Kekebalan Barisan Pertahanan Bawa Malaysia Ke Uzbekistan

Percubaan pasukan Thailand untuk meraih 3 mata ketika berdepan pasukan Malaysia musnah apabila skuad kendalian Brad Maloney berjaya untuk menggagalkan hasrat tersebut untuk mencuri satu mata. Turun dalam perlawanan terakhir kumpulan J, pasukan negara bermula dengan cukup garang apabila terus menekan bermula saat pertama dengan tidak memberi ruang buat pasukan lawan untuk merencanakan gerakan. Bukan […]

[Video] Aksi Mukhairi Ajmal Humban Airfan Doloh Curi Perhatian

Aksi pemain tengah skuad Malaysia bawah 23 tahun, Mukhairi Ajmal pada minit ke-48 berjaya mencuri perhatian penonton. Beliau yang terkenal dengan karakter kerasnya walaupun masih muda kelihatan sudah hilang sabar dengan karenah pemain tengah Thailand, Airfan Doloh yang menggangu pegerakannya. Aksi ‘lempar’ Mukhairi Ajmal pada minit ke-48 berkenaan walaubagaimanapun berjaya dikesan pengadil perlawanan. Walaupun humbanan […]

Live Streaming: Thailand vs Malaysia (Siaran Langsung) Kelayakan Piala Asia B-23

Malaysia diundi satu kumpulan bersama Laos, Thailand dan Mongolia di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022. Dalam perlawanan sebelum ini Malaysia berjaya menewaskan Laos 1-0, Mongolia 1-0 sekaligus mendahului kumpulan. Info perlawanan:Thailand B-23 vs Malaysia B-23 Refresh halaman ini tepat pada jam 11.00 pagi. Tarikh & Masa: 21 Oktober 2021 (11.00 pagi waktu Malaysia) GMT […]

[Video] Aksi ‘Lain Macam’ Azri Ghani Menyelamatkan Gawang Sampai Terkena Kad Kuning

Kecemerlangan penjaga gol bawah 23 tahun negara, Azri Ghani yang bekerja keras sepanjang 90 minit permainan dalam aksi menentang Mongolia hari ini harus diberi pujian. Pemain berusia 21 tahun ini tenang mengawal gawang Malaysia sungguhpun seringkali berhadapan dengan serangan balas pantas yang direncanakan oleh pasukan tuan rumah bagi menembusi gawang yang dikawal rapi olehnya. Namun […]

Pamer Teladan Mengagumkan, Tindakan Malaysia ‘Hormat’ Lawan Dipuji

Kemenangan pasukan negara ketika menentang tuan rumah, Mongolia pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi lebih mencuri tumpuan apabila terdapat satu keping gambar yang tular di media sosial. Terdapat sebuah hantaran di laman sosial yang memaparkan tindakan selepas perlawanan yang dilakukan oleh para pemain Malaysia yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan yang juga merupakan tuan rumah […]

Luqman Hakim Pamer Kualiti Bantu Malaysia Atasi Mongolia

Kelibat penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin terus menjadi nadi kepada skuad bawah 23 tahun negara untuk terus mengekalkan rentak cemerlang apabila menjadi watak penting ketika mencatatkan kemenangan ke atas Mongolia sebentar tadi. Penyerang berusia 19 tahun ini terus membuktikan kebolehan sebenar beliau setelah berkelana di bumi Belgium bersama KVK Kortrijk nyata membuahkan hasil apabila […]

Ketajaman Luar Biasa Azfar Fikri Ranapkan Ego Mongolia, Kukuhkan Cengkaman Malaysia

Kelibat penjaring gol negara, Nur Azfar Fikri Azhar terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila sekali lagi mempamerkan peranan yang luar biasa untuk menundukkan Mongolia di hadapan ribuan penyokong mereka. Sebelum ini, pemain berusia 21 tahun ini menjadi watak penting buat pasukan apabila menjadi penjaring tunggal ketika pasukan negara mencatat kemenangan ke atas […]

Debut Azfar Fikri Beri Mimpi Ngeri Buat Laos

Pemain muda Terengganu FC, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar berjaya membantu Malaysia menewaskan Laos dalam saingan kelayakan Piala Asia B23 semalam. Jaringan tunggal Azfar Fikri berjaya meletakkan Malaysia di tangga pertama saingan Kumpulan J ketika ini. Gandingan Luqman, Azfar dan Syafiq di barisan serangan dilihat sangat baik namun beberapa peluang keemasan gagal disudahkan. Percaturan Brad […]

Kemasukan Quentin Cheng Kucar-Kacirkan Laos, Beri Malaysia 3 Mata Berharga

Percaturan jurulatih pasukan muda negara, Brad Maloney untuk memasukkan pemain pertahanan kanan, Quentin Cheng nyata membuahkan hasil apabila pemain itu menjadi watak penting bagi memastikan Malaysia pulang dengan tiga mata berharga. Terikat tanpa jaringan sehingga sejam permainan, pasukan negara jihat menggandakan usaha untuk memperoleh jaringan apabila Quentin dimasukkan untuk menggantikan pertahanan muda Terengganu Azam Azmi […]

Skuad Muda Negara Berjaya Tumbangkan Laos

Skuad kendalian Brad Maloney yang turun dengan formasi 3-4-3 berjaya mencatat kemenangan untuk aksi pertama di Mangolia hari ini. Skuad muda negara berjaya menumbangkan Laos dengan keputusan 1-0. Malaysia bermula agresif pada separuh masa pertama apabila percubaan daripada Azfar pada minit ke-22 permainan mencemaskan kubu lawan. Peluang terbaik itu hadir menerusi satu sepakan deras namun […]

Joshua Bechlers Yakin Waktunya Akan Tiba Untuk Beraksi Bersama Malaysia

Pemain muda negara yang beraksi di Liga Jerman, Joshua bin Johan Bechlers merupakan salah satu pemain muda yang sedang meningkat naik kini menikmati aksi yang cukup baik bersama pasukannya yang berpangkalan di Eropah. Pemain muda berusia 18 tahun itu kini beraksi di sebuah kelab yang beraksi di Jerman yang dikenali sebagai TuS Hornau. Sungguhpun begitu, […]

Khidmat Jaami Qureshi Tidak Ditagih FAM

Ketika pasukan bawah 23 tahun negara sedang mempersiapkan diri bagi menempuh kejohanan Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun, barisan pemain yang dibawa oleh jurulatih negara, Brad Maloney dilihat tidak menyenaraikan beberapa muka yang berkelana di luar negara. Antara pemain yang dimaksudkan itu ialah pemain muda Brighton, Jaami Qureshi yang dilihat tidak berada dalam senarai pemain […]

Aksi Padang Rumput Semulajadi Beri Kelebihan Buat Harimau Malaya

Kejohanan Piala Suzuki AFF yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember ini dilihat mendapat suntikan motivasi apabila dijadualkan bakal mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan di stadium yang menggunakan padang rumput atau ‘cow grass’. Menurut satu kenyataan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, skuad negara yang diundi dalam kumpulan B bersama beberapa pasukan lain termasuklah juara edisi terakhir, […]

Kiko Insa Sukses Sebagai Agen Bola Sepak, Mempunyai 37 Pemain Seluruh Dunia

Bekas pertahanan tengah Harimau Malaya, Francisco Insa Bohigues atau digelar sebagai Kiko Insa kini bergelar agen bola sepak yang berjaya selepas beliau mengesahkan bahawa mempunyai 37 pemain dibawah seliaan syarikatnya, Insa Project Global Group. Kiko, 33, sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab di Asia Tenggara seperti Arema, Bali United, Pahang dan JDT. Beliau mempunyai […]

Nik Akif Syahiran: Saya Akan Tunaikan Hasrat Ayah

Baru-baru ini, peminat bola sepak tanah air dikejutkan dengan khabar yang diperoleh mengenai kematian ayah kepada perancang tengah berbakat pasukan bawah 23 tahun negara, Nik Akif Syahiran yang sedang melakukan persiapan terakhir sebelum berlepas ke Mongolia. Belaiu telah berjaya menempatkan diri dalam senarai 23 orang pemain yang terpilih bagi membawa cabaran negara dalam saingan Kelayakan […]