UEL: Harry Maguire Selamatkan Man United Daripada Diaibkan Porto

Jaringan minit-minit akhir Harry Maguire berjaya menyelamatkan maruah Manchester United daripada ditewaskan FC Porto awal pagi tadi. United di bawah kendalian Erik Ten Hag telah menurunkan skuad terbaik dengan Rasmus Hojlund, Marcus Rashford dan Amad Diallo menjadi harapan bagi mencari jaringan manakala Porto mempertaruhkan penyerang muda Sepanyol, Samu Omorodion di bahagian hadapan. Perlawanan dimulakan dengan […]

FA Cup: Penalti Bawa Man Utd Ke Final, Tumpaskan Coventry City

Perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan diantara Manchester United menentang Coventry City di Stadium Wembley berakhir dengan keputusan 3-3 (4-3). Skuad kendalian Erik Ten Hag lakukan perubahan taktikal dimana meletakkan Casemiro bergandingan Harry Maguire di pertahanan tengah. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba menguasai perlawanan.  Selepas 20 minit permainan, Scott […]

“Man United Sangat Perlukan Harry Maguire” – Erik Ten Hag

Pengurus Man United, Erik ten Hag mengakui pasukan itu masih memerlukan khidmat bek tengah England, Harry Maguire. Akhbar Metro melaporkan ten Hag berkata demikian selepas mengetahui West Ham bercadang mendapatkan khidmat bek tengah berusia 31 tahun itu. Ini kerana kontrak Maguire bersama The Red Devils kini berbaki setahun dan dijangka tamat pada akhir musim 2024/25. […]

11 Pemain Manchester United Bakal Dilelong Murah

Pasukan gergasi England, Manchester United bakal melakukan rombakan besar-besaran membabitkan pemain skuad utama mereka. Menurut laporan Express.co, pemegang saham baharu Manchester United, Sir Jim Ratcliffe sudah pun merancang rombakan drastik skuad pasukan utama Erik ten Hag dengan bersikap terbuka menjual seramai 11 pemain mereka. The Red Devils berada dalam kedudukan yang tidak menentu berhubung dengan […]

Harry Maguire Dinobat Pemain Terbaik Bulanan EPL

Bek tengah England dan Manchester United, Harry Maguire diangkat Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan November. Beliau mengatasi cabaran calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Antara pencabar beliau ialah Jeremy Doku (Manchester City), Anthony Gordon (Newcastle United) dan Thomas Kaminski (Luton Town). Mengikut keterangan laman sesawang rasmi United, Maguire bukan saja pemain […]

Mentaliti Harry Maguire Jadi Inspirasi Junior Eldstal

Pertahanan tengah Malaysia, Junior Eldstal mengakui kagum dengan mentaliti yang dipamerkan pertahanan elit Manchester United iaitu Harry Maguire. Walaupun sentiasa menerima kecaman oleh penyokong, Maguire tidak mudah melatah dan kekal tenang sehinggakan beliau kembali meraih tempat selaku pemain utama United musim ini. “Kalau saya tengok Harry Maguire sebagai contoh, saya lihat dalam media sosial beliau […]

Harry Maguire Jadi Bualan Di Parlimen Ghana

Nama bek tengah England, Harry Maguire kembali tular di media sosial selepas namanya disebut di Parlimen Ghana baru-baru ini. Ini selepas ahli parlimen Isaac Adongo memohon maaf kepada bek tengah Manchester United itu kerana menjadikannya sebagai contoh ketidakcekapan prestasi kerajaan negara itu. Ucapannya yang menyamakan prestasi naib presiden Ghana, Mahamadu Bawumia dalam mengendalikan ekonomi negara […]

Harry Maguire Jadi ‘Pemujuk’ Di Man United

Pemain pertahanan termahal England, Harry Maguire semakin mendapat tempat di dalam skuad Manchester United kendalian Erik Ten Hag sejak kebelakangan ini. Selain berjaya merebut tempat dalam kesebelasan utama Man United, Maguire kini difahamkan mempunyai tugas baharu di kelab gergasi England itu. Difahamkan Harry Maguire kini menjadi orang tengah di antara pemain sayap lincah, Jadon Sancho […]

UCL: Harry Maguire & Onana Jadi Wira Man Utd Tewaskan Copenhagen

Kapten Man Utd, Harry Maguire menceriakan Old Trafford dengan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Kumpulan A UCL menentang FC Copenhagen. United berharap dapat meraih kemenangan sebagai tanda penghormatan kepada legenda mereka, Sir Bobby Charlton yang meninggal dunia pada Sabtu lepas. Sementara Copenhagen pula memburu kemenangan pertama dalam ACL musim ini selepas sebelum ini seri sekali […]

Ibu Harry Maguire Tampil Bersuara

Ibu kepada bek tengah Manchester United, Harry Maguire tampil membidas komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau. Sejak beberapa musim lepas, prestasi Maguire dilihat terumbang-ambing baik bersama United mahupun England. Akibatnya, ini mengundang rasa tidak puas hati penyokong terhadap kualiti permainan beliau. Begitupun, sesetengah komen negatif yang dilemparkan baik penyokong mahupun penganalisis bola sepak dianggap melampaui […]

Harry Maguire Jaringkan Gol Bantu Scotland Bertemu England

Pemain pertahanan England, Harry Maguire terus menjadi mangsa kritikan atas persembahan yang kurang baik ketika menentang Scotland dalam aksi persahabatan antarabangsa yang diadakan awal pagi tadi. England berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1. Namun yang lebih menarik, gol yang terhasil buat Scotland adalah daripada jaringan sendiri Harry Maguire. Harry Maguire hanya memerlukan 22 minit pada […]

Cubaan Harry Maguire ‘Ikat’ Rakan Sepasukan Hampir Malukan England

Bek tengah Manchester United, Harry Maguire sekali lagi menjadi tumpuan gara-gara kesilapannya mengawal rakan sepasukan sendiri semasa England diikat 1-1 dengan Ukraine. Ukraine mendahului pada minit ke-26 menerusi gol Oleksandr Zinchenko selepas bek kiri Arsenal itu melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Jordan Pickford. Begitupun, apa yang membuatkan ramai penyokong Three Lions naik angin ialah kegagalan […]

Penjaga Gol Baru Manchester United Semakin Tertekan

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana berjaya membuat penampilan keduanya bersama Manchester United selepas secara rasmi diumumkan sebagai pemain The Red Devils. Aksi pra-musim bertemu Borussia Dortmund pada kelmarin menyaksikan Manchester United tewas dengan keputusan 3-2. Pengendali pasukan, Erik Ten Hag membawa masuk Andre Onana pada babak kedua permainan bagi menggantikan Tom Heaton. Sebaik sahaja […]

Dilucutkan Sebagai Kapten, Harry Maguire Luahkan Perasaan Sedih

Bek tengah England, Harry Maguire mengumumkan bahawa beliau bukan lagi kapten Manchester United. Pengumuman tersebut dibuat selepas Erik ten Hag memutuskan untuk melantik seorang kapten baru menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula pada bulan hadapan. “Selepas berbincang dengan pengurus hari ini, beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menukar kapten. Beliau menyatakan sebab-sebabnya […]

Statistik Menunjukkan Pemain Nantes Ini Lebih Hebat Daripada Maguire

Selain bijak mematahkan serangan dari lawan, sudah tentu peranan utama bagi pemain pertahanan tengah adalah melindungi penjaga gol daripada dibolosi. Dalam satu ciapan twitter oleh Squawka, terdapat beberapa statistik yang menunjukkan kehebatan pemain-pemain yang beraksi di dalam lima liga bola sepak utama eropah. Nama pemain FC Nantes, Andrei Girotto adalah antara pemain yang mencuri tumpuan. […]

‘Messi England’ Aksi Harry Maguire Ayamkan USA

Ramai penyokong England merasa kecewa selepas melihat pasukan mereka diikat 0-0 dengan USA semalam. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka merasa terhibur dengan prestasi cemerlang beberapa pemain termasuk bek tengah Manchester United, Harry Maguire. Maguire bukan sekadar menjadi penghalang kebanyakan serangan Amerika Syarikat. Malah, bekas bek tengah Leicester City itu mencipta kejutan dengan menggelecek dua pemain lawan macam […]