Tular Aksi Harry Maguire Gelecek Macam Messi

Kapten Manchester United, Harry Maguire baru-baru ini berjaya membuka mata Ten Hag untuk memberinya mandat baharu dalam skuad besar United bagi menghadapi saingan musim ini. Di media sosial Twitter, telah tular aksi dari Maguire mengelecek dan lincah membawa bola sama seperti penyerang berbisa, Lionel Messi semasa beliau sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya England yang […]

Magis Harry Maguire Ditagih England Di Piala Dunia

Bintang sensasi Manchester United, Harry Maguire tersenarai dalam skuad England menjelang aksi Piala Dunia Qatar 2022. Walaupun tidak banyak beraksi, beliau tetap membuktikan kemampuannya untuk berada dalam perancangan pasukan selepas berhempas pulas mendapatkan kepercayaan jurulatih. Sebelum ini, Maguire juga antara bahagian penting pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 2018 dan dipanggil […]

Ten Hag Beri ‘Mandat’ Kepada Maguire Jadi Penyerang United

Kapten ‘Marvel’ Manchester United, Harry Maguire kini memiliki peranan baharu dalam skuad besar United bagi mengharungi musim ini. Pemain berusia 29 tahun ini lebih banyak dimasukkan selaku pemain gantian selepas kemasukan pertahanan kental Argentina, Lisandro Martinez yang telah merampas posisi asalnya. Namun begitu, pemain kebangsaan England ini dilihat sudah mula mendapat sentuhannya semula apabila tampil […]

Kecederaan Varane, Peluang Buat Maguire Buktikan Siapa Diri Dia Yang Sebenar

Manchester United mendapat tonik terbaik tepat pada masanya! Pada ketika kem Red Devils diselubungi kebimbangan berikutan kecederaan dialami tonggak pertahanan, Raphael Varane, kehadiran semula kapten pasukan Harry Maguire membawa khabar gembira yang sekaligus menceriakan penyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu. Varane dijangka tersisih untuk satu tempoh yang tidak pasti berikutan kecederaan harmstring yang dialami […]

Southgate Percaya Harry Maguire Kunci England Julang Piala Dunia

Pertahanan kebangsaan England, Harry Maguire mendapat pujian yang melambung tinggi oleh jurulatih pasukan, Gareth Southgate berkenaan impaknya bersama England. Jurulatih berusia 44 tahun itu dikesan kekal memberi kepercayaan kepada kapten Manchester United ini untuk terus mengemudi benteng pertahanan pasukan. Kata Southgate, pemain berusia 29 tahun ini masih memiliki sentuhan terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama […]

Maguire: Kesilapan Itu Sebahagian Daripada Pertarungan

Dua kesilapan yang dilakukan oleh Harry Maguire pada aksi Liga Negara UEFA menentang Jerman jelas sekali menaikkan kemarahan para penyokong England. Pada aksi tersebut, England terpaksa akur untuk berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dan kekal di tangga tercorot dengan hanya memungut tiga mata dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (Liga A – Kumpulan 3). […]

Maguire Hadiahkan Dua Gol Buat Jerman

England meneruskan aksi hambar dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA apabila mereka terpaksa berkongsi mata dengan Jerman selepas seri 3-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Wembley awal pagi tadi. Namun yang mencuri tumpuan para peminat adalah bagaimana pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire menghadiahkan dua gol kepada Jerman dalam perlawanan itu. Separuh masa pertama perlawanan ditamatkan […]

Antony Bagi Amaran Awal Kepada Maguire

Manchester United baru sahaja melengkapkan perpindahan seorang penyerang daripada Brazil iaitu Antony Matheus dos Santos dengan kontrak sehingga 2027. Bekas pemain Ajax itu dilihat tidak memanggil Harry Maguire sebagai kapten MU menerusi satu hantaran di story Instagram miliknya. Beliau membalas ucapan Maguire dengan bersahaja. “Terima Kasih (emoji berbentuk hati). Namun, berbeza pula reaksi Antony terhadap […]

Harry Maguire Mahu Bawa Manchester United Ke Puncak

Pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire berazam dan berusaha untuk membawa Manchester United ke puncak pada masa hadapan. Pemain berusia 29 tahun itu akui mengalami jalan yang agak sukar sebagai seorang pemain selepas aksi tidak konsistennya telah menyebabkan United tercicir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Beliau juga bersikap positif walaupun prestasinya agak merudum, beliau […]

Harry Maguire Seolah-Olah Menyindir Ralf Rangnick

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire telah mengeluarkan satu kenyataan yqng seolah-olah menyindir bekas jurulatihnya, Ralf Ragnick. Pertahanan kebangsaan England itu mengulas mengenai kehadiran jurulatih baharu, Erik Tan Hag yang sudah pasti membawa semangat dan aura baharu ke kelab tersebut. Beliau juga yakin Ten Hag mampu untuk memberikan impak yang selayaknya buat The Red Devils […]

Gareth Southgate: Data Jadi Saksi Harry Maguire Pertahanan Terbaik Manchester United

Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate memuji impak yang dibawa oleh kapten Manchester United, Harry Maguire terhadap pasukan musim ini. Beliau juga menegaskan bahawa Manchester United beruntung kerana memiliki pertahanan dengan kualiti seperti Maguire kerana sudah psti memberi impak yang cukup besar di atas padang. Southgate juga mengakui pertahanan berusia 29 tahun itu juga merupakan […]

Harry Maguire Dikatakan Tolak Lamaran Barcelona, Ingin Terus Berbakti Kepada Manchester United

Pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire ingin terus berbakti kepada pasukannya selepas desas-desus melibatkan perpindahan beliau ke Barcelona sebelum ini. Kapten berusia 29 tahun itu sedang melalui musim yang kurang memberangsangkan bersama The Red Devils selepas seringkali menjadi sasaran atas kelemahan benteng pertahanan United. Oleh yang demikian, timbul persolan mengenai masa depan pemain ini selepas […]

Harry Maguire Terlepas Aksi Terakhirnya Bersama Manchester United

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal terlepas peluang untuk beraksi pada musim ini selepas beliau disahkan cedera baru-baru ini. Kapten pasukan The Red Devils ini merupakan antara pemain utama dalam pasukan untuk mengetuai barisan pertahanan sungguhpun sering dikritik hebat. Malah, pemain berusia 29 tahun itu sering menjadi sasaran para peminat yang meletakkan […]

Harry Maguire: Kalau Saya Tak Bagus Takkan Saya Main Setiap Perlawanan

Kapten pasukan Manchester United, Harry Maguire menyelar semula tuduhan yang dilemparkan terhadapnya susulan prestasi kurang memberangsangkan bersama pasukan pada musim ini. Pemain berusia 29 tahun itu menerima pelbagai bentuk kecaman selepas kecuaiannya telah menyebabkan penyerang pasukan Norwich, Teemu Pukki untuk menjaringkan gol penyamaan. Walau bagaimanapun, dalam satu perlawanan sebelum perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, Maguire […]

Harry Maguire Bakal Dilucutkan Jawatan Kapten Manchester United

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal diluuctkan jawatan kapten pasukan susulan persembahan hambarnya pada musim ini. Pertahanan pasukan kebangsaan England itu dikritik hebat setelah beliau dilihat menjadi punca kemerosotan prestasi The Red Devils yang kini terleposok di tangga ketujuh liga. Hal ini telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar penyokong yang mahu Manchester United […]

Harry Maguire Buat Hal Lagi, Minta Pengadil Hukum Rakan Sepasukan Sendiri

Kapten kesayangan pasukan Manchester United, Harry Maguire terus menjadi punca kemerosotan prestasi pasukannya sendiri apabila mereka dihukum oleh Everton sebentar tadi. The Red Devils yang turun dengan mempertaruhkan penyerang lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ternyata masih gagal untuk merobek gawang pasukan Everton yang dikendalikan oleh Frank Lampard. Hasilnya, pasukan tuan rumah memperoleh jaringan tunggal menerusi pemain […]