Razman Roslan Anggap Pesaing Afiq Fazail Terlalu Ramai

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menganggap kedudukan Afiq Fazail terlalu ramai ketika ini dalam usahanya untuk merebut tempat ke Piala Asia. Pemain berusia 29 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk beraksi buat skuad kebangsaan di pentas tertinggi Asia itu namun yakin semuanya terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Beliau tahu bahawa peranan seorang pemain […]

Kyrgyzstan Mahu Tampil Lebih Gagah, Atur 3 Aksi Di UAE & Qatar

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan kini sedang melakukan persiapan rapi apabila sudah pun mengatur tiga aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Ameriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar bulan ini. Pasukan ke-98 dunia itu menerima tamparan hebat selepas dikecewakan oleh Malaysia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026. Sungguhpun begitu, pasukan bimbingan Stefan Tarkovic berjaya bangkit untuk mengejutkan […]

Arif Aiman Buka Cerita Kebangkitan Malaysia Saat Benam Kyrgyzstan

Pemain sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi berkongsikan kisah membanggakan selepas pemain negara berjaya melakukan kebangkitan dramatik untuk membenam cabaran pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon dikejutkan dengan dua jaringan lewat pada babak pertama untuk menutup cerita 45 minit pertama dengan ketinggalan 2-1. Harimau Malaya bagaimanapun melakukan kejutan apabila meledak tiga gol dalam tempoh […]

Kemunculan Syamer Kutty Cetus Keterujaan Penyokong

Sekian lama menanti untuk menyaksikan aksi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba yang dihimpit dengan masalah kecederaan. Kini, penyokong JDT boleh menarik nafas lega selepas kelibat Syamer sudah mula kelihatan. Baru-baru ini, pihak JDT telah memuatnaik foto-foto latihan skuad kendalian Esteban Solari dan foto Syamer menjadi tumpuan ramai. Rata-rata penyokong meluahkan rasa gembira […]

Nilai 3 Bintang Malaysia Cecah RM6.3 Juta

Malaysia membuktikan bahawa kualiti yang dimiliki oleh pemain tempatan mampu berkembang seiring dengan prestasi pasukan di atas padang. Kecemerlangan tiga bintang utama Harimau Malaya pada peringkat kelab dan negara menjadikan prospek yang dihasilkan oleh negara sentiasa mendapat perhatian umum. Berdasarkan kemas kini nilai pasaran pemain oleh laman Transfermarkt, pemain paling bernilai Malaysia kini dipegang oleh […]

Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]

Warga Korea Selatan Minta Berhati-Hati Dengan Kim Pan-gon

Sebilangan warga Korea Selatan menzahirkan kerisauan terhadap percaturan yang dibawa oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan di Piala Asia tahun hadapan. Jurulatih berusia 53 tahun itu berjaya membawa kejayaan luar biasa kepada bola sepak Malaysia apabila naik ke tangga 130 dunia berbanding 157 dunia kira-kira dua tahun lalu. Skuad kebangsaan juga memiliki rekod […]

Foto Terbaru Luqman Hakim Berbaju Selangor Jadi Perhatian

Khabar mengenai bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian apabila beliau dikesan berbaju selangor ketika menjalani latihan persendirian. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad bawah 23 tahun negara dan kini memasuki tahun ke-4 di Eropah. Beliau sebelum ini dipinjamkan ke kelab Liga Iceland bersama Njardvik FC tidak berlangsung seperti […]

Malaysia Hampiri Thailand & Vietnam, Berpeluang Jadi No.1 ASEAN

Konsistensi yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan Malaysia membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila mencatatkan unjuran positif dalam kemas kini ranking FIFA terbaru. Skuad kendalian Kim Pan-gon menjadi satu-satunya pasukan di Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi sulung di Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau Malaya cemerlang menumpaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dan juga Chinese […]

“Ketika Bertahan Dia Akan Tekan, Sama Macam Safee Sali” – Razman Roslan

Kualiti yang dimiliki oleh penyerang utama Sabah FC, Darren Lok meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan. Penyerang berusia 32 tahun itu mencatat satu lagi jaringan untuk membantu The Rhinos layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC antara zon Asean. Bintang kelahiran England-Malaysia ini terus diberi kepercayaan untuk memacu cabaran pasukan dan kini menjadi antara […]

Jurulatih Oman Susun Persiapan Lebih Rapi Berdepan Malaysia

Kekecewaan pasukan kebangsaan Oman yang tewas mengejut kepada Kyrgyzstan dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 telah membuka mata ketua jurulatihnya, Branko Ivankovic. Pengendali kelahiran Croatia itu menzahirkan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya yang mensia-siakan banyak peluang di hadapan gawang. Katanya, beliau memandang serius masalah ini namun tidak mahu terlalu tertekan kerana […]

Ranking FIFA: Malaysia Negara Asia Paling Cemerlang, Lonjak 7 Tangga

Ranking FIFA Malaysia: Skuad kebangsaan Malaysia kini melonjak 7 tangga selepas meraih mata maksimum hasil kecemerlangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini menjadi tumpuan dunia selepas kejayaan luar biasa sebagai pasukan Asia Tenggara sekaligus membuka mata ramai pihak ketika ini. Kemenangan berdepan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan memberikan skuad negara tambahan […]

AFC Kongsi Kemunculan Semula Malaysia Di Piala Asia

Laman media sosial rasmi AFC Asian Cup Qatar 2023 kongsi kemunculan semula pasukan Malaysia di pentas Piala Asia 2023. Pada Jun tahun lalu, Harimau Malaya mengakhiri badi 42 tahun dan layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023 selepas skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan itu sekaligus […]

“Adakah Kemenangan Sebenarnya Menyukarkan Malaysia?” – Razman Roslan

Bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Razman Roslan tertanya-tanya tentang laluan yang bakal ditempuhi Malaysia selepas ini susulan dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini mengemudi carta Kumpulan D dengan 6 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Menerusi analisis yang dilakukan oleh Razman di Nindia […]

“Siapa Penjaga Gol Malaysia Ni? Mental Harimau Malaya Luar Biasa”

Sebilangan penyokong Indonesia menzahirkan rasa kagum terhadap persembahan yang dipamerkan oleh Malaysia ketika menewaskan Kyrgyzstan di laman sendiri tempoh hari. Aksi yang berlangsung di Bukit Jalil itu meraih perhatian seluruh rantau Asia Tenggara tatkala beberapa negara lain mengharungi detik yang agak mencabar. Sebilangan warga Indonesia terutamanya pempengaruh yang memuat naik video reaksi ketika menonton ulang […]

Dakwaan Netizen Indonesia Terbukti Salah

Dakwaan melulu yang dilemparkan oleh sebilangan netizen Indonesia terhadap laluan mudah Malaysia di Kelayakan Piala Dunia terbukti mengarut. Skuad negara menjadi bualan hangat di rantau Asia Tenggara selepas mencatatkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei untuk memungut mata penuh daripada perlawanan tersebut. Nasib berbeza dialami oleh pasukan kendalian Shin Ta-yong selepas hanya seri berdepan […]