Malaysia Catat Kemenangan Sukar Lawan Perak

Malaysia berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Perak dengan kemenangan tipis 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan campuran berdepan The Bos Gaurus. Beliau mahu memberi peluang kepada para pemain untuk mendapat minit bermain pada perlawanan ini. Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling […]

Kyrgyzstan Alami Detik Suka Dalam Duka Hadapi Malaysia

Lawan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan berada dalam detik suka sebelum bertemu skuad negara. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk melonjakkan kedudukan ranking negara selepas turun 8 tangga apabila tewas kepada Oman. Harimau Malaya bagaimanapun perlu berdepan dengan lawan yang memiliki rekod kebal di laman sendiri tatkala Malaysia tiada pilihan […]

Australia Sedia Uji Malaysia Sekali Lagi

Dua pencabar terbesar skuad Malaysia B-16 iaitu Australia dan Thailand bakal menjadi ujian sebenar kepada pasukan negara. Skuad yang kini dibimbing oleh jurulatih baharu iaitu Javier Jorda Ribera akan berdepan Timor-Leste, Australia dan Thailand. Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 yang dijadualkan berlangsung di Surakarta, Indonesia ini bakal memberikan cabaran hebat untuk skuad negara melayakkan diri ke […]

Pemain Warisan Malaysia, Dewsbury-Hall Jadi Rebutan Kelab EPL

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan berada dalam radar kelab besar Eropah, Chelsea FC. Tonggak berusia 25 tahun itu memainkan peranan penting untuk membantu Leicester City menjulang trofi EFL Championship di bawah kendalian Enzo Maresca. Pengendali kelahiran Itali itu bagaimanapun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu apabila bakal menyertai The Blues. Usaha merevolusikan skuad muda […]

Siaran Langsung Persahabatan: Malaysia vs Perak (Live Streaming)

Malaysia bakal memulakan langkah persiapan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Perak FC sebagai aksi pemanas badan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon telah pun mula menjalani latihan sejak hari Isnin yang lalu namun masih tidak dihadiri oleh beberapa pemain dari JDT dan Selangor. Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari lawan luar negara terbantut […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Pintas Indonesia, Lonjak 8 Tangga Sekaligus

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya berpeluang untuk melonjak dan naik 8 tangga sekaligus daripada dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026: Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan hebat selepas tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0. Malaysia memiliki dua misi besar apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dalam misi untuk […]

Adib Ra’op Kongsi Keunikan Taktikal Kim Pan-gon

Pertahanan Harimau Malaya, Adib Ra’op teruja untuk berkongsi keunikan taktikal yang diterapkan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pemain berusia 25 tahun itu mendapat panggilan pertama di bawah kendalian jurulatih kelahiran Korea Selatan itu. Beliau berkongsi rasa teruja dan syukur dengan kedua ibu bapanya turut bangga dengan pencapaian tonggak Penang FC tersebut. Katanya, beliau kini […]

Media UK Selongkar Tonggak Man United Sebenarnya Berdarah Malaysia

Salah sebuah media terkemuka di United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa tonggak Man United, Ethan Wheatley berdarah Malaysia. Spekulasi mengenai pemain yang dikatakan berdarah Malaysia ini sudah lama menjadi bualan hangat peminat di mesia sosial. Hal ini susulan maklumat yang dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain kelahiran Stockport, England itu memiliki susur galur dengan Malaysia. Sebelum […]

Juara Bertahan, Malaysia B-19 Bertemu Thailand, Indonesia Dapat Jalan Mudah

Undian Piala AFF B-19 2024 menyaksikan Malaysia diuji bertemu Thailand manakala Indonesia mendapat laluan mudah pada kejohanan kali ini. Skuad kendalian Juan Torres menempuh cabaran yang agak hebat apabila diundi bersama Thailand, Singapura dan juga Brunei pada edisi kali ini. Berdasarkan pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ujian sulung Juan Torres bersama skuad muda […]

Syamer Kutty Cetus Kebimbangan Kim Pan-gon

Perancang tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty mencetuskan rasa bimbang kepada Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Pengendali Korea Selatan telah kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq Ahmad, Romel Morales dan juga Darren Lok. Malaysia kini dalam persiapan rapi menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. […]

FAM Perkukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus memperkukuh kerjasama dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB). Kerjasama ini terus diperkukuhkan apabila MAB diumumkan sebagai penaja utama FAM dan Harimau Malaya. Menerusi perjanjian ini, MAB akan menjadi penaja utama FAM dan Harimau Malaya selama tiga tahun. Majlis pemeteraian perjanjian ini dibuat di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang […]

Wan Kuzain Bakal Perkuat Harimau Malaya Dalam Masa Terdekat?

Skuad Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain tengah St. Louis City 2, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal. Ini selepas FutureTalents mendedahkan proses dokumentasi pemain tengah berusia 25 tahun itu sedang berjalan ketika ini. Seandainya proses dokumentasi Wan Kuzain berjalan lancar tanpa sebarang masalah, bekas pemain Sporting Kansas City itu bakal mewakili Malaysia dalam masa […]

Situasi Sebenar Kecederaan Syafiq Ahmad & Darren Lok

Situasi sebenar kecederaan dua peledak berbisa negara, Syafiq Ahmad dan Darren Lok mencuri tumpuan. Pasukan kendalian Kim Pan-gon kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq dan ramai lagi. Beliau bagaimanapun optimis untuk memastikan Harimau Malaya terus memperagakan aksi terbaik berbaki dua perlawanan menentant Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Pengendali kelahiran […]

Padang SNBJ Dalam Keadaan Terbaik Menjelang Aksi Chinese Taipei

Situasi keseluruhan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) difahamkan berada dalam keadaan memuaskan menjelang pertemuan menentang Chinese Taipei pada awal bulan hadapan. SNBJ bakal menjadi gelanggang bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Malaysia dan Chinese Taipei yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun nanti. Walau bagaimanapun, keadaan padang di stadium […]

5 Negara Tolak Peluang Bertemu Harimau Malaya

5 negara difahamkan menolak peluang untuk bertemu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengenai usaha berterusan yang dilakukan untuk mencari lawan bagi skuad kebangsaan. Katanya, FAM berusaha sedaya upaya untuk mencari lawan bagi persiapan […]

“Jumpa Anda Jun Ini” – Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong memberi bayangan akan tiba di Malaysia Jun ini. Tonggak berusia 25 tahun itu seringkali menjadi bualan hangat selepas beliau dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Malaysia. Beliau memiliki pengalaman yang cukup luas dalam kancah bola sepak Eropah apabila pernah berada dalam skuad muda kelab Itali, Cagliari CF. Kobe Chong kini […]