Hoki Piala Sultan Johor: Malaysia Akhirnya Raih Kemenangan Pertama

Kemenangan yang dicari skuad hoki B-21 Malaysia akhirnya muncul dalam aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan Piala Sultan Johor 2023. Malaysia menamatkan kempen edisi 2023 dengan menewaskan Afrika Selatan 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya. The Young Tigers melihat perlawanan hari ini sebagai peluang terakhir meraih kemenangan dalam Piala Sultan Johor 2023 selepas tewas 7-4 kepada Great […]

Hoki Sultan Johor: Britain Hentikan Perjuangan Malaysia

Penyakit lambat panas dan benteng pertahanan rapuh sekali lagi merugikan skuad hoki junior Malaysia dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan Piala Sultan Johor hari ini. Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur kepada Great Britain dengan kekalahan 7-4. Penyakit lambat panas terus menghantui The Young Tigers apabila mereka ketinggalan pada minit kelima menerusi Matthew Hughson. […]

Hoki Piala Sultan Johor: Pakistan Tamatkan Tentangan Sengit Malaysia

Skuad hoki B-21 Malaysia menamatkan kempen Kumpulan B Piala Sultan Johor tanpa kemenangan selepas kalah tipis 3-2 kepada Pakistan dalam aksi terakhir kumpulan hari ini. Dengan peluang layak ke separuh akhir Piala Sultan Johor sudah tertutup, kemenangan dicari bagi menebus maruah The Young Tigers. Manakala Pakistan pula berharap dapat merekodkan kemenangan besar bagi membolehkan mereka […]

Hoki Piala Sultan Johor: India Tewaskan Malaysia

Skuad hoki junior Malaysia mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B Piala Sultan Johor apabila tewas 3-1 kepada India. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza hari ini. Malaysia berharap dapat meraih mata pertama selepas dikecewakan New Zealand dalam aksi pertama Kumpulan B semalam. Sementara India pula memburu kemenangan pertama dalam kumpulan selepas diikat seri 3-3 […]

Hoki Piala Sultan Johor: Malaysia Tewas Tipis Kepada New Zealand

Skuad hoki junior Malaysia memberi tentangan habis-habisan kepada New Zealand sebelum tunduk 3-2 dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Sultan Johor. Malaysia selaku tuan rumah kejohanan berharap dapat membuka kempen Piala Sultan Johor dengan langkah kanan. Sementara New Zealand pula mahu melakar pencapaian lebih baik selepas kali terakhir muncul dalam kejohanan untuk edisi 2019. New […]

Hoki Piala Razak: KL Muncul Juara, Benam Cabaran Melaka

Pasukan hoki Kuala Lumpur (KL) muncul juara Piala Razak 2023 selepas mengatasi cabaran Melaka dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2 hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi mengakhiri kemarau kejuaraan masing-masing. Kali terakhir Melaka dan KL bergelar juara Piala Razak masing-masing pada 2019 dan 2011. Babak pertama menyaksikan kedua-dua […]

Asian Games: Malaysia Kekal Pasukan Kelima Terbaik Asia

Skuad hoki wanita Malaysia memastikan pencapaian tempat kelima Sukan Asia dikekalkan buat kali kelima berturut-turut. Ini selepas mereka berjaya mengatasi tentangan sengit Thailand dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam hoki wanita Sukan Asia 2023. Biarpun dianggap pasukan pilihan untuk perlawanan ini, The Malayan Tigress ketinggalan menerusi gol awal Kunjira Inpa pada minit kelima. Bagaimanapun, […]

Asian Games: Malaysia Kempunan Tempat Kelima, Dibelasah Pakistan

Skuad hoki senior Malaysia sekali lagi hampa apabila dibelasah Pakistan 5-2 untuk penentuan tempat kelima dan keenam acara hoki lelaki Sukan Asia 2023. Selepas kedua-dua pasukan gagal layak ke separuh akhir, The Speedy Tigers dan The Green Shirts perlu meraih tempat kelima bagi meraih kelebihan dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024. Malaysia meraih kelebihan awal […]

Asian Games: Impian Malaysia Ke Separuh Akhir Terbantut, Tewas Kepada Korea Selatan

Skuad hoki wanita Malaysia mengalami nasib sama seperti skuad hoki lelaki apabila gagal mara ke separuh akhir Sukan Asia 2023. Ini selepas mereka dibelasah Korea Selatan 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A hari ini. The Malayan Tigress tahu mereka perlu menang jika mahu mara ke separuh akhir. Malangnya, anak-anak buah Nasihin Nubli Ibrahim bermula dengan […]

Asian Games: Hasrat Malaysia Ke Separuh Akhir Terkandas, Diikat China

Skuad hoki lelaki Malaysia hampa apabila gagal layak ke separuh akhir Sukan Asia 2023 selepas diikat 4-4 dengan China dalam aksi terakhir Kumpulan B. Dengan tuan rumah mengutip 12 mata selepas membelasah Thailand 9-0 semalam, anak-anak buah Arul Selvaraj perlu menewaskan China untuk mara ke separuh akhir atas kelebihan jaringan. Begitupun, The Speedy Tigers bermula […]

Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Singapura 8-1

Skuad hoki wanita Malaysia bangkit daripada kekalahan besar 6-0 di tangan India dengan membelasah pasukan serantau, Singapura 8-1 dalam aksi keempat Kumpulan A hari ini. Skuad negara yang dibimbing bekas penjaga gol kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka perlu menang hari ini jika mahu menghidupkan peluang mara ke separuh akhir. Babak pertama menyaksikan Malaysia mendahului […]

Asian Games: Malaysia Kalah Kepada Korea Selatan

Aksi Malaysia-Korea Selatan yang dinantikan ramai dalam Kumpulan B Sukan Asia 2023 berakhir dengan kemenangan 4-3 buat Korea Selatan. Korea Selatan turun dengan misi membalas dendam selepas dua kali diaibkan skuad negara dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2023 pada Ogos lalu. Begitupun, pasukan itu bermula dengan sumbang apabila Razie Rahim menyumbat gol pertama The Speedy […]

Asian Games: Malaysia Belasah Indonesia 9-2

Skuad hoki senior Malaysia terus membuktikan kejaguhan mereka apabila membelasah Indonesia 9-2 dalam aksi ketiga Kumpulan B Sukan Asia 2023. Perlawanan hari ini dilihat menarik kerana pertembungan dua jurulatih negara, Arul Selvaraj dan Muhammad Dharma Raj Abdullah. Dharma bukan asing kepada The Speedy Tigers kerana pernah melatih mereka satu ketika dahulu. Begitupun, itu bukan halangan […]