Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Di Piala Asia B-23 Curi Tumpuan

Senarai akhir 23 orang pemain Malaysia ke Piala Asia B-23 mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Skuad kendalian Juan Torres akan mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar dengan barisan terbaik sungguhpun tanpa kehadiran beberapa pemain. Menerusi kemas kini yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), terdapat gabungan beberapa muka baharu dan lama […]
Uzbekistan Catat Rekod Bersih Sebelum Bertemu Malaysia B-23

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 berdepan Malaysia, Uzbekistan kelihatan berada di tahap terbaik apabila tampil garang dalam beberapa aksi pemanas badan yang diatur. Ini selepas kejayaan The White Wolf mencatatkan tiga aksi tanpa kalah dalam siri perlawanan persahabatan yang diadakan menentang Qatar dan China sebagai persiapan sebelum saingan bermula. Pada perlawanan […]
“Jika Dapat Ikut, Rezeki Kalian Di Sini” – Faisal Halim

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim yakin masa depan skuad negara dalam tangan yang selamat. Pasukan kendalian Kim Pan-gon telah menyenaraikan 11 pemain daripada skuad b-23 negara bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman tempoh hari. Perkembangan ini menarik minat pemain lincah Selangor FC itu yang melihat terdapat muka-muka baharu yang menjalani latihan bersama […]
“Saya Rasa Romel Morales Patut Dikeluarkan, Bukan Darren Lok”

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali merasakan pertukaran untuk mengeluarkan Darren Lok berbanding Romel Morales telah memakan diri. Perkara ini dikongsikan olehnya di laman Sports Tarik berkenaan analisis aksi antara Harimau Malaya menentang pasukan ke-77 dunia, Oman. Safee berpendapat bahawa antara masalah lain yang mengganggu rentak permainan skuad kebangsaan adalah disebabkan beberapa pertukaran yang kurang […]
Malaysia Kecundang Dua Aksi, Kali Ini Berdepan Qatar B-23

Skuad muda Malaysia mencatatkan kekalahan kedua berdepan skuad b-23 Qatar dalam satu aksi persahabatan tertutup semalam. Aksi yang berlangsung di Qatar itu menyaksikan anak didik Juan Torres bertemu pasukan tuan rumah sebagai aksi pemanas badan selepas tewas kepada China B-23 tempoh hari. Perlawanan pemanas badan ini bagaimanapun tidak memihak kepada skuad muda negara sekali lagi […]
Malaysia Gandakan Kegembiraan Oman

Malaysia memberikan kegembiraan berganda kepada Oman selepas mencatatkan dua kemenangan bertemu skuad negara. Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman menyaksikan skuad kebangsaan merekodkan kemenangan 2-0 dalam kedua-dua aksi. Kejayaan itu memberi kesan yang cukup hebat kepada kedudukan ranking FIFA Harimau Malaya apabila turun 6 anak tangga ke kedudukan 138 dunia. Pasukan bimbingan […]
Safee Sali: Kalau Padang SNBJ Tak Elok, Jangan Main

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali meminta agar para pemain Harimau Malaya tidak menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekiranya keadannya masih tidak memuaskan. Beliau menyatakan pendiriannya dalam satu audio siar di laman Youtube miliknya tentang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman. Katanya, antara salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan skuad […]
FAM Cuba Dekati Ferdy Druijf

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini difahamkan dalam usaha untuk mendekati pemain kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf. Perkara ini menjadi buah mulut netizen selepas satu hantaran yang dibuat oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain berusia 26 tahun itu menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Beliau juga ketika ini dalam usaha untuk menyediakan dokumen yang diperlukan bagi […]
Ranking FIFA: Malaysia Jatuh 6 Tangga

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia turun 6 tangga selepas dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman tempoh hari. Harimau Malaya mencatatkan permulaan cemerlang apabila merekodkan dua kemenangan menentang Chinese Taipei dan Kyrgyzstan. Momentum itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan apabila berdepan pasukan ke-80 dunia, Oman apabila tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Kekalahan itu memberi kesan […]
Pemain Kacukan Berdarah Selangor Tembusi Skuad Utama Man United

Seorang pemain kacukan Malaysia berdarah Selangor kini sudah pun menjalani latihan bersama skuad utama Man United. Pemain yang dimaksudkan itu ialah bintang muda Manchester United, Ethan Wheatley yang kini mula menjalani latihan bersama skuad utama The Red Devils. Kemas kini maklumat daripada laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu mula menarik perhatian Ketua […]
Kamarul Ariffin Buka Mulut Selepas Tinggalkan FAM Secara Mengejut

Bekas penolong pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjelaskan hal sebenar mengenai keputusan beliau meninggalkan skuad Harimau Malaya. Beliau menganggap keputusannya untuk meninggalkan kem kebangsaan tidak akan menjejaskan persiapan pasukan di kempen Kelayakan Piala Dunia yang sedang ditempuh dan percaya pasukan akan bangkit dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan. ”Saya […]
“Rumput SNBJ Akan Sentiasa Berkualiti & Tahap Antarabangsa” – Hans Isaac

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan bahawa padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan sentiasa berada pada tahap terbaik dan mencapai standard antarabangsa. Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac berkenaan gerak kerja bagi memastikan padang SNBJ akan sentiasa bersedia untuk menjadi gelanggang terutamanya bagi aksi Harimau Malaya. Menerusi satu perkongsian kepada sebuah […]
Ferdy Druijf Ingin Perkuat Harimau Malaya

Penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf menyuarakan hasrat ingin menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang. Hasrat Ferdy itu telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan terkemuka Malaysia, Frfuturetalents di laman X menerusi satu tangkap layar perbualan dipercayai dari laman Instagram. Penyerang berketinggian 1.90 meter itu dikatakan sedang dalam proses menyediakan dokumen-dokumen untuk membuktikan bahawa […]
Senarai Akhir 23 Pemain Berbakat Malaysia Ke Piala Asia B-23 Qatar

Persiapan skuad Malaysia ke Piala Asia B-23 berjalan lancar dengan 23 pemain terbaik dibawa bagi mengharungi cabaran getir di Qatar. Skuad kendalian Juan Torres Garrido melakukan persiapan yang lebih rapi selepas mengharungi dua aksi persahabatan menentang India di laman sendiri. Tiga lagi aksi persahabatan menanti skuad muda negara di Qatar menentang China dan tuan rumah […]
Lekir Ahmad Jawab Dakwaan Subsidi Bagi Menyokong Harimau Malaya

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari yang lalu mengenai dakwaan bahawa Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad menerima subsidi untuk menyokong skuad kebangsaan di luar negara. Selepas beberapa hari arena bola sepak Malaysia digegarkan dengan dakwaan tersebut, Lekir akhirnya menjelaskan situasi sebenar yang terjadi selama ini. Menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah, Lekir nyata kecewa kerana […]
Permintaan Kim Pan-gon Ke UAE Ada Halangan

Senario getir melanda kem Harimau Malaya ketika ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon meminta agar beberapa siri persahabatan diadakan di Ameriah Arab Bersatu (UAE) sebelum aksi menentang Oman. Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin tentang situasi sebenar yang terjadi dalam kem negara. Katanya, sungguhpun perancangan awal adalah untuk […]