“Malaysia Akan Tempang Tanpa Arif Aiman & Faisal Halim” -Dato’ Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan memuji impak luar biasa yang dipamerkan oleh duo negara, Arif Aiman dan Faisal Halim bersama Malaysia. Dua pemain ini memainkan watak penting termasuklah menjadi penjaring terbanyak negara pada tahun 2023 dengan 6 gol. Menurut pemerhatian bekas jurulatih Melaka United FC, Harimau Malaya kini berada pada landasan yang […]
Jurulatih Oman Mahu Berubah Sebelum Bertemu Malaysia

Jurulatih pasukan kebangsaan Oman, Branko Ivankovic menyatakan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sejak kebelakangan ini. Pasukan bimbingannya mengalami kejutan selepas tewas kepada pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan sungguhpun berada pada kedudukan yang lebih baik dalam ranking FIFA. Oman tewas dengan keputusan tipis 1-0 sekaligus menyebabkan pasukan itu terlepas peluang untuk mengejar kedudukan Malaysia […]
Rumput Baru SNBJ Berubah Warna

Keadaan terkini rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil mencuri perhatian selepas kelihatan berubah warna berbanding keadaannya kali terakhir pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Permukaan padang tersebut mendapat perhatian ramai sejak kali pertama ditukar pada aksi Pestabola Merdeka 2023. Pelbagai respon diterima ketika itu disebabkan rumput yang masih belum matang sekaligus menyebabkan tedapat beberapa kawasan […]
Musim 2023, Faisal Halim & Arif Aiman Sama Hebat

Keampuhan duo berbisa Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim telah membantu Malaysia untuk menggapai pencapaian hebat pada musim 2023. Dua pemain ini menjadi sandaran utama pasukan kebangsaan pada tahun ini termasuklah ketika Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Persembahan ampuh dua tunjang utama ini dengan […]
Piala Asia B-23: Malaysia Hadapi Tentangan Vietnam & Uzbekistan

Skuad bawah 23 tahun Malaysia berdepan ujian mencabar apabila diundi bersama tiga negara besar iaitu Vietnam, Uzbekistan dan juga Kuwait di Piala Asia B-23. Undian yang berlangsung di Al Bustan Ballroom, Wyndham Doha West Bay di Doha, Qatar menyaksikan perjalanan hebat yang bakal ditempuhi oleh anak buah Juan Torres Garrido. Undian tersebut menyaksikan Malaysia diundi […]
Siaran Langsung Undian Piala Asia U23: Malaysia & Indonesia Dalam ‘Pot’ 4

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila undian bagi Aksi Piala Asia U23 bakal berlangsung hari ini. Tumpuan terarah kepada kedudukan Malaysia yang diletakkan dalam balang 4 bersama musuh tradisi, Indonesia dalam misi melakar kejutan di Piala Asia U23. Balang 1: Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Jepun. Balang 2: Australia, Iraq, Vietnam dan Republik Korea Balang […]
Niger ‘Potong’ Kedudukan Malaysia

Ranking FIFA Malaysia: Skuad kebangsaan Malaysia kembali menghuni tangga ke-130 dunia, turun satu tangga selepas dipintas oleh Niger pada saat akhir. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 yang amat cemerlang selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya memperoleh tambahan +26.1 mata untuk merekodkan […]
Kata-Kata Jurulatih Chinese Taipei Makan Diri Sendiri

Keberanian ketua jurulatih pasukan kebangsaan Chinese Taipei, Gary White sebelum perlawanan akhirnya makan diri sendiri selepas pasukannya tewas kepada Malaysia. Jurulatih kelahiran England itu melaungkan keyakinan tinggi bahawa Harimau Malaya bakal melalui pengalaman sukar apabila beraksi di gelanggang keramat Chinese Taipei. Pasukan ke-152 dunia itu yakin aura penyokong kuat mereka di laman sendiri mampu menghukum […]
JDT Unggul Lahirkan Pelapis Kelas Pertama Buat Bola Sepak Malaysia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai pengeluar bakat muda terbaik di Malaysia sekaligus membantu skuad negara memperagakan aksi cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia. Skuad Harimau Selatan menjadi kelab Malaysia paling berjaya dekad ini dengan pelbagai pencapaian bertaraf elit yang dikecapi sama ada dalam mahupun luar padang hasil usaha DYAM […]
Malaysia Negara Asia Paling Banyak Raih Mata FIFA, Ke-3 Dunia

Malaysia melakar satu lagi kejayaan yang membanggakan apabila berjaya menjadi negara Asia paling banyak memungut mata FIFA bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon merakamkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan sekaligus meletakkan pasukan pada tangga pertama Kumpulan D dengan 6 mata. Harimau Malaya memungut tambahan +26.1 mata FIFA untuk menjadikan mata […]
Malaysia Perlukan Enam Mata Lagi

Dua kemenangan berturut-turut yang diraih Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menjadikan Malaysia kini menjadi pendahulu Kumpulan D dengan 6 mata. Pada aksi sulung, Malaysia berjaya menumbangkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 dalam satu perlawanan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil dan semalam, Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Taiwan di gelanggang lawan. Jurulatih Malaysia, […]
“Bola Sedikit Ringan, Padang Sedikit Keras” – Kim Pan-gon

Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam ternyata bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Ini kerana, keadaan padang yang sedikit keras mengganggu rentak permainan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon. Namun Pan-gon akui tidak boleh menjadikannya sebagai alasan kerana Malaysia dan Taiwan menggunakan padang yang […]
Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Ungguli Carta Kumpulan D

Pasukan Malaysia kini sedang mengungguli carta Kumpulan D dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2024. Selepas beraksi dua perlawanan, skuad Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan dalam kedua-dua aksi. Malaysia memulakan kempen dengan mencatat kemenangan bergaya mengatasi Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Rentak kemenangan ini diteruskan anak buah Kim Pan-gon malam semalam apabila jaringan […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Tewaskan Taiwan, Malaysia Raih Mata Maksimum

Skuad kebangsaan Malaysia mencatatkan lonjakan penting untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA semasa pasukan setelah merakamkan kemenangan berdepan Chinese Taipei hari ini. Harimau Malaya mengharungi aksi pertama dengan cukup cemerlang apabila membenam cabaran Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Kemenangan itu memberikan skuad negara tambahan +15.49 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 […]
Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Catat Kemenangan Kedua Tewaskan Chinese Taipei

Pasukan kebangsaan Malaysia mempamerkan aksi yang cukup memukau apabila menewaskan Chinese Taipei dengan keputusan 1-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei menyaksikan Harimau Malaya melakukan 4 pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan. Malaysia melakukan gerakan awal untuk mencari gol awal dan melancarkan percubaan menerusi rembatan kencang Akhyar Rashid namun tersasar. Faisal Halim memiliki peluang terbaik […]
Malaysia Diramal Ubah Posisi Penting, Terap Formasi Menyerang Habis-Habisan

Malaysia dijangkakan akan tampil dengan beberapa perubahan signifikan pada beberapa posisi penting berdepan Chinese Taipei bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad bimbingan Kim Pan-gon memulakan kempen dengan baik apabila merakamkan kemenangan dramatik ke atas Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Anak didik Gary White pula terdesak untuk mencari kemenangan sulung selepas dikalahkan oleh Oman tempoh […]