Hamidin: Mereka Bukan Orang Malaysia, Banyak Yang Palsu

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin tampil memberi penjelasan tentang beberapa pemain bola sepak yang disebut-sebut memiliki darah dan berketurunan Malaysia. Ketika ditemui di Hotel Armada, Petaling Jaya pada semalam, Hamidin menegaskan bahawa terdapat beberapa akaun media sosial Instagram bola sepak yang menerbitkan hantaran mengatakan bahawa ada pemain bola sepak yang […]

Gol Tercalon Ke Puskas? Faisal Halim Tak Fikir, Kekal Rendah Diri

Pemain sayap negara, Faisal Halim tidak mahu memikirkan mengenai pencalonan golnya ke Puskas FIFA selepas memenangi gol terbaik di Piala Asia 2023. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi pengumuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan pemain yang mesra […]

Kim Pan-gon Ada Sebab Belum Umum Pemain Pilihan Lawan Oman

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki sebab yang kukuh masih belum mengumumkan senarai pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengharungi tempoh yang cukup baik apabila memimpin Malaysia ke Piala Asia 2023 dan berjaya meraih satu mata. Keputusan seri berdepan Korea Selatan itu diserikan lagi apabila gol […]

Juan Torres Panggil Arif Aiman?

Hasrat untuk melihat pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi untuk dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres masih tergantung. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin berkenaan perancangan skuad b-23 negara untuk ke Qatar. Anak didik Juan Torres difahamkan akan terbang ke luar negara sekitar Mac atau awal April […]

Rasmi: Gol Faisal Halim Dinobat Jaringan Terbaik Piala Asia 2023

Pemain sayap negara, Faisal Halim sah menggondol anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023. Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi mengumumkan pemenang Gol Terbaik Piala Asia 2023 selepas mengira undian yang diterima daripada peminat bola sepak Asia. Gol yang dijaringkan Faisal membantu Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E. Berdasarkan […]

Faisal Halim & Malaysia Dijulang Tinggi Di Asia

FA Malaysia

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim berjaya memberikan senyuman kepada Malaysia apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik di Piala Asia AFC 2023. Harimau Malaya mengharungi kempen yang cukup baik apabila berjaya meraih satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Beliau memainkan peranan yang cukup hebat apabila meledak satu gol cantik yang […]

Kim Pan-gon Penentu Nasib Wan Kuzain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bakal menjadi penentu kepada perjalanan pemain muda negara, Wan Kuzain Wan Kamal. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis City SC 2 dan berjaya menjaringkan beberapa gol. Impian sekian lama untuk melihat pemain kelahiran Amerika-Malaysia itu menyarung jersi pasukan kebangsaan bakal ditentukan oleh jurulatih […]

Yazan Al-Arab Jadikan Qatar ‘Taman Permainan’

Pertahanan kental Jordan, Yazan Al-Arab menjadikan Qatar seperti taman permainan apabila membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan berharga. Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Qatar, Mu’aidar SC baru-baru ini selepas bersama kelab Iraq hanya tiga bulan. Beliau memperagakan aksi cemerlang dalam debutnya di sana apabila diberi kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan […]

Pemain Malaysia Kongsi Perbezaan Falsafah Elavarasan & Juan Torres

Pemain Malaysia berkongsikan perbeza falsafah yang diterapkan oleh bekas pengendali b-23 negara, E. Elavarasan dan juga Juan Torres Garrido. Menerusi satu perkongsian kepada rancangan Bola Itu Life, penyerang muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney berkongsikan perbezaan antara dua jurulatih yang pernah mengemudi negara. Menurut beliau, E. Elavarasan merupakan jurulatih yang amat baik dengan […]

Faisal Halim Hampiri Kemenangan Bergaya Di Asia

Pemain sayap lincah negara, Faisal Halim menghampiri kemenangan bergaya di Asia buat kali pertama. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya meraih satu mata berharga ketika menentang Korea Selatan apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan 3-3. Semua mata bagaimanapun tertumpu kepada jaringannya apabila berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan berkelas dunia seperti Kim Min-jae. Golnya itu akhirnya disenaraikan sebagai salah satu […]

“Seri Dengan Korea Selatan, Gol Romel Morales Itu Penyudah KL City” – Khalid Samad

fa malaysia-paulo-romel

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengingatkan bahawa kudrat dua tonggak KL City, Romel Morales dan Paulo Josue telah membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Beliau menjelaskan perkara ini dalam satu sesi sidang media berkenaan perkembangan pasukan The City Boys bagi musim 2024/25. Mengulas lanjut, Khalid memberitahu bahawa tunggakan gaji KL City […]

Liridon Krasniqi Pilih 4 Kelab Baru, Selangor Salah Satunya

Perancang tengah negara, Liridon Krasniqi memberi bayangan 4 kelab baharu bakal menjadi destinasi barunya. Pemain berusia 32 tahun itu melalui tempoh turun naik bersama Terengganu FC namun berjaya membantu pasukan untuk mara ke final Piala Malaysia 2023. Beliau juga memainkan watak penting di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner sungguhpun berdepan saingan sengit untuk mengemudi jentera tengah. […]

Rahsia Faisal Halim Kekalkan Aksi Bertenaga Di Atas Padang Dengan Extra Joss

Aksi bertenaga yang sering ditampilkan oleh pemain sayap Malaysia, Faisal Halim ketika beraksi di atas padang didorong oleh peranan besar daripada Extra Joss. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah ketika mengharungi kempen Piala Asia AFC 2023. Beliau menampilkan satu persembahan yang mengagumkan dengan larian tidak […]

Arif Aiman Pamer Kebolehan Beraksi Atas Salji

Pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman Hanapi mempamerkan kebolehan tinggi untuk beraksi di atas salji. Bintang berusia 22 tahun itu baru sahaja selesai berbakti buat skuad negara di pentas Piala Asia 2023. Beliau memainkan peranan yang cukup penting bersama Harimau Malaya termasuklah ketika membantu pasukan mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Perkembangan terbaru menyaksikan pemain […]

“Jordan Saja Yang Selamat Dari Kumpulan E”

Desas-desus mengenai status kejurulatihan selepas Piala Asia 2023 tamat menjadi bualan ramai apabila difahamkan jurulatih Jordan sahaja yang berjaya mengekalkan posisinya. Beberapa keputusan mengejutkan telah berlaku di Qatar termasuklah penyingkiran Jepun dan Korea Selatan lebih awal. Kekalahan pasukan pilihan juga menyebabkan pihak pengurusan membuat keputusan untuk merombak barisan kejurulatihan bagi tahun 2024. Terbaru, dua jurulatih […]

Ranking FIFA: Malaysia Di Tangga Ke-132 Dunia Selepas Tamat Piala Asia 2023

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 di tangga ke-132 dunia secara rasmi. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya meraih satu mata hasil keputusan seri 3-3 berdepan Korea Selatan bagi aksi terakhir Kumpulan E. Keputusan itu bagaimanapun tidak cukup untuk membantu bagi memperbaiki kedudukan negara selepas tewas dua aksi pembukaan berdepan Jordan dan […]