SNBJ Anjurkan Tiga ‘Aksi’ Besar Kurang 90 Hari

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi gelanggang bagi tiga aksi besar yang melibatkan acara bola sepak dan juga konsert. Menerusi satu kenyataan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), SNBJ bakal menjadi gelanggang bagi aksi Battle Of The Reds yang bakal menemukan lagenda Manchester United dan Liverpool. Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada 27 April 2024 pada […]

Azhar Sulaiman Cadang Idea Kreatif Pulihkan Padang SNBJ

Pelakon terkenal tanah air, Azhar Sulaiman telah berkongsikan cadangan kreatif untuk memulihkan semula keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Baru-baru ini, keadaan padang SNBJ mendapat respon pelbagai susulan keadannya yang tidak bersedia bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman. Keadaan ini merupakan kali kedua terjadi selepas aksi Piala Malaysia 2023 antara […]

Azam Azmi Berehat 2 Bulan

Bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa melupakan aksi kompetitif untuk tempoh enam hingga lapan minggu. Ini selepas bek kanan berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan buku lali semasa diturunkan menentang Oman pada 26 Mac lalu. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd. Sabri Abas kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul […]

Hamidin Tak Mampu Penuhi Permintaan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pernah meminta untuk saingan Liga Malaysia diawalkan namun permintaan beliau tidak dapat dipenuhi. Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, beliau mengakui bahawa pengendali Korea Selatan itu memiliki permintaan untuk mengawalkan saingan liga. Permintaan ini bagaimanapun tidak dapat dipenuhi oleh Hamidin disebabkan […]

Isu Ketiadaan Pau Marti, Ini Jawapan Rasmi Presiden FAM

Kehadiran penolong jurulatih Kim Pan-gon dari Sepanyol, Pau Marti Vicente dalam Kongres Tahunan FAM Ke-60 mencuri tumpuan media hari ini. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau semasa aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac lepas. Ini menimbulkan desas-desus bahawa Vicente tidak lagi menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Harimau […]

Hamidin Nafi Kim Pan-gon Berniat Tinggalkan Harimau Malaya

Situasi sebenar mengenai desas-desus keinginan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk meletak jawatan akhirnya terjawab. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan memberi jawatan sebenar berhubung isu yang dikaitkan. Katanya, beliau merasa dukacita dengan perkhabaran yang tersebar ketika memasuki 10 Ramadan terakhir. “Saya sedih sebab surat layang datang pada […]

“FAM Tidak Panik” – Rosmadi Ismail

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat tidak panik mengenai isu ‘surat layang’ yang tular baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Seri Rosmadi Ismail, beliau yakin setiap perkara yang berlaku dalam tampuk kepimpinan organisasi itu mengikut saluran yang betul. Baru-baru ini, tular sebuah hantaran e-mel ketika Kongres Tahunan buat kali Ke-60 FAM […]

Dugaan Berganda Menimpa Azam Azmi

Dugaan berganda menimpa pertahanan muda negara, Azam Azmi Murad selepas mengalami kecederaan ketika membantu Malaysai tempoh hari. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ngeri ketika membantu Harimau Malaya berdepan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tempoh hari. Beliau terpaksa diusung keluar ketika perlawanan baru memasuki minit ke-25 dan digantikan dengan rakan sepasukan iaitu […]

Terkini: Kim Pan-gon Nafi Hantar Surat, Komited Bimbing Malaysia Hingga Akhir 2025

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menafikan telah menghantar surat peletakan jawatan dan komited untuk terus membimbing Harimau Malaya hingga akhir 2025. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyatakan keinginan untuk terus membimbing Malaysia dan yakin tugasannya belum berakhir. “Saya ingin menafikan laporan berita yang disiarkan di portal […]

Kim Pan-gon Hantar Surat Tinggalkan Harimau Malaya?

Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi tamparan hebat menjelang dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan jurulatih skuad senior negara, Kim Pan-gon dilaporkan mahu mengundurkan diri. Meskipun masih memiliki baki kontrak setahun, Pan-gon dilaporkan sudah bersedia menghantar surat penamatan kontrak lebih awal. “Jurulatih negara Kim […]

Luqman Hakim Kesan Perubahan Besar Malaysia B-23 Bersama Juan Torres

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin melihat kemajuan yang baik skuad b-23 negara di bawah kendalian Juan Torres Garrido menjelang aksi Piala Asia di Qatar, April ini. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido untuk menghadapi aksi penting di Asia. Beliau yang kini beraksi di […]

Darren Lok Kecewa Kesilapan Sama Berulang Dua Kali

Penyerang kebangsaan, Darren Lok mengakui sentuhan penyudah yang mengecewakan mengakibatkan Malaysia tewas dua kali di tangan Oman. Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa lepas menyaksikan skuad negara banyak menghasilkan hantaran ke arah gawang Oman. Malangnya, kebanyakan hantaran yang dilakukan berjaya disekat penjaga gol Oman, Ibrahim […]

Luqman Hakim Bawa Pengalaman Di Jepun Ke Malaysia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membawa pengalaman yang diperoleh bersama kelab di Liga 3 Jepun, Yokohama SCC bersama Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu kembali berkelana di Asia daripada kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman di divisyen tiga Jepun untuk memperoleh lebih banyak minit bermain. Hasrat itu bagaimanapun menjadi kenyataan apabila beliau sudah beraksi […]

Ramalan Faisal Halim Sebelum Lawan Oman Jadi Kenyataan

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sudah menjangka kecaman yang bakal diterima sebelum berdepan Oman lagi. Bintang pasukan Selangor FC itu merupakan watak penting sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon kira-kira dua tahun yang lalu. Persembahan yang diharapkan oleh penyokong setia Harimau Malaya bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad negara tunduk di tangan Oman sebanyak […]

Detik Suka Azam Azmi Bertukar Duka Dalam 24 Jam

Pertahanan kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad mengalami detik duka kurang 24 jam selepas mengalami dihujani momen gembira dalam kariernya. Skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi tentangan pasukan ke-80 dunia, Oman namun tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Penampilan pertahanan JDT yang dipinjamkan ke Terengganu bagi musim baharu bertukar cerita apabila beliau diusung keluar pada minit […]

K. Rajagobal: Kim Pan-gon Perlu Nilai Pemain Sebaiknya

Bekas pengendali skuad senior Malaysia, Datuk K. Rajagobal merasakan sudah tiba masanya Kim Pan-gon menilai kembali barisan pemain negara. Pandangan itu diutarakan beliau selepas diminta mengulas kekalahan 2-0 Malaysia di tangan Oman baru-baru ini. Dengan beberapa pemain saja yang menunjukkan prestasi baik dalam perlawanan itu, Rajagobal percaya hal ini akan mempengaruhi Pan-gon untuk melakar perancangan […]