Ranjau Berduri, Onak Berliku Dijangka Menanti Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dijangka berhadapan laluan yang berliku untuk ke Piala Asia 2023 selepas banyak negara yang masih belum membuka sempadan dan memaksa Malaysia menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 secara berpusat. Ternyata situasi ini agak membimbangkan kerana kelebihan pastinya memihak kepada tuan rumah yang dipilih untuk menjadi venue bagi pusingan […]
Hai-O Optimis Kudrat Shahrel dan Syafiq Sungguhpun Kurang Minit Permainan

Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar baru-baru ini telah tampil mengulas sedikit sebanyak berkaitan prestasi penyerang skuad Harimau Malaya. Menurut laporan daripada Harian Metro, Hairuddin Omar menyifatkan bahawa Guilherme De Paula tidak boleh terus diberikan harapan untuk mengetuai jentera serangan pasukan berikutan faktor umurnya yang sudah berusia. Hai-O menganggap pemain itu sudah hilang ‘taringnya’ untuk meledak […]
Mohamadou Sumareh Telah Buktikan Naturalisasi Bukan Satu Pembaziran

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain naturalisasi yang berjaya ketika menyarung jersi Harimau Malaya. Membuat penampilan sulung pada perlawanan Malaysia menentang Sri Lanka pada Oktober 2018, Sumareh berjaya meledak satu gol untuk membantu Malaysia menang 4-1 dan meneruskan rentak jaringannya apabila menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Maldives […]
Luqman, Ajmal, Hakimi Dan Quentin Dapat Pelepasan Awal, Akan Lapor Diri Hari Ini

Empat tonggak muda skuad senior negara, Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Hakimi Abdullah dan Quentin Cheng dimaklumkan bahawa mereka telah diberi pelepasan awal bagi menyertai skuad persediaan pasukan B22 negara. Ini susulan empat pemain ini masih perlu menjalani kuarantin 14 hari selepas selesai kempen persahabatan di Jordan tempoh hari. Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi […]
Ketajaman Luqman Hakim dan Azhad Harraz Terus Ditagih

Khidmat dua penyerang muda berbakat negara, Luqman Hakim Samsudin dan juga Ahmad Harraz Azman mendapat kepercayaan jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Brad Maloney untuk membarisi pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun. Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama pasukan Laos, Mongolia dan juga Thailand pastinya membawa misi yang cukup penting dalam usaha […]
Tan Cheng Hoe: Kita Perlukan Beberapa Pemain Utama, Terutama Dari JDT

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui bahawa skuad kebangsaan ketika ini masih menagih kudrat beberapa tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim. Menurut Harian Metro, walaupun beberapa nama-nama pemain seperti Safawi, Corbin, dan Matthiew Davies tidak disenaraikan baru-baru ini namun khidmat mereka masih lagi ditagih pasukan. Tan Cheng Hoe menganggap keupayaan beberapa pemain utama […]
Shahrel Fikri Mula Catur Langkah Selepas Bebas Kecederaan

Penyerang pasukan Selangor FC, Shahrel Fikri dilihat sudah mula diturunkan oleh pasukannya dalam usaha untuk membantu pemain tersebut kembali ke prestasi sebenarnya. Shahrel yang sebelum ini telah disahkan mengalami kecederaan retak tulang pergelangan kaki telah memaksanya untuk diketepikan hampir separuh musim sekaligus menyebabkan kelibat pemain yang mesra disapa ‘Eky’ tidak lagi kelihatan. Namun begitu, pemain […]
Kejuaraan AFF Suzuki 2010 Berjaya Ubah Landskap Bola Sepak Negara

Dalam satu temubual eksklusif di rancangan bola@mamak tempoh hari, Shahrom Kalam telah berkongsi serba serbi mengenai kisah dan sejarah kejayaan skuad Harimau Malaya pada tahun 2010. Mengimbau kembali zaman kegemilangan Harimau Malaya ketika itu, Shahrom Kalam menyatakan bahawa kejayaan skuad negara pada tahun tersebut telah berjaya mengubah landskap dunia bola sepak tempatan. “Sebenarnya pasukan yang […]
Ubi Muda Terengganu Jadi Wira Skuad Negara Tewaskan Penang FC

Aksi persahabatan semalam menyaksikan skuad muda negara telah menewaskan pasukan Penang FC di Arena MBPJ, Subang Jaya dengan keputusan 2-1. Skuad kendalian Brad Maloney ketika ini sedang menjalani fasa persediaan sebelum berlepas ke Mangolia minggu hadapan. 3 siri perlawanan persahabatan telah diatur bagi membantu meningkatkan chemistry dalam pasukan. Apa yang mencuri tumpuan adalah, kemasukan dua […]
Mukhairi Ajmal Tidak Mahu Terlalu Selesa Selepas Tambat Hati Dua Jurulatih

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Mukhairi Ajmal mahu membalas sepenuhnya kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan selepas beliau turut disenaraikan dalam skuad bawah 22 tahun negara. Sebelum ni, pemain berusia 19 tahun ini baru sahaja menghabiskan dua perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan dan menjadikan ia merupakan debut di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Tan Cheng Hoe. […]
Safee Sali: Kita Kuasai Asia Tenggara Dahulu, Janganlah Mimpi Tinggi Sangat

Dalam satu sesi sembang santai di rancangan bola@mamak tempoh hari, bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali telah mengulas sedikit sebanyak tentang prestasi dan realiti skuad Harimau Malaya ketika ini. Menurut Safee, skuad kebangsaan negara perlu mencatat kejayaan di peringkat asia tenggara terlebih dahulu sebelum meletakkan target untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan malu digelar jaguh kampung […]
Arif Fadzilah Kurang Berpuas Hati Dengan Aksinya, Akui Perlu Belajar Lebih Lagi

Walaupun posisi pertahanan kiri Harimau Malaya dilihat sinonim dengan Corbin Ong untuk beberapa tahun kebelakangan ini, namun prestasi Arif Fadzilah dalam dua perlawanan persahabatan di Amman Jordan ternyata boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke Piala AFF Disember depan. Menentang Jordan dan Uzbekistan yang merupakan antara pasukan terbaik di rantau Asia ternyata bukanlah satu tugas mudah bagi […]
Kritikan Buat De Paula Jadi Makin Kuat Dan Bersemangat

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula menjelaskan bahawa kritikan merupakan satu perkara yang menjadi lumrah sebagai seorang pemain bola sepak profesional. Menurut beliau, perkara tersebut sudah menjadi asam garam dalam kehidupan beliau sungguhpun beliau mengetahui bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah buat sesiapa pun. Malah, pemain berusia 35 tahun yang beraksi di posisi penyerang […]
Gigih Jalani Pemulihan, Semangat Brendan Gan Layak Dijadikan Contoh

Pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan seperti yang diketahui menghidap kanser testis sekaligus menyebabkan beliau berehat panjang dari aksi bola sepak. Walaupun diuji dengan dugaan yang berat, namun Brendan tetap optimis dan positif bahawa beliau akan terus mewarnai kancah bola sepak Malaysia. Brendan, 33 merupakan pemain kacukan Australia-Malaysia dan […]
Tan Cheng Hoe Tidak Berteka-Teki Mengenai Masa Depan Luqman Hakim

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam satu temubual dilihat menzahirkan rasa berpuas hati mengenai prestasi yang ditunjukkan oleh penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin dalam dua perlawanan persahabatan baru- baru ini. Dalam perlawanan menentang Uzbekistan, jurulatih berusia 53 tahun itu meletakkan keyakinan yang tinggi apabila membuat keputusan untuk mempertaruhkan Luqman mengetuai jentera serangan pasukan. […]
Skuad B-23 Diserikan Dengan Kehadiran Empat ‘Wonderkid’ Harimau Malaya

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney mengesahkan bahawa beliau bakal menggunakan khidmat empat pemain Harimau Malaya bagi menghadapi Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 yang bakal berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dari 21-31 Oktober ini. Pemain yang berada dalam rancangan pengendali berasal Australia itu ialah Luqman Hakim Shamsudin (Penyerang), Mukhairi Ajmal (Tengah), Hakimi Abdullah (Sayap) […]