Pau Marti: Apa Yang Dirancang Jadi Kenyataan

Aksi sengit separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan Filipina. Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti memuji kesungguhan yang dipamerkan oleh anak buahnya di Bukit Jalil. Skuad kebangsaan berjuang hebat menentang pasukan ke-147 dunia itu namun jaringan Syamer Kutty dan Safawi Rasid sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan ke final. Bekas pembantu jurulatih Barcelona […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Pintas’ Indonesia

Ranking FIFA: Malaysia mempamerkan kemajuan memberangsangkan apabila memintas kedudukan Indonesia. Skuad kendalian Pau Marti memperagakan aksi terbaik sebelum menundukkan Filipina dengan keputusan 2-1. Jaringan cantik pemain tengah, Syamer Kutty ditambah dengan sepakan penalti Safawi Rasid membolehkan Harimau Malaya ke final. Kemenangan ni juga membolehkan skuad kebangsaan untuk menambah mata penting FIFA sekaligus memintas kedudukan Indonesia. […]

Pestabola Merdeka: Gol Safawi Rasid Bawa Malaysia Ke Final, Tewaskan Filipina

Malaysia gah ke pusingan akhir bagi saingan Pestabola Merdeka selepas berjaya menundukkan Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Harimau Malaya turun dengan barisan terbaik, Arif Aiman, Rom Morales dan Paulo Josue mengetuai jentera serangan pasukan. Sementara Filipina, pastinya dalam misi membalas dendam untuk menamatkan rekod tanpa kemenangan menentang Malaysia. Perlawanan bermula rancak seawal […]

Skuad Muda Uzbekistan Tamatkan Perjuangan Hebat Malaysia

Malaysia mempamerkan keberanian luar biasa namun tunduk kepada skuad muda Uzbekistan. Perlawanan CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, China ini menyaksikan skuad muda negara berdepan lawan bukan calang-calang. Aksi babak pertama berlangsung baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk memcaei gol pembukaan. Aksi 45 minit pertama berkesudahan dengan keputusan 0-0 buat […]

Malaysia vs Filipina, Kemenangan Milik Siapa?

Pertembungan Malaysia vs Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air. Skuad negara dibimbing kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti dan berdepan cabaran pasukan ke-147 dunia. Rekod pertembungan memberikan kelebihan moral buat skuad kebangsaan selepas berjaya mengikat The Azkals sebanyak 4 kali sehingga tahun 2017. Kemenangan kembali dicapai […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Filipina (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka menyaksikan pertembungan Malaysia dan Filipina. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan fokus untuk mempersiapkan pasukan tanpa gangguan luar padang. “Saya tiada masa untuk memikirkan tentang tekanan kerana masa yang ada digunakan untuk mempersiapkan pasukan. “Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada masa lalu jadi fokus kita pada masa hadapan.” […]

Malaysia Terus Dapat Liputan FIFA

Pasukan kebangsaan Malaysia terus berada dalam liputan FIFA. Baru-baru ini, laman rasmi FIFA telah memuat naik satu hantaran yang meminta agar sokongan padu daripada rakyat Malaysia diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi satu tugas yang cukup mencabar apabila bakal berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina pada 4 September 2024. Aksi separuh […]

Syamer Kutty Seru Sokongan Padu Penyokong Di Bukit Jalil

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba mengharapkan sokongan padu penyokong menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024. Saingan Pestabola Merdeka 2024 mungkin berlangsung hambar. Ini disebabkan tindakan beberapa kumpulan Ultras termasuk Ultras Malaya yang mahu memboikot kejohanan berkenaan. Tindakan ini dibuat bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu yang membelenggu arena bola sepak Malaysia. […]

Russia Benar-Benar Mahu Lawan Malaysia?

Laman sukan terkenal melaporkan pasukan Russia mahu menjadikan Malaysia sebagai salah satu lawan dalam aksi persahabatan bulan hadapan. Skuad negara kini sedang sibuk menjalani persiapan bagi menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka dengan Filipina bakal menjadi lawan pertama pada 4 September. Manakala, Russia kini berada di Vietnam untuk mengikuti kejohanan jemputan yang melibatkan tiga buah negara termasuklah […]

Tim Cahill Ucap Tahniah Kepada Harimau Malaya

Lagenda bola sepak Asia, Tim Cahill mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya. Hal ini susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan RM15 Juta yang disalurkan buat Harimau Malaya. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh kerajaan, manakala RM5 juta adalah komitmen daripada syarikat swasta. “Pada […]

Pestabola Merdeka: Pengalaman Liga M Beri Kelebihan Kepada Filipina

Penyerang Filipina, Jarvey Gayoso percaya pengalaman beberapa pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) bakal memberi kelebihan kepada pasukan itu. Ramai pemain yang membarisi skuad The Azkals untuk kempen Pestabola Merdeka 2024 pernah atau kini beraksi dalam saingan Liga M. Antara yang pernah mewarnai Liga M ialah penjaga gol, Kevin Ray Mendoza dan bek tengah, Christian […]

Pestabola Merdeka: Filipina Hadapi Dua Dugaan Besar Bertemu Malaysia

Pengendali Filipina, Norman Fegidero mengakui pasukan kendaliannya kini berdepan dugaan berganda menjelang aksi Pestabola Merdeka bertemu Malaysia pada Rabu. Fegidero mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara bagi menggantikan Tom Saintfiet yang meletakkan jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mali. Dengan penukaran barisan kejurulatihan ini, strategi yang bakal diterapkan oleh Filipina masih kekal misteri sekaligus […]

Pestabola Merdeka: Pau Marti Tiada Masa Fikir Tekanan Lawan Filipina

Malaysia meletakkan sasaran besar untuk menundukkan Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti yang mahu melihat skuad negara mengaum di laman sendiri. Beliau memaklumkan bahawa anak buahnya kini bersedia sepenuhnya untuk melakar kemenangan di Bukit Jalil berdepan pasukan ke-147 dunia. Pau tidak mahu memikirkan […]

Pestabola Merdeka: Darren Lok Akui Saingan Sengit Rebut Posisi Penyerang

Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok akui saingan merebut posisi penyerang skuad negara semakin sengit kali ini.  Pemain berusia 33 tahun ini optimis tetap akan berikan yang terbaik sama ada dalam kesebelasan utama ataupun turun sebagai pemain gantian. Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan tempoh hari percaya boleh buktikan sesuatu kepada pasukan negara.   “Saya […]

Peluang Buat Akhyar Rashid Ulangi Ketajaman Dua Tahun Lalu

Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid berpeluang untuk mengulang kembali ketajamannya bersama skuad kebangsaan seperti yang dilakukannya dua tahun lalu. Akhyar telah meledak dua jaringan ketika bertemu Filipina di Singapura dua tahun lalu sekali gus memberikan kemenangan 2-0 buat skuad kebangsaan yang pada ketika itu dilatih oleh pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon. Kini, […]

Komen Safee Sali Tentang Wan Kuzain Perkuat Malaysia

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap Wan Kuzain Wan Kamal dapat menambah kekuatan pasukan itu. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan skuad Malaysia bakal diperkuatkan dengan dua orang pemain warisan. Dua pemain tersebut ialah Wan Kuzain dan bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl. Perkara ini dinyatakan […]