Kim Pan-gon Buka Mulut Selepas Impian Besar Malaysia Tertangguh

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuka mulut selepas skuad negara menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendaliannya mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas mengutip 10 maat daripada 6 perlawanan Kumpulan D. Usaha itu bagaimanapun tidak mencukupi apabila Harimau Malaya mengakhiri cabaran di tangga ketiga. Pegendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terdapat beberapa […]

Azri Ghani Diramal Bersedia Galas Tugas Syihan Hazmi

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya penjaga gol KL City FC, Azri Ghani sudah bersedia menggalas peranan Syihan Hazmi Mohamed iaitu penjaga gol utama Harimau Malaya. Selepas Syihan terpaksa disisihkan Kim Pan-gon untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 akibat kecederaan, Azri dipilih menggalas tugas sebagai penjaga kubu terakhir negara. Penjaga gol […]

Perbandingan Nilai Pasaran Luqman Hakim & Haqimi Azim Jadi Bualan

Perbandingan nilai pasaran antara dua tonggak utama negara, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Haqimi Azim mencuri perhatian. Kedua-dua pemain ini beraksi bersama skuad B-23 negara dengan Haqimi kembali mendapat tempat di bawah kendalian Kim Pan-gon. Luqman pula berada dalam senarai bersedia sekaligus menyaksikan lebih ramai pemain muda mendapat tempat dalam percaturan pengendali Korea Selatan itu. […]

Kepulangan Dion Cools Ke Eropah Semakin Hampir?

Kepulangan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools berpotensi besar bakal menjadi kenyataan. Spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu kembali menjadi bualan hangat susulan kontraknya yang difahamkan berakhir 30 Jun 2024 bersama kelab Thailand, Buriram United. Masa depan beliau mula menjadi tanda tanya terutamanya selepas dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah. Sebelum ini, laman […]

Pemain Warisan Malaysia Dari Eropah Bakal Sertai Kelab Liga Super?

Seorang pemain warisan Malaysia difahamkan bakal menjalani sesi percubaan bersama sebuah kelab Liga Super. Umum mengetahui bahawa Malaysia memiliki ramai pemain warisan berbakat besar yang berkelana di Eropah. Perjalanan mereka telah menarik minat beberapa kelab di Liga Super untuk memantapkan lagi pasukan bagi saingan musim baharu. Menerusi beberapa sumber yang diterima MakanBola, seorang pemain warisan […]

‘Nenek Orang Sabah’ – Naim Garcia Prospek Baru Harimau Malaya Buatan Barcelona

Bakat Baru: Seorang lagi pemain warisan Harimau Malaya dikesan lincah beraksi bersama Barcelona. Pemain yang dilaporkan oleh laman Frfuturetalents ini ialah Naim Garcia yang kini menempa nama di Sepanyo bersama skuad Barcelona B. Tonggak yang lahir di Kota Madrid ini merupakan antara bintang muda yang menjadi tumpuan di Eropah selain merupakan antara bintang masa depan […]

Chinese Taipei Cuba ‘Tiru’ Pendekatan Malaysia

Chinese Taipei kini dalam usaha untuk melakukan semula pendekatan Malaysia yang telah membuahkan hasil baru-baru ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. Mengulas lanjut, pendekatan yang digunakan oleh Harimau Malaya dalam membentuk skuad berteraskan pemain tempatan, warisan dan juga naturalisasi telah […]

Masa Depan Kim Pan-gon Tidak Tergugat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan kedudukan Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya langsung tidak tergugat sama sekali. Sebelum ini, Pan-gon menyatakan hasrat untuk kekal mengemudi skuad senior Malaysia meskipun terlepas peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini kerana beliau percaya beliau masih boleh menyumbang untuk membawa pasukan itu lebih ke […]

FAM Berlapang Dada, Sedia Perbaiki Persiapan Harimau Malaya Lebih Rapi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menambah baik persiapan Harimau Malaya agar dapat membantu pasukan itu untuk jangka masa panjang. Isu persediaan Harimau Malaya timbul selepas Malaysia gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ramai penyokong berpandangan perancangan persediaan pasukan yang diatur FAM kurang rapi jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara jiran, […]

“Saya Sanggup Hilang Gaji Puluh Ribu Asalkan Keluarga Selamat” – Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengakui beliau bersedia melepaskan gaji puluhan ribu yang diterimanya bagi memastikan keluarganya selamat. Nama bintang Selangor FC itu menjadi bualan ramai apabila menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada awal Mei lalu. Situasi ini menyebabkan beliau perlu menjalani empat pembedahan di sebuah hospital di Lembah Klang bagi membantu […]

Pestabola Merdeka: Pasukan Besar Asia Bakal Jadi Lawan Harimau Malaya

Malaysia berpotensi berdepan beberapa pasukan besar benua Asia untuk aksi Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman kepada media hari ini. Pestabola Merdeka 2023 menyaksikan Tajikistan, India dan Palestin dijemput sebagai lawan Harimau Malaya pada Oktober lepas. Ini sebahagian daripada kesinambungan usaha FAM untuk […]

FAM Serahkan Nasib Pemain Warisan Di Tangan Kim Pan-gon

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal menentukan nasib pemain warisan yang bakal memperkuat skuad negara. Perkara itu dinyatakan secara jelas oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman selepas sesi Mesyuarat Ke-11 Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi Penggal 2021-2025 telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini yang dipengerusikan oleh […]

Safee Sali Anggap Impian Kim Pan-gon Mustahil Berlaku

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali berpendapat bahawa impian Kim Pan-gon berdepan Chinese Taipei mustahil berlaku. Malaysia turun dalam misi untuk meraih kemenangan dengan jaringan besar untuk menempah tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad kebangsaan hanya merekodkan kemenangan 3-1 tatkala Kyrgyzstan mengiringi langkah Oman ke pusingan […]

Pempengaruh Korea Anggap Cinta Kim Pan-gon Kepada Faisal Halim Luar Biasa

Seorang pempengaruh Korea Selatan menyifatkan perasaan sayang jurulatih negara, Kim Pan-gon terhadap Faisal Halim sebagai luar biasa. Komen itu dinyatakan pempengaruh Korea yang dikenali sebagai The Football Bohemian selepas bertemu dengan Pan-gon baru-baru ini. Nama bintang Selangor FC itu menjadi sebutan ramai selepas menjadi mangsa kes simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali pada bulan […]

‘Ayah Dari Afrika’ – Saffy Zikry Bakal Kemudi Jentera Serangan Malaysia

Penyerang kacukan berdarah Cameroon-Malaysia, Saffy Zikry Ndongo kini memperkuat jentera serangan skuad muda negara. Pemain berusia 19 tahun itu dipanggil kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido bagi membantu Harimau Muda mengharungi kempen Kejuaraan Asean B-19. Beliau beraksi bersama Penang FC ll setelah mengharungi karier yang amat baik bersama Skuad Projek FAM-MSN. Saffy tersenarai […]

Kim Pan-gon Senaraikan 3 Penambahbaikan Buat Bola Sepak Malaysia

Pengendali skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon percaya ada tiga penambahbaikan yang mampu membawa bola sepak negara ke hadapan. Hal ini timbul selepas Harimau Malaya gagal layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Chinese Taipei. Sementara negara jiran, Indonesia ceria apabila berjaya layak ke pusingan seterusnya buat kali pertama […]