Video Lambaian Tangan Arif Aiman Legakan Penyokong

Selepas disisihkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, kelibat Arif Aiman mula kelihatan dalam sesi rehabilitasi di padang latihan sekali gus melegakan penyokong JDT dan Harimau Malaya. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers, Arif dilihat sedang menjalani latihan ringan dan video tersebut diakhiri dengan lambaian tangan seolah-olah menandakan beliau akan […]
Barisan Akhir 25 Pemain Harimau Malaya Lawan Kyrgyzstan & Chinese Taipei Buka Mata Peminat

Barisan akhir 25 orang pemain Harimau Malaya yang dibawa bagi menggalas cabaran berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei telah membuka mata peminat. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini dalam misi besar untuk memungut mata penuh bagi menyalakan harapan untuk mara ke pusingan ketiga. Pasukan negara berdepan tiga misi serentak dengan kemenangan menjadi buruan sementara pungutan mata penting […]
Pengganti Arif Aiman & Faisal Halim Bukan Calang-Calang

Pengganti kepada dua tonggak utama Harimau Malaya, Arif Aiman dan Faisal Halim merupakan watak yang cukup hebat dan bukan calang-calang pemain. Gambaran ini telah diberikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada awal sesi latihan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Bishkek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Katanya, sungguhpun terkesan dengan ketiadaan beberapa tonggak utama pada […]
Haqimi Azim Sedia Ketuai Serangan Harimau Malaya

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim Rosli bersedia menggalas tanggungjawab mengetuai jentera serangan Harimau Malaya. Skuad senior negara dilanda masalah kecederaan menjelang baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Ini sekaligus menyebabkan ramai pemain negara terutama di bahagian serangan terpaksa disisihkan. Antara nama-nama yang digugurkan oleh jurulatih, Kim Pan-gon akibat kecederaan […]
Malaysia Hadapi 3 Misi Berbeza Lawan Kyrgyzstan

Malaysia bakal turun berdepan pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan tiga misi berbeza kali ini. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan dalam 4 aksi peringkat kumpulan yang telah diharungi. Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan 6 mata, 3 mata dipisahkan dengan dua pasukan teratas iaitu Kyrgyzstan dan Oman. Malaysia tidak […]
“Kalau Boleh Undur Masa, Saya Nak Bersungguh-Sungguh” – Faizal Abu Bakar

Bekas pemain kebangsaan, Faizal Abu Bakar melihat sekiranya dapat mengundurkan masa semula, beliau ingin tampil bersungguh-sungguh bersama Harimau Malaya. Hal ini dinyatakan bekas pemain Kedah (kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC)) itu kepada program Nindia di Astro Arena yang disiarkan pada hari ini. Semasa aktif sebagai pemain bola sepak, Faizal pernah menerima panggilan skuad […]
Ramalan Hairuddin Omar Tentang Syihan Hazmi Dua Tahun Lalu Jadi Kenyataan

Ramalan awal oleh Pengendali Terengganu FC II, Hairuddin Omar terhadap penjaga gol negara, Syihan Hazmi dua tahun lalu kini menjadi kenyataan. Lagenda bola sepak negara itu mula teruja kali pertama menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi di King’s Cup dan melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gawang JDT itu. Beliau yang baru sahaja membawa pasukannya muncul […]
Media Asean Ramal Peluang Malaysia Layak Tinggal 35%

Salah sebuah media di Asean meramalkan bahawa peluang untuk Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 adalah sekitar 35 peratus. Harimau Malaya memiliki peluang terakhir untuk mencipta sejarah layak ke pusingan berikutnya namun memilih jalan sukar. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan sekaligus mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. […]
Seorang Lagi Pemain Bakal Lapor Diri Bersama Harimau Malaya

Seorang lagi tonggak dilaporkan bakal hadir menyertai kem latihan Harimau Malaya. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal diperkuat dengan kehadiran 25 pemain berbanding 26 pada senarai awal susulan pengguguran penjaga gol berpengalaman. Ahmad Syihan Hazmi. Tonggak pertahanan Buriram United, Dion Cools bersama 5 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja menyertai sesi latihan dua hari […]
Daniel Ting Sedia Galas Peranan Pemain Sayap

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting bersedia menggalas peranan sebagai pemain sayap sekiranya diminta berbuat demikian oleh jurulatih, Kim Pan-gon. Masalah kecederaan menjejaskan persiapan Malaysia untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan. Antara tonggak utama yang terpaksa disisihkan Pan-gon untuk skuad kali ini ialah Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Syihan Hazmi […]
Safwan Mazlan Mahu Guna Situasi Semasa Harimau Malaya Sebaik Mungkin

Tonggak pertahanan negara, Safwan Mazlan optimis dengan perjuangan Harimau Malaya berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Pemain Terengganu FC itu berada dalam senarai 26 orang pemain yang bakal dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi dua aksi getir ini. Beliau mengakui teruja berjaya mendapatkan panggilan ke skuad senior setelah menjadi tunjang utama bersama Malaysia B-23. Safwan […]
Vietnam Tolak Hajat Besar Malaysia

Pasukan kebangsaan Vietnam telah menolak hajat besar Malaysia. Harimau Malaya kini dalam persediaan untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk layak ke pusingan berikutnya. Hajat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengadakan aksi persahabatan dengan negara Timur Tengah tidak kesampaian susulan aksi di luar kalendar FIFA. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan bahawa terdapat […]
Kim Pan-gon Panggil Seorang Pemain Luar Negara Perkuat Malaysia

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil seorang pemain luar negara kali ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menghadapi kekangan selepas deretan kecederaan yang melanda skuad kebangsaan ketika ini. Terbaru, penjaga gol negara, Syihan Hazmi terpaksa diketepikan saat akhir susulan kecederaan sekaligus memberi kesan yang besar kepada pasukan. Kemas kini oleh Persatuan […]
6 Pemain Baru Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

Kem Harimau Malaya diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain baru yang melapor diri hari ini. Lima pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos melapor diri hari ini. Turut sama hadir melapor diri untuk tugasan skuad kebangsaan ialah pemain pertahanan Buriram United, Dion Cools. […]
Syihan Hazmi Disisihkan Saat Akhir Daripada Skuad Harimau Malaya

Kelibat penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi tidak berada dalam skuad negara menjelang dua aksi getir. Hal ini susulan barisan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi buat Harimau Malaya masih menjalani latihan bersama pasukan. Kelibat penjaga gawang berusia 28 tahun itu menjadi tanda tanya selepas tidak kelihatan dalam sesi latihan terakhir pasukan. Posisi […]
Nilai Pasaran Arif Aiman & Akhyar Rashid Catat Jurang Besar

Nilai pasaran dua tonggak negara, Arif Aiman Hanapi dan juga Akhyar Rashid mencatat jurang yang amat besar. Arif menghadapi saat sukar apabila terlepas panggilan kebangsaan susulan kecederaan buku lali yang dialaminya baru-baru ini. Beliau tidak diturunkan dalam dua perlawanan pembukaan Liga Super menentang Negeri Sembilan dan KL City. Akhyar Rashid pula menikmati pengalaman baik di […]