Nasib 4 Pemain Kacukan Di Tangan Kim Pan-gon

Keputusan akhir tentang nasib pemain warisan untuk mewakili negara terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman yang memberitahu bahawa badan induk itu telah memiliki senarai awal 3 hingga 4 pemain warisan. Namun begitu, beliau yakin semuanya terletak di tangan pengendali […]

Impian Skuad Muda Malaysia ‘Cabar’ Arab Saudi Masih Tergantung

Hasrat skuad muda Malaysia untuk beraksi menentang Arah Saudi dalam satu aksi persahabatan mungkin tertangguh. Skuad muda Malaysia bakal mengharungi kempen AFC Asian Cup 2023 di Qatar dengan misi sekurang-kurangnya mara ke pentas separuh akhir. Sebelum ini, terdapat khabar bahawa anak didik Juan Torres Garrido akan menyertai aksi persahabatan 4 penjuru di Indonesia pada bulan […]

Nazmi Nasaruddin Tercalon Selaku Pengadil Utama Piala Dunia 2026

Pengadil berpengalaman kelahiran Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin telah dipilih nagi menyertai kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026. Kejohanan beprestij dunia itu akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026. Nazmi mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak tahun […]

Korea Selatan Risik Kim Pan-gon? Ini Jawapan Rasmi FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab segala desas-desus berkenaan risikan yang dilakukan oleh Korea Selatan untuk mendapatkan khidmat Kim Pan-gon. Pengendali berusia 54 tahun itu mengharungi tempoh yang cukup baik dalam masa dua tahun ini untuk membantu meningkatkan prestasi Harimau Malaya. Mengulas lanjut, menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Wira Yusuf Mahadi ketika […]

Faisal Halim: Dia Pemain Terbaik Yang Pernah Saya Bermain

Pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim akhirnya bertemu dengan lawan yang dianggap paling baik sepanjang kariernya. Bintang Selangor FC itu baru sahaja tamat tugas bersama skuad kebangsaan dan membantu Harimau Malaya pulang dengan satu mata. Menerusi satu temu bual oleh Astro Arena, pemain berusia 25 tahun itu sempat berkongsikan pengalamannya beraksi di pentas tertinggi Asia. […]

Hannah Yeoh Beri Bayangan Masa Depan Kim Pan-gon

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh memberi bayangan mengenai masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad kebangsaan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu merekodkan pencapaian cemerlang bersama skuad negara selepas mengharungi kempen yang memberangsangkan di Piala Asia AFC. Harimau Malaya mencipta kejutan apabila berjaya mengikat pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan […]

Bakat Baru: Pengganti Natxo Insa Ditemui Di England

Seorang lagi bakat baharu yang berpotensi besar sebagai pengganti jangka panjang Natxo Insa kini ditemui di England. Pemain yang dikongsikan oleh laman Frfuturetalents itu ialah perancang tengah berbakat, Wounter Burger yang kini beraksi buat Stoke City. Bintang berusia 22 tahun itu mula menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air selepas namanya dikaitkan memiliki pertalian […]

Janji Hwang Hee-chan Selepas Lawan Malaysia Jadi Kenyataan

Kata-kata yang diungkapkan oleh pemain sayap sensasi Korea Selatan, Hwang Hee-chan selepas lawan Malaysia kini menjadi realiti. Pemain berusia 27 tahun itu tidak diturunkan ketika sua aksi awal peringkat kumpulan namun segera kembali dalam percaturan ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann ketika bertemu Malaysia. Kemasukan beliau membantu Taeguk Warriors untuk mengikat Harimau Malaya dengan keputusan 3-3. Ketika […]

Dion Cools Mahu Ke Korea Atau Jepun

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools menyimpan hasrat untuk berkenala di Liga Korea atau Jepun suatu hari nanti. Pemain berusia 27 tahun itu memjadi watak penting pasukan kendalian Kim Pan-gon dan berjaya membawa pasukan negara untuk meraih satu mata pada peringkat kumpulan. Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi perbualan hangat selepas namanya dikesan berada dalam video […]

Sharul Nazeem Hargai Pengalaman Bersama Skuad Kebangsaan

Pertahanan tengah Selangor FC, Sharul Nazeem sentiasa menghargai pengalaman ketika dipanggil ke skuad kebangsaan dan berharap ianya dapat membantu meningkatkan prestasinya bersama Selangor untuk musim 2024/2025. Biarpun berjaya membantu Selangor menadapatkan slot beraksi di pentas Asia, bagi Sharul, beliau masih belum berpuas hati dengan apa yang dicapai dan berharap tahun 2024 akan jadi lebih baik […]

Oman Lantik Bekas Jurulatih Pasukan Ke-39 Dunia Sebelum Lawan Malaysia

Desas-desus mengenai calon jurulatih baharu pasukan Oman terjawab apabila mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Republik Czech menjelang pertemuan menentang Malaysia. Individu yang dimaksudkan itu ialah Jaroslav Silhavy yang secara rasminya memulakan tugas bersama Oman bermula 1 Februari 2024 sebagai persiapan perjalanan Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan ke-74 dunia itu mengharungi tempoh sukar di Piala Asia AFC […]

Indonesia & Arab Saudi ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia

Tiga pasukan termasuk Indonesia dan Arab Saudi difahamkan bakal menjadi lawan kepada skuad muda Malaysia menjelang sepak mula Piala Asia B-23 di Qatar tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres Garrido telah mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ini menentang China B-23 dan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Malaysia melakukan perubahan jurulatih selepas bekas pengendali, […]

Bakat Baru: Peledak Prolifik Warisan Malaysia ‘RM5 Juta’ Ditemui Di Belanda

Bakat baru bola sepak Malaysia kini semakin hangat diperkatakan selepas tular kelibat seorang penyerang tinggi lampai yang dikenali sebagai Ferdy Druijf. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan kelibat pemain berusia 25 tahun yang sedang menyinar di Belanda. Beliau lahir di Uitgeest, Belanda dan memulakan kerjaya awal bersama salah sebuah akademi bola sepak terbaik di […]

AFC eAsian Cup: Malaysia Calar Rekod Juara Dunia, Jordan

Aksi AFC eAsian Cup antara pasukan Malaysia dan Jordan menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh 3 mata hasil dua pertembungan semalam. Perlawanan yang berlangsung di Virtuocity Arena, Festival City, Qatar itu menyaksikan saingan terbaik diberikan oleh wakil negara terhadap lawan yang pernah muncul selaku juara dunia iaitu Jordan. Dalam aksi pertama peringkat Kumpulan E, Malaysia berjaya merekodkan […]

FIFA Puji Malaysia Lagi

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi tampil untuk memuji Malaysia susulan prestasi luar biasa sejak kebelakangan ini. Harimau Malaya kini telah menamatkan kempen di Piala Asia 2023 selepas mengakhiri cabaran di tangga ke-4 dan memperoleh satu mata. Kejayaan mengikat jaguh Asia, Korea Selatan telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan sebenar Malaysia untuk […]

Razman Roslan: Kalau Dua Aksi Lawan Timor Leste Tak Payahlah

Bekas pertahanan negara, Razman Roslan mahu melihat skuad Malaysia memperoleh aksi kompetitif bertaraf tinggi sebelum berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau dalam satu perkongsian bersama Nindia Bola memberitahu bahawa perancangan tersusun harus dirangka oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi mempersiapkan pasukan. Baru-baru ini, Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa skuad […]