Pesta Kad Merah, Jurulatih Cedera Hiasi Aksi Huru-Hara Indonesia & Thailand

Aksi di pentas final Sukan SEA menyaksikan pertembungan Indonesia dan Thailand berlangsung penuh drama sebentar tadi. Perlawanan akhir yang cukup penting buat kedua-dua pasukan yang mahu memenangi ibu segala pingat di rantau Asia Tenggara ini. Aksi ini bagaimanapun dicemari dengan beberapa insiden yang kurang memuaskan kedua-dua pasukan yang akhirnya membawa kepada insiden yang lebih besar. […]

Ketum PSSI Mahu Pemainnya Elak Fikir Pasal Bonus Juarai Sukan Sea

Menjelang aksi final Sukan SEA 2023 membabitkan Indonesia dan Thailand, anak-anak buah Indra Sjafri pasti membayangkan insentif yang menanti mereka jika meraih pingat emas pada hari ini. Tetapi bagi Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, hal itu perlu ditolak ke tepi terlebih dahulu. Bagi bekas pemilik Inter Milan itu, beliau mahu […]

Park Hang-seo Marah Vietnam Tewas Kepada Indonesia

Walaupun tidak lagi bergelar jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sentiasa mengikuti perkembangan pasukan lamanya itu. Jadi, tidak hairanlah jurulatih Korea Selatan itu naik angin apabila Naga Emas tewas kepada Indonesia di pentas separuh akhir Sukan SEA 2023 semalam. Perlawanan semalam menyaksikan anak-anak buah Indra Sjafri terpaksa bekerja keras sebelum mendapatkan kemenangan 3-2. Selain itu, mereka juga […]

Sukan SEA: Indonesia Buat Kejutan Tumbangkan Vietnam

Indonesia mencipta kejutan dengan menewaskan penyandang pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA, Vietnam dalam perlawanan separuh akhir hari ini di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kejayaan anak-anak buah Indra Sjafri ini dilihat menebus kehampaan gagal mara ke final Sukan SEA 2021 tahun lepas. Berbekalkan kemenangan empat perlawanan dalam Kumpulan C, Garuda Muda tampil garang […]

Sukan SEA: Indonesia Berpeluh Tumbangkan Kemboja

Indonesia terpaksa bekerja keras di Stadium Olympic, Phnom Penh sebelum berjaya mengatasi tuan rumah Kemboja 2-1. Kemenangan ini membolehkan Indonesia mara ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Kemboja turun bukan sekadar mahu menjaga maruah tetapi memberi hadiah perpisahan buat jurulatih mereka, Keisuke Honda. Ini kerana ini merupakan perlawanan terakhirnya bersama Angkor Warriors selepas memilih […]

Aksi Indonesia & Argentina Bakal Jadi Kenyataan

Impian seluruh rantau Asia Tenggara untuk melihat pertembungan antara pasukan Indonesia berdepan juara Piala Dunia, Argentina selangkah dari nyata. Perkara ini telah pun disahkan oleh seorang wartawan terkemuka di Eropah iaitu Gaston Edul yang memaklumkan bahawa pertembungan antara dua pasukan ini semenangnya berasas. Argentina difahamkan akan terbang ke Asia bagi menghadapi dua aksi persahabatan dalm […]

Michael Feichtenbeiner Anggap Indonesia Jaguh Dalam Kumpulan

Bagi jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner, kemenangan 5-0 Indonesia ke atas pasukannya bukan sekadar meletakkan Garuda Muda pada kedudukan selesa mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Malah, beliau berpandangan pasukan tersebut merupakan pasukan jagoan dalam Kumpulan A temasya berkenaan. Gelaran tersebut diberi kepada anak-anak buah jurulatih interim, Indra Sjafri kerana keupayaan mereka menjaringkan gol dan […]

Sukan SEA: Indonesia Berpesta Gol Tewaskan Myanmar

Indonesia meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan A hari ini dengan membelasah Myanmar 5-0 di Stadium Olympic, Phnom Penh. Kemenangan ini meletakkan anak-anak buah Indra Sjafri berada pada kedudukan selesa untuk mengungguli kumpulan dan mara ke separuh akhir. Myanmar dan Indonesia yang masing-masing merekodkan satu kemenangan setakat ini dilihat tidak mahu rekod tanpa kalah mereka tercalar. […]

Sukan SEA 2023: Indonesia Kalahkan Filipina

Skuad B-22 Indonesia memulakan kempen Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA 2023 dengan langkah kanan hari ini. Ini selepas mereka berjaya mengalahkan skuad B-22 Filipina di Stadium Olimpik. Indonesia yang kali terakhir memenangi pingat emas acara itu pada temasya 1991 pastinya mahu menamatkan kemarau emas mereka dalam temasya kali ini. Sementara Filipina pula mahu […]

Tuan Rumah FIFA B20: Argentina Ganti Indonesia

Susulan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia, sudah ada ura-ura yang mengatakan Argentina telah dipilih sebagai pengganti. Hari ini, FIFA secara rasmi mengumumkan negara itu sebagai tuan rumah baru untuk edisi 2023. Keputusan ini diputuskan Biro Majlis FIFA selepas meneliti bidaan hak tuan rumah oleh Persatuan […]

Penyokong Persib Bandung Nyalakan Suar

Persib Bandung mengakhiri musim Liga 1 Indonesia dengan kekalahan besar 4-1 di tangan pasukan pelawat, Persikabo. Di sebalik kekalahan itu, ramai penyokong mereka memilih melepaskan suar dalam stadium bagi mengakhiri musim ini. Insiden melepaskan suar ini dikatakan bermula lima minit sebelum perlawanan Persib Bandung-Persikabo berakhir. Penyokong yang kecewa pada awalnya hanya sekadar mencemuh pasukan termasuk […]

FIFA ‘Layangkan Kad Kuning’ Kepada Indonesia

Selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia susulan bantahan terhadap pasukan bola sepak Israel, ramai bimbang negara itu bakal digantung FIFA. Tetapi berdasarkan pengumuman terbaru Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), masih ada sinar buat bola sepak negara itu. Berdasarkan laporan SNE Sports, Indonesia hanya dikenakan ‘kad kuning’ […]

Indonesia Mahu Adakan Perlawanan Persahabatan Menentang Argentina

Semalam, heboh di laman media sosial apabila Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengumumkan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan Asia Tenggara. Walaupun identiti pasukan itu tidak didedahkan, ramai penyokong Indonesia percaya Tim Garuda ialah lawan yang dimaksudkan AFA. Sebelum ini, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengumumkan Palestin sebagai lawan anak-anak buah Shin Tae-yong […]

FIFA Batalkan Hak Tuan Rumah Indonesia Sebagai Penganjur Piala Dunia B-20 2023

Sebentar tadi, FIFA secara rasmi mengumumkan pembatalan pemberian hak sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 kepada Indonesia dipercayai kerana keengganan Indonesia memberikan visa khas untuk pasukan Israel. Selain itu, ianya juga difahamkan keengganan negara tertentu untuk diundi bertemu Israel yang akhirnya menyebabkan proses undian ditangguhkan secara mengejut beberapa hari lalu. Menerusi satu kemas kini […]

Jordi Amat Ledak Gol Debut Bersama Indonesia

Pemain pertahanan kental Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat Maas tidak menunggu lama untuk mencetak gol pertamanya bersama Indonesia. Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan persahabatan menyaksikan Indonesia mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Burundi. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi wira negaranya apabila jaringannya pada minit akhir menjadi punca Indonesia tidak tewas dalam perlawanan tersebut. Ini merupakan […]

Resmi: Erick Thohir Ketua Umum Baru PSSI

Mantan pemilik Inter Milan, Erick Thohir kini menjabat sebagai Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) periode 2023-2027. Hal itu setelah ia diumumkan sebagai pemenang posisi dalam Kongres Luar Biasa (KLB) PSSI yang digelar hari ini. Erick yang juga Menteri Badan Usaha Milik Negara berhasil mendapatkan suara terbanyak yaitu 64 suara. Sedangkan pesaing terdekatnya, […]