Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Berjaya Raih Tempat Kelima, Tewaskan Kanada

Skuad hoki senior Malaysia menamatkan kempen pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di tempat kelima hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Arul Selvaraj itu berjaya mengatasi Kanada dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam pusingan kelayakan hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Malaysia menang 13 kali ke atas Kanada daripada 20 pertemuan sebelumnya. Ini termasuk […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Akhirnya Raih Kemenangan Pertama, Belasah Chile

Skuad hoki lelaki senior Malaysia akhirnya meraih kemenangan pertama dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol. Kejayaan itu diraih apabila The Speedy Tigers mengatasi cabaran wakil Amerika Selatan, Chile dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan hari ini. Selepas gagal layak ke peringkat separuh akhir kelayakan Sukan Olimpik, Malaysia yang dibimbing Arul Selvaraj […]

Kelayakan Hoki Olimpik: Hajat Malaysia Ke Sukan Olimpik Terkandas, Seri Dengan Pakistan

Hasrat skuad hoki lelaki senior Malaysia untuk layak ke separuh akhir pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol musnah. Ini selepas pasukan yang dibimbing Arul Selvaraj itu seri 3-3 dengan pasukan gergasi Asia, Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A. Malaysia perlu menang hari ini sekiranya ingin menghidupkan peluang layak ke separuh akhir kelayakan Sukan […]

Kelayakan Hoki Olimpik: Great Britain Tundukkan Malaysia

Harapan skuad senior lelaki Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 semakin pudar. Ini selepas The Speedy Tigers kecundang lagi buat kali kedua dalam aksi kedua Kumpulan A, pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di tangan Great Britain di Valencia, Sepanyol awal pagi ini. Malaysia perlu menang dalam aksi kedua Kumpulan A jika ingin layak ke […]

Kelayakan Hoki Olimpik: Malaysia Dibelasah Sepanyol 7-0

Skuad hoki wanita Malaysia memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik Kumpulan B dengan langkah kiri apabila kalah besar 7-0 di tangan Sepanyol. The Speedy Tigress yang dibimbing oleh jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka memerlukan keputusan positif dalam perlawanan pertama untuk mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, Sepanyol menjanjikan ujian getir buat anak buah Nasihin […]

Malaysia Umum Skuad Ampuh Ke Kelayakan Hoki Olimpik Di Oman

Skuad hoki negara membawa skuad ampuh yang bakal bersaing dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman. Senarai 18 pemain ini diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj masih menaruh kepercayaan kepada barisan pemain senior diketuai Marhan Abdul Jalil. Selain Marhan, Razie […]

Faizal Saari Bakal Kekal Dalam Skuad Malaysia

Penyerang berbisa skuad hoki Malaysia, Faizal Saari bakal kekal dalam skuad negara untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman. Sebelum ini, skuad negara dilaporkan mengalami krisis kecederaan dengan beberapa tonggak ditimpa masalah kecederaan. Antara pemain yang dilaporkan cedera ialah Faizal, Fitri Saari dan Shahril Saabah. Walaupun pemain yang cedera tidak diturunkan semasa Jelajah New […]

“Saya Dah Bagi Semua, Tak Mahu Alasan Lagi” – Arul Selvaraj

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Arul Selvaraj mahu anak-anak buahnya berusaha sehabis baik bagi merebut tiket ke Olimpik menjelang aksi Kelayakan Olimpik yang bakal bermula 13 Januari nanti. Beliau menegaskan bahawa para pemainnya perlu sedar akan tanggungjawab untuk memberikan aksi terbaik untuk layak ke sukan berprestij itu setelah segalanya telah dicurahkan kepada pemain-pemainnya. “Saya serahkan kepada […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Muncul Juara Kali Ketujuh, Tewaskan Perancis

Jerman terpaksa bekerja keras sebelum menggondol gelaran juara Piala Dunia Hoki Remaja buat kali ketujuh dalam sejarah kejohanan. Kejayaan itu dicapai selepas mengatasi cabaran Perancis di pentas final Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Dari segi rekod pencapaian, skuad hoki remaja Jerman lebih berpengalaman kerana pernah menjulang trofi itu sebanyak […]

Amin Rahim: Malaysia Lakukan Banyak Kesilapan Mudah

Jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, Amin Rahim mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki menjelang aksi crossover tempat kesembilan hingga ke-12 Piala Dunia Remaja 2023 menentang Belgium pada Rabu ini. Malaysia meraih kemenangan 4-1 ke atas Mesir dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16. Biarpun keputusan tersebut tampak selesa, hakikatnya The Young Tigers banyak melakukan […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Australia Sekat Hajat Suku Akhir Malaysia

Hajat skuad hoki remaja Malaysia layak ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2023 tidak kesampaian apabila dibelasah Australia 5-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan jika mahu mengiringi Argentina ke suku akhir. Malaysia amat memerlukan kemenangan selepas tewas kepada Argentina pada 6 Disember lalu. Biarpun berdepan skuad negara yang mendapat […]

Piala Dunia Hoki Remaja: Malaysia Mula Langkah Kanan, Belasah Chile

Malaysia membuka tirai kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 dengan langkah kanan apabila menewaskan Chile pada aksi pertama kumpulan A. Malaysia yang turun dengan misi mengejar tiga mata pertama dilihat mendominasi permainan dengan beberapa percubaan merbahaya namun kekebalan penjaga gol Chile, Julian Villanueva berjaya menafikan tiga peluang negara menerusi pukulan sudut penalti. Jaringan yang ditunggu-tunggu […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Sasar ‘Ratah’ Chile

Menjelang aksi pertama Kumpulan A membabitkan Malaysia dan Chile malam ini, The Young Tigers diharap dapat memulakan kempen Piala Dunia Remaja 2023 dengan langkah kanan. Hasrat ini disuarakan oleh penganalisis sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli. Ini kerana kemenangan hari ini mampu memberi semangat kepada skuad remaja negara untuk mengharungi baki dua aksi sukar Kumpulan […]

Malaysia Sedia Anjurkan Hoki Piala Dunia

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal melihat negara sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025. Kenyataan ini dibuat kepada media selepas majlis pengenalan jersi skuad Young Tigers dan penyerahan tajaan Piala Dunia Remaja 2023 yang berlangsung semalam. “Masa itu kalau FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) minta kita anjurkan […]

Speedy Tigers Berdepan Ujian Berat Hadapi Australia

Skuad hoki Malaysia Speedy Tigers A bakal memulakan usaha mempertahankan Piala Mirnawan Nawawi dengan turun menentang Australia All Star esok. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani Ruzaiman hari ini di X. Selain mereka, Malaysia turut memiliki satu lagi wakil dalam kejohanan iaitu Malaysia Speedy Tigers B. Dua pasukan ini dihantar oleh Konfederasi […]

Kelayakan Hoki Olimpik Paris: Malaysia Diundi Bersama Jerman & Pakistan

Skuad hoki Malaysia bakal berdepan kesukaran dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 pada Januari tahun hadapan. Ini kerana mereka diletakkan dalam Kumpulan B bersama dua pasukan gergasi hoki dunia, Jerman dan Pakistan. Perkara ini diumumkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka hari ini. Selain dua pasukan itu, The Speedy […]