Pengalaman ‘Tahun Ke-3’ Luqman Hakim Buktikan Masih Ada Sinar Kekal Di Eropah

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dilihat masih berpeluang untuk menyinar di pentas bola sepak Eropah apabila bibit-bibit kecemerlangannya mula terbit sejak dua menjak ini. Pemain berusia 20 tahun itu sudah mula untuk mendapat rentak terbaiknya apabila mula mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Sebelum ini, detik pertama buat Luqman untuk menembusi skuad […]

Pemain Kem Kim Pan-gon Dikesan Tunjuk Perubahan Drastik Sekembalinya Ke Kelab Masing-Masing

Para pemain pasukan kebangsaan yang telah pun dipilih oleh barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah dikesan menampilkan persembahan yang sangat baik bersama pasukan masing-masing. Jurulatih berusia 52 tahun itu membawa harapan yang sangat besar untuk mengembalikan semula reputasi pasukan kebangsaan selepas melalui perjalanan yang suram dalam kejohanan Piala AFF sebelum ini. Namun begitu, […]

Kim Pan-gon Pilih Hong Kong & Myanmar Uji Taring Harimau Malaya

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon telah pun membuat keputusan untuk memilih pasukan kebangsaan Hong Kong dan Myanmar sebagai medan ujian seterusnya buat Harimau Malaya. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pasukan negara akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 27 Mei hingga 1 Jun 2022. Perlawanan ini juga menjadi […]

Quentin Cheng Tak Main-Main, Tunjuk Segala ‘Senjata’ Depan Kim Pan-gon

Pemain pertahanan pasukan Selangor FC, Quentin Cheng menampilkan satu persembahan yang sangat cemerlang ketika membantu pasukan mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Kedah Darul Aman FC. Quentin yang dipinjamkan ke pasukan Penang FC musim lalu dilihat sudah mula menemui rentak sebenar apabila menunjukkan kualiti yang dimiliki olehnya. Pemain yang berjaya mencipta 6 bantuan gol bersama […]

Pemain Selangor Main Bermati-Matian Depan Kim Pan-gon

Pertembungan antara dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor dan juga Kedah Darul Aman FC semalam menjadi perlawanan yang sangat bermakna buat pasukan tuan rumah. Namun begitu, aksi para pemain Selangor yang beraksi dengan cukup luar biasa mendapat perhatian ramai tatkala ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut berada di stadium. Kelibat jurulatih berusia 52 tahun […]

Mutu Bola Sepak Kita Meningkat Tetapi Negara Jiran Lebih Pantas Bertindak

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Daudsu Jamaludin baru-baru ini telah menjelaskan pandangan peribadinya mengenai situasi semasa bola sepak negara. Beliau dalam satu sesi live di Tiktok rasminya menjelaskan, secara hakikatnya kualiti dan mutu bola sepak negara kian meningkat. Daudsu turut menegaskan, sungguhpun kedudukan bola sepak di Malaysia seakan statik di mata para penyokong, namun hakikatnya […]

Bukan Makan Angin, Kim Pan-gon Catat ‘Ketat’ Prestasi Setiap Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat serius untuk mengubah hala tuju bola sepak negara apabila kelibat beliau dan barisan kejurulatihannya seringkali dilihat memantau persembahan para pemain tempatan di stadium. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pasukan Sri Pahang, Pan-gon dilihat berada di Stadium Darul Makmur malam semalam untuk menyaksikan pertembungan yang melibatkan tuan […]

Tiada Masa Untuk Berehat, Kim Pan-gon Kembali Turun Padang Tinjau Aksi Sri Pahang & PJ City

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali melakukan tugasannya apabila beliau dilihat kembali berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Super. Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu sebelum ini sudah diketahui akan kehadirannya ke stadium untuk melihat perlawanan Liga Super. Bukan itu sahaja, kehadiran Pan-gon juga telah menjadi perintis kepada pemilihan senarai awal […]

Rodney Celvin Buktikan Beliau Layak Berada Di Benteng Pertahanan Harimau Malaya

Pemain pertahanan Kedah FC, Rodney Celvin beraksi cemerlang apabila berjaya mencetak gol pertama peribadinya musim ini dalam saingan Liga Super 2022. Rodney berjaya melakukan tapping mudah ke gawang gol selepas bola muntah yang di tampan oleh penjaga gol Sri Pahang, Samassa daripada tandukan deras Syafiq Ahmad melalui sepakan penjuru. Percaturan Aidil Shahrin untuk memberi kepercayaan […]

Kebergantungan Tinggi Harimau Malaya Terhadap Corbin Ong Amat Merisaukan

Kelibat pemain pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’Vere Corbin-Ong membarisi skuad Harimau Malaya sangat dinantikan oleh para penyokong bola sepak negara. Mana tidaknya, persembahan yang ditampilkan beliau sangat meyakinkan dan dilihat beraksi dengan sepenuh jiwa demi negara Malaysia. Sehingga kini, Corbin telah mengumpul 10 penampilan bersama skuad kebangsaan dan berjaya mencetak satu gol. Gol […]

Melaka United Yakin Norshahrul Idlan Talaha Mampu Buat ‘Comeback’ Bersama Harimau Malaya

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha kembali untuk menemui sentuhan jaringannya semula ketik membantu Melaka United menang besar 4-0 ke atas PIB FC kelmarin. Pemain berusia 35 tahun itu menjadi watak penting dalam membantu pasukannya untuk menang dalam pusingan pertama Piala FA tersebut. Kemasukan pemain yang mesra disapa Mat Yo ini pada separuh masa […]

Kerancakan Syafiq Ahmad Beraksi Jadi Nadi Kim Pan-gon Dan Harimau Malaya

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad kini sedang menikmati hari-hari indah dalam kariernya semula apabila menjadi watak penting buat Harimau Malaya. Pemain berusia 26 tahun itu kini kembali semula ke pangkuan kelab lamanya dari JDT secara pinjaman nyata kembali mendapat rentak apabila diberikan minit permainan yang secukupnya. Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat […]

3 Pemain Harimau Malaya Yang Dijangka Bakal ‘Dikorbankan’ Kim Pan-gon

Bulan Jun hadapan merupakan bulan paling sibuk dalam kalendar bola sepak kebangsaan. Skuad senior kebangsaan bakal beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di mana Malaysia menjadi tuan rumah manakala skuad bawah 23 tahun bakal ke Uzbekistan untuk Kejohanan Piala Asia B-23. Jadual yang bertembung ini memaksa kedua-dua pengendali iaitu Kim Pan-gon (skuad senior) dan Brad […]

Rezal Zambery Yahya Luah Pendapat Jujur Mengenai Harimau Malaya Dan Kim Pan-gon

Walaupun hanya sempat berlatih bersama untuk tempoh 10 hari sahaja, namun corak permainan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon wajar diberikan pujian. Ketua Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berpendapat bahawa jika pemain-pemain ini diberikan tempoh yang lebih panjang untuk berlatih bersama, tidak mustahil kita akan melihat banyak keputusan positif bakal diraih pada masa […]

Arif Aiman Cemerlang Galas Tugas Besar Di Bawah Era Kim Pan-gon

Pemain sayap pasukan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan apabila menjadi watak penting buat pasukan kendalian Kim Pan-gon ketika ini. Sungguhpun baru berusia 19 tahun, Arif mempamerkan kematangan untuk menggalas tugas besar di bawah barisan kejurulatihan baharu apabila kehadirannya jelas memberi impak yang luar biasa. Pemain kelahiran Maran, Pahang ini bermula […]

Kelibat 3 Pertahanan Tengah Yang Kena ‘Selera’ Kim Pan-gon

Pasukan Harimau Malaya yang kini berwajah baharu di bawah kendalian jurulatih, Kim Pan-gon dilihat memberi aksi yang cukup meyakinkan semasa siri perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini. Namun begitu, perlawanan persahabatan kedua menentang Singapura itu menceritakan kerapuhan barisan pertahanan negara apabila ketiadaan pertahanan tengah, Khuzaimi Piee dilihat sebagai satu kehilangan besar apabila pasukan negara tewas […]