Kapten Burnley, Joshua Brownhill Sahkan Ada Darah Malaysia

Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill mengesahkan bahawa dirinya benar-benar berketurunan Malaysia. Perkara ini dikongsikan secara rasmi oleh laman Frfuturetalents mengenai perkhabaran seorang lagi tonggak yang berpotensi mewakili Harimau Malaya. Baru-baru ini, pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl memberitahu bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan sudah pun berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia […]

“Lubnan Beri Segalanya Hadapi Malaysia” – Rabih Ataya

Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya percaya pasukan itu akan menampilkan aksi terbaik bila berdepan Malaysia. Ataya bukan asing dengan arena bola sepak Malaysia kerana pernah mewakili UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah beliau juga bertanggungjawab mengecewakan skuad negara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium […]

Mats Deijl Buka Mulut Tentang Peluang Wakil Harimau Malaya

Bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl berkongsi kisah tentang peluangnya mewakili skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan dua pemain berdarah warisan bakal mewakili skuad senior negara. Dua pemain yang dinyatakan beliau ialah Deijl dan pemain tengah St. Louis City 2, Wan […]

Pau Marti Idam Malaysia Rangkul Trofi Pestabola Merdeka 2024

Malaysia kini berazam untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024 hasil sentuhan Pau Marti Vicente. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas berjaya melepasi ujian pertama untuk ke final. Beliau optimis anak buahnya mampu melakar kejayaan menentang pasukan ke-117 dunia, Lubnan ketika beraksi di laman sendiri. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga […]

Hamidin Terima Darjah Tan Sri Daripada Sultan Ibrahim

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima anugerah pangkat Tan Sri hari ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Istana Negara berkenaan pemimpin tertinggi badan induk tersebut yang menerima pengiktirafan tinggi hasil jasa besarnya selama ini. Beliau mula menjadi Presiden FAM bermula tahun 2018 sehingga kini telah membantu pelbagai kejayaan skuad kebangsaan. […]

Tugas Besar Syihan Hazmi

Tugas besar menanti penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim kedua penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA. Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini terlepas panggilan terakhir kem negara susulan kecederaan kembali menjadi sandaran utama […]

Karakter Pemain Lubnan Dari Kaca Mata Matthew Davies

Pertahanan kental Harimau Malaya, Matthew Davies berkongsi karakter pemain Lubnan dari pandangan peribadinya. Tonggak berpengalaman itu membantu skuad negara meraih kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Beliau ketika ditemui di Stadium MBPJ pada sesi latihan memberitahu bahawa pemain kini dalam momentum baik dan amat positif untuk beraksi di final. “Pemain agak tenang […]

Safawi Rasid Akui Pemain Selesa Ikut Taktikal Pau Marti

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid mengakui barisan pemain Harimau Malaya selesa mengikuti arahan taktikal Pau Marti Vicente. Jurulatih Sepanyol itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon meletak jawatan pada Julai lalu. Dan Pau Marti lulus ujian pertamanya selaku pengendali Harimau Malaya apabila skuad negara menewaskan Filipina 2-1 pada 4 September lalu. […]

Ini Jumlah Gaji Park Hang-seo Ketika Jadi Jurulatih Vietnam

Jumlah gaji bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mencuri tumpuan peminat. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pengendali berusia 66 tahun itu merupakan salah seorang calon jurulatih Harimau Malaya. “Park Hang-seo salah satu daripada calon jurulatih,” jelas Hamidin. “Saya telah buat kerja saya dan mendapatkan pandangan daripada […]

“Intensiti Latihan & Aksi Sebenar Tak Sama” – Safee Sali

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali yakin intensiti yang diperoleh dalam latihan adalah berbeza dengan perlawanan sebenar. Beliau melihat persembahan perancang tengah negara, Syamer Kutty dibantu oleh peluang beraksi secara kerap di atas padang. Pemain berusia 27 tahun itu membentuk gandingan mantap bersama Nooa Laine dan Paulo Josue selepas Afiq Fazail dikeluarkan akibat kecederaan. Safee […]

Pestabola Merdeka: Rekod Dua Pertemuan Terakhir Malaysia vs Lubnan

Aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Lubnan bakal menjanjikan aksi menarik buat para penyokong. Ini kerana aksi final ini bukan saja menentukan siapa bakal bergelar juara Pestabola Merdeka 2024. Malah, ini sebenarnya peluang buat Harimau Malaya membalas dendam dengan The Cedars. Kedua-dua pasukan pernah berentap dalam dua aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia […]

Safee Sali: Ada Masalah Boikot, Bila Menang Buat-Buat Lupa

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali telah mengulas isu boikot dengan menganggap peminat akan melupakannya selepas Harimau Malaya meraih kejayaan. Baru-baru ini, tular satu kenyataan oleh Ultras Malaya yang memboikot Pestabola Merdeka 2024. ““Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka!” petikan daripada Facebook Ultras Malaya. Perkara ini dibuktikan […]

Safee Sali: Saya Seronok Lihat Syamer Bermain

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui gembira melihat Syamer Kutty Abba kembali cemerlang bersama Harimau Malaya. Aksi Pestabola Merdeka 2024 membabitkan Malaysia dan Filipina menyaksikan Syamer bekerja keras di bahagian tengah. Beliau bukan saja menjadi penghubung antara barisan pertahanan dengan jentera serangan. Malah, beliau juga turut menjadi pencetus kebangkitan skuad negara menerusi gol penyamaan pada […]

Safawi Rasid Selangkah Pecah Rekod Safee Sali

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid selangkah untuk memecahkan rekod lagenda negara, Safee Sali. Tonggak berusia 27 tahun itu menjaringkan gol kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Tendangan penaltinya berjaya menewaskan Neil Etheridge pada minit ke-73 untuk memberikan kemenangan pertama pada era Pau Marti. Jaringan itu juga membantu beliau untuk menghampiri rekod […]

Afiq Fazail Terlepas Final Pestabola Merdeka

Skuad senior Malaysia menerima tamparan hebat apabila Afiq Fazail terpaksa disisihkan daripada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan lutut semasa Malaysia menentang Filipina. Kecederaan ini memaksa jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasukkan Nooa Laine untuk menggantikan Afiq pada minit […]

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya Bermain Demi Penyokong

Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales lega kerana dapat menceriakan penyokong dengan mara ke pentas final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas final dengan menewaskan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 September lalu. Meskipun ketinggalan menerusi gol sendiri Feroz Baharudin, itu tidak mematahkan semangat anak buah Pau Marti Vicente. Skuad […]