Chirag Shetty Mohon Maaf Kepada Aaron Chia

Pemain beregu lelaki India, Chirag Shetty memohon maaf atas tindakannya yang tidak sengaja memukul buku tangkis ke mata pemain negara Aaron Chia. Chirag Shetty ditemui selepas perlawanan berkata, beliau bersimpati di atas kejadian yang tidak disengajakan itu kerana beliau juga pernah mengalami insiden yang sama sebelum ini. “Saya berasa buruk (serba salah) untuk Aaron Chia. […]
India Open: Regu Nombor Dua Dunia Sekat Impian Final Aaron Chia & Wooi Yik

Hasrat beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik layak ke final India Open 2024 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kemaraan mereka disekat pemenang pingat emas Sukan Asia 2023 dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas separuh akhir hari ini. Dari segi kedudukan ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), kelebihan […]
India Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Atasi Tentangan Regu China

Cabaran beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di India Open 2024 diteruskan ke peringkat separuh akhir hari ini. Ini selepas juara dunia beregu lelaki 2022 itu meleburkan tentangan regu lelaki nombor lapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi di pentas suku akhir. Dari segi ranking dunia, kelebihan memihak kepada […]
India Open: Lee Zii Jia Tumbang Kepada Pemain Pilihan Kedua Kejohanan

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia pamer kesungguhan sebelum dikecewakan Kodai Naraoka dalam aksi suku akhir India Open. Zii Jia yang menumbangkan Jonatan Christie sebelum ini dilihat mendominasi set pertama dengan jauh meninggalkan lawannya dari Jepun itu 17-7. Ketenangan Zii Jia mematikan pukulan Naraoka berjaya memastikan set pertama menjadi milik pemain kelahiran Kedah itu […]
India Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Suku Akhir, Leburkan Tentangan Regu Ke-31 Dunia

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke suku akhir India Open 2024. Beregu nombor empat dunia itu mara selepas mudah menewaskan regu ke-31 dunia dari Jepun, Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura. Aaron-Wooi Yik berharap dapat meneruskan rentak positif pada tahun 2024 selepas terkandas di pentas suku akhir Malaysia Open […]
India Open: Lee Zii Jia Singkirkan Jonatan Christie

Lee Zii Jia meneruskan prestasi cemerlangnya ketika menundukkan wakil Indonesia, Jonatan Christie dalam pusingan kedua India Open 2024. Di set pertama, Lee Zii Jia mempamerkan penguasaan gelanggang dengan tidak memberikan peluang buat jaguh Indonesia itu. Aksi mantap itu berjaya diterjemahkan dengan kemenangan di set pertama 21-15 buat wakil negara itu. Set kedua juga menyaksikan Jonatan […]
Ranking BWF: Lee Zii Jia Kini Dalam Kelompok 10 Pemain Terhandal Dunia

Meskipun kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, Lee Zii Jia telah kembali menghuni kedudukan 10 pemain terbaik Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Ini berdasarkan kedudukan terkini ranking pemain yang dikeluarkan BWF semalam. Zii Jia kembali di tangga ke-10 dunia selepas mengumpul 68,226 mata secara keseluruhan. Kesemua mata ini diambil daripada 10 kejohanan terbaik yang […]
India Open: Lee Zii Jia Mudah Lepasi Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua India Open 2024. Selepas kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, anak jati Alor Setar, Kedah itu bangkit dengan menewaskan Brian Yang dalam pusingan pertama India Open. Di atas kertas, kelebihan tampak memihak kepada Zii Jia. Ini kerana pemain […]
India ‘Punca’ Beregu Malaysia Dihantar Pulang

Pemain beregu Malaysia, Teo Ee Yi terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di Terbuka India minggu ini. Hal ini kerana, terdapat masalah dari sudut visa miliknya yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan memasuki India. Menerusi hantaran di Instastory milik beliau, pemain berusia 30 tahun itu mengakui kesilapan dirinya dan telah berusaha mendapatkan visa kecemasan bagi mengelakkannya dihantar […]
India Open: Pearly Tan & M. Thinaah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah bangkit daripada kekecewaan tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024 dengan mara ke pusingan kedua India Open 2024. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas melepasi cabaran regu ke-24 dunia dari Taiwan, Lee Chia-hsin dan Teng Chun-hsun. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada regu Taiwan itu dengan dua […]