapun, kontraknya dijangka berakhir pada akhir […]

Dua Kelab Belgium Berminat Dapatkan Bintang Muda Indonesia?

Selepas Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam dan Witan Sulaeman, seorang lagi pemain muda Indonesia bakal berkelana ke luar negara. Pemain yang dimaksudkan ialah Marselino Ferdinan dengan khidmatnya dikatakan diintai oleh dua kelab Belgium. Malah, perlawanan Liga 1 membabitkan pasukannya, Persebaya Surabaya dengan Bhayangkara hari ini dikhabarkan merupakan perlawanan terakhir Marselino sebelum berangkat ke Belgium. Bagaimanapun, menurut […]

Park Hang-seo Nafi Ke Indonesia

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau ke Indonesia. Bakal menamatkan kontrak bersama skuad kebangsaan Vietnam secara sah pada 31 Januari kelak, destinasi Park Hang-seo menjadi tanda tanya ramai pihak. Sememangnya khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu ditagih banyak pasukan susulan kemenjadian dan kecemerlangan kariernya mengendalikan Vietnam. Baru-baru ini ada khabar […]

Tokyo Verdy Lanjutkan Kontrak Pratama Arhan

Walaupun hanya bermain sekali bersama Tokyo Verdy, itu sudah cukup untuk menyakinkan kelab Liga Jepun 2 itu untuk mengekalkan Pratama Arhan selama semusim lagi. Pengumuman lanjutan kontrak bek kiri berusia 21 tahun itu dibuat oleh Verdy menerusi laman media sosial mereka hari ini. Arhan dalam satu kenyataan berkata, “Saya merasa gembira dapat kembali ke Tokyo […]

Asnawi Mangkualam Dikaitkan Sertai Gergasi Korea Selatan

Walaupun Indonesia tersingkir di peringkat separuh akhir Piala AFF 2022, ramai pemain menunjukkan prestasi baik termasuk bek kanan Asnawi Mangkualam. Justeru, tidak hairanlah wujud ura-ura kelab gergasi Korea Selatan, Jeju United mengintai khidmatnya bagi memperkukuh pertahanan mereka. Ura-ura ini tercetus hasil ciapan penganalisis Liga Korea, Ross Davis di akaun media sosialnya semalam. Jeju dikatakan tertarik […]

Madame Pang Cadangkan Indonesia & Thailand Jadi Tuan Rumah Piala Dunia

Pengerusi kelab Port FC, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang bercita-cita untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Indonesia. Beliau yang memiliki pengalaman yang cukup luas dalam pengurusan bola sepak di Thailand itu berkata, impian besar itu diharap mampu direalisasikan kerana terinspirasi daripada edisi Piala Dunia sebelum ini. Madame Pang juga menaruh harapan […]

Jurulatih Chonburi Anggap Piala AFF Kali Ini Paling Teruk

Kemeriahan Piala AFF 2022 sedikit tercalar akibat mutu pengadilan yang lemah dalam beberapa perlawanan. Dan ini mendorong jurulatih Chonburi, Sasom Pobprasert melabel kejohanan kali ini sebagai yang paling teruk pernah disaksikan. Mutu pengadilan yang lemah dan tiada akses kepada Penolong Pengadil Video (VAR) dilihat menyumbang kepada beberapa keputusan pengadil yang tidak masuk akal. Ini termasuk […]

Piala AFF: Vietnam Mara Ke Final Tewaskan Indonesia

Vietnam memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menundukkan Indonesia dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. Keadaan padang yang teruk tidak menghalang skuad Naga Emas mendahului Tim Garuda seawal minit kedua menerusi Nguyen Tien Linh. Satu hantaran jauh kepada penyerang Becamex Binh Duong itu berjaya dikawal dalam […]

Info Siaran Langsung Vietnam vs Indonesia | Piala AFF 2022

Aksi separuh akhir kedua hari ini melibatkan pertembungan antara bekas finalis Piala AFF 2020, Vietnam dan juga Indonesia yang turun di Stadium Nasional My Dinh. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari selain diserikan dengan beberapa kontroversi sepanjang 90 minit perlawanan. Kini, anak didik […]

Pemain Indonesia Tepuk Dahi Lihat Keadaan Padang Di Vietnam

Menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 membabitkan Vietnam dan Indonesia, perlawanan tersebut dijangka menarik dan sengit. Tetapi kualiti buruk padang di Stadium Nasional My Dinh (SNMD), Hanoi dijangka bakal menggugat kelancaran aksi kedua-dua pasukan malam ini. Sebaik turun berlatih untuk sesi latihan di SNMD semalam, para pemain Tim Garuda menggeleng kepala melihat keadaan […]

“Indonesia Belum Setaraf Thailand & Vietnam.” – Park Hang-seo

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 membabitkan pasukan itu dan Indonesia esok. Dan pada sidang media pra-perlawanan hari ini, beliau melabel Tim Garuda belum setaraf Vietnam mahupun Thailand. Komen pedasnya itu muncul selepas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong melabel pasukannya kini setaraf dengan Naga Emas dan […]