Siaran Langsung AFF B-16: Australia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara Australia dan Malaysia menjadi tumpuan. Skuad kendalian Javier Ribera merekodkan permulaan cemerlang selepas membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Australia pula mengalami nasib berbeza apabila diikat oleh Thailand dengan keputusan 1-1. Pasukan muda negara mempertaruhkan pengalaman berdepan Australia pada tahun 2022 apabila berjaya mengikat lawan sama dengan […]
AFF B-16: Rekod Baik Malaysia Lawan Australia Beri Tonik Tambahan

Aksi Piala AFF B-16 antara Malaysia dan Australia yang bakal berlangsung pada 26 Jun 2024 mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki rekod baik bagi aksi pertama Kumpulan C apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Ujian sebenar pasukan muda negara adalah aksi menentang Australia sekaligus bakal menjadi penentu kepada peluang negara mara ke […]
“Saya Perhatikan Dari Tahun Lepas, Masanya Dengan Harimau Malaya Akan Tiba”

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gol Perak FC untuk mewakili Harimau Malaya. Beliau kini berkelana di Vietnam bersama Cong An Ha Noi (CAHN) FC berkongsi pandangannya terhadap potensi yang dimiliki oleh penjaga gol berbakat, Ramadhan Abdul Hamid bersama Malaysia. Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan ke […]
Formula Kejayaan Malaysia Jadi Rujukan Negara Asia Timur

Formula kejayaan bola sepak Malaysia kini menjadi rujukan negara Asia Timur. Skuad kebangsaan baru sahaja menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangga ketiga sekaligus terlepas peluang layak ke pusingan seterusnya. Pendekatan yang digunakan oleh pasukan bimbingan Kim Pan-gon dalam membentuk acuan terbaik hasil gabungan pemain muda, berpengalaman serta kacukan dan warisan mula membuahkan hasil. […]
Pengarah Teknikal Lion City Puji Pendekatan Malaysia Guna Kepakaran JDT

Pengarah teknikal kelab Lion City Sailors memuji pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad Malaysia B-16 kini dipimpin oleh Ketua Jurulatih, Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah bagi Akademi JDT. Situasi ini telah membuka mata Pengarah Teknikal kelab Lion City Sailors, Luka Lalic yang […]
Kim Pan-gon Tarik Perhatian FIFA

Khidmat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersama pasukan Malaysia telah mendapat perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosial rasmi FIFA, FIFA menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan dan dukungan kepada pengendali dari Korea Selatan itu untuk kekal membimbing dan menerajui skuad Harimau Malaya. […]
AFF B-16: Malaysia Unggul Kemudi Tangga Teratas Kumpulan C

Perjalanan skuad Malaysia B-16 dalam kempen Piala AFF berlangsung hebat apabila kini berada pada tangga teratas Kumpulan C. Skuad kendalian Javier Ribera beraksi cemerlangbpada perlawanan pembukaan selepas mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Timor Leste. Malaysia B-16 kini menghuni tangga teratas kumpulan selepas dua lagi pasukan iaitu Thailand dan Australia terpaksa berkongsi mata selepas merekodkan […]
Kobe Chong Dedah Perbezaan Bola Sepak Malaysia & England

Pemain warisan negara, Kobe Chong mendedahkan perbezaan ketara bola sepak Malaysia dan Eropah. Tonggak berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia dan mendapat liputan hangat dalam kalangan peminat. Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Malaysia dengan tiga kelab dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Menerusi satu temu bual besama Keesh Sundaresan di Stadium […]
Kontrak Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya Terjawab

Kontrak Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya kini terjawab. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah mengambil alih skuad kebangsaan sejak tahun 2022 dan membantu negara mengecapi pelbagai kejayaan. Jurulatih berusia 55 tahun itu berjaya melonjakkan ranking FIFA negara hingga ke kedudukan 133 dunia ketika ini berbanding 174 kira-kira dua tahun yang lalu. Sungguhpun […]
Oman ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia

Oman kini menanti cabaran skuad muda Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-20 2025. Skuad kendalian Juan Torres Garrido berdepan misi getir apabila bakal melayan cabaran beberapa negara besar Kelayakan Piala Asia B-20 2025. Malaysia B-19 diundi dalam Kumpulan E bersama Tajikistan, Oman, Sri Lanka dan DPR Korea sekaligus menghadirkan cabaran luar biasa pada kempen […]
Ranking FIFA: Malaysia Catat Peningkatan Mendadak, Naik Tiga Tangga

Ranking FIFA: Kemas kini terbaru kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dan naik tiga tangga. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan terakhir apabila merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan kebangsaan berjaya mengikat Kyrgyzstan sebelum menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-1 di laman […]
Pestabola Merdeka: India Mahu Lawan Malaysia Sekali Lagi

Kejohanan Pestabola Merdeka 2024 bakal berlangsung sekitar bulan September dan Oktober namun India sudah menyimpan hasrat untuk kembali bertemu Malaysia. India baru sahaja mengumumkan perpisahan bersama Ketua Jurulatih, Igor Stimac selepas kempen kurang memberangsangkan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan ke-124 dunia itu gagal mara ke pusingan ketiga selain mengalami kejatuhan mendadak dalam ranking […]
ASEAN Championship Fokus Terbaru Kim Pan-gon

Fokus terbaru pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon selepas ini ialah saingan ASEAN Championship 2024. ASEAN Championship atau nama komersialnya, ASEAN Mitsubishi Electric Cup kembali lagi untuk edisi 2024 bagi menentukan siapa jaguh bola sepak di rantau Asia Tenggara. Pan-gon melihat kejohanan ini penting buat skuad negara kerana ini bukan saja peluang menambah mata ranking Persekutuan […]
Kelab Liga Super Berebut Dapatkan Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong difahamkan telah dirisik oleh beberapa buah kelab Liga Super. Tonggak berusia 22 tahun itu telah berkelana di Eropah hampir sebahagian besar kariernya namun memilih untuk membawa haluan baru. Menerusi satu hantaran oleh Kobe Chong di laman Instagram, beliau bagaimanapun membuat kejutan apabila sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) […]
Kobe Chong Tiba Di Malaysia, Impian Penyokong Bakal Jadi Kenyataan?

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong sudah tiba di Malaysia. Tonggak berusia 22 tahun itu sebelum ini memberi bayangan akan terbang ke Malaysia beberapa minggu lalu dan akhirnya menjadi kenyataan. Beliau telah mengembangkan sebahagian besar kariernya di Eropah menimbulkan tanda tanya mengenai keberadaannya di Malaysia. Sebelum ini, laman Frfuturetalents melaporkan bahawa proses dokumentasi Wan Kuzain dan […]
Malaysia Rekod Markah Terbaik Negara Asean Di Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia

Malaysia dapat mengubati sedikit kekecewaan apabila muncul selaku negara Asean dengan rekod markah terbaik pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa menangguhkan hajat untuk ke Piala Asia 2027 lebih awal apabila mengakhiri cabaran di tangga ketiga Kumpulan D. Pungutan 10 mata itu bagaimanapun meletakkan Harimau Malaya selaku negara Asia Tenggara […]