Pau Marti Dah Tak Sabar Nak Tengok SNBJ Kembali Menjerit

Pembantu jurulatih pasukan kebangsaan, Pau Marti Vicente menzahirkan rasa teruja dan tidak sabarnya untuk menanti aksi kompetitif melibatkan Harimau Malaya. Beliau merupakan antara salah seorang staf kejurulatihan yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon dalam usaha membina semula reputasi pasukan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak […]
3 Pertahanan Kiri Harimau Malaya Kembali Menyinar Menjelang Kelayakan Piala Asia

Kelibat 3 pertahanan kiri yang kembali menyinar bersama pasukan masing-masing sudah pasti menggembirakan para penyokong Harimau Malaya. Sebelum ini, pasukan negara hanya bergantung kepada kecemerlangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), La Vere Corbin Ong yang menjadi tunjang pada posisi tersebut. Sungguhpun terdapat beberapa orang pemain yang pernah mengisi posisi itu, ia masih tidak dapat menandingi […]
3 Penyerang Tempatan Paling Menyerlah Dalam Saingan Liga Malaysia Setakat Ini

Walaupun nama penyerang import menguasai carta penjaring terbanyak, namun tumpuan kita sudah tentu untuk melihat nama penyerang tempatan terselit sekali dalam senarai tersebut. Ini kerana prestasi semasa penyerang tempatan adalah sangat diperlukan oleh pengendali Harimau Malaya , Kim Pan-gon untuk dibawa ke aksi Kelayakan Piala Asia Jun nanti. Setakat ini, terdapat tiga penyerang tempatan yang […]
Nooa Laine Yakin Ini Peranan Bersama Malaysia Yang Boleh Buatkannya ‘Meletup’

Pemain kelahiran Finland-Malaysia, Nooa Laine baru-baru ini sudah pun membuat keputusan untuk menyahut panggilan untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun negara. Beliau yang kini dipanggil untuk memantapkan lagi skuad kendalian jurulatih, Brad Maloney dalam usaha untuk menjuarai Sukan SEA dan juga Piala Asia B-23 di Uzbekistan. Walau bagaimanapun, beliau dijangka hanya akan membarisi skuad Brad […]
Konsistensi Azam Azih Buktikan Beliau Layak Jadi Perancang Harimau Malaya

Pemain kelahiran Pahang, Nor Azam Azih mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membantu skuad Tok Gajah menang bergaya menewaskan Penang FC. Pemain berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam perlawanan tersebut. Beliau berjaya peroleh jaringan pertama Sri Pahang dengan sepakan luar kotak menewaskan penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar. Kemudiannya, […]
3 Prospek Penjaga Gol Muda Idaman Kemudi Benteng Terakhir Harimau Malaya

Pasukan kebangsaan seringkali memiliki prospek penjaga gol muda yang berpotensi tinggi untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol no. 1 Harimau Malaya. Kedatangan jurulatih kelahiran Korea, Kim Pan-gon ke dalam skuad kebangsaan memberikan nafas baru selain membuka ruang dan peluang buat mana-mana pemain untuk tampil bagi merebut tempat. Dengan nama-nama penjaga gol seperti Farizal Marlias, Khairul […]
Naturalisasikan Bergson & Forestieri Pasti Berbaloi

Kehadiran dua pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan juga Fernando Forestieri dilihat telah pun mengubah dimensi dan juga perjalanan liga tempatan dan taraf pasukan JDT itu sendiri. Hal ini bertitik tolak daripada kualiti yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini yang mengangkat ’darjat’ pasukan Harimau Selatan untuk terus menyinar dalam saingan […]
Shahrul Saad Buktikan Mengapa Beliau Pertahanan Tengah Terbaik Malaysia Ketika Ini

Kelibat pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT),Shahrul Saad terus menjadi tunjang utama buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cuup cemerlang malam semalam. Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan sekali lagi dalam kesebelsan utama pasukan untuk bergandingan bersama Matthiew Davies dan juga Shane Lowry. Beliau kelihatan amat serasi dan selesa untuk memainkan peranan dalam sistem yang […]
100% Lokal, PJ City Tarik Perhatian Kim Pan-gon

Pasukan PJ City dilihat berjaya untuk menarik perhatian ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon apabila beliau dilihat sering menghadiri perlawanan pasukan tersebut. Kelibat jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu sudah beberapa kali berada dalam stadium di seluruh pelusuk untuk menyaksikan pemain-pemain yang mampu untuk memenuhi citarasanya. Walau bagaimanapun, beliau yang sebelum ini dikesan menonton […]
Sungguhpun Dinaturalisasi, Lama ‘Diperam’ Punca Nilai De Paula Jatuh Mendadak

Kelibat penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula yang tidak lagi kelihatan sejak musim baru bermula sememangnya menimbulkan pelbagai tanda tanya. Pemain berusia 35 tahun itu melengkapkan perpindahan daripada Perak FC ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status selaku antara penyerang import yang paling berbisa dalam liga. Malah, bekas penyerang Selangor itu memiliki sentuhan penyudah yang […]
Biar Badai Melanda, Luqman Hakim Tetap Berikan Segalanya Buat Negara Tercinta

Penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan pasukan kebangsaan untuk menabur bakti bersama negara tercinta. Pemain yang berkelana di KV Kortrijk itu berada dalam senarai akhir 31 orang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi ke kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara. Persiapan ini juga bagi memastikan bahawa […]
Kemunculan Semula Hadi Fayyadh Sarung Jersi Harimau Malaya

Pemain muda yang berkelana di bumi Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh bin Abdul Razak kini kembali dipanggil oleh jurulatih B-23, Brad Maloney untuk ke Kem Latihan Pusat menjelang Sukan Sea 2021 di Vietnam tidak lama lagi. Kali terakhir Hadi Fayyadh beraksi adalah pada tahun 2018 bagi kejohanan AFF U-19 Youth Championship dimana skuad kebangsaan B-23 merangkul […]
Konsistensi Matthew Davies Sebagai Pertahanan Tengah Bakal Memeningkan Kim Pan-gon

Pertukaran posisi seseorang pemain pastinya memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Keadaan posisi baharu juga akan dapat disesuaikan selepas melalui beberapa percubaan dalam latihan mahupun perlawanan sebenar. Pertukaran posisi juga mampu untuk menambah kekuatan seseorang pemain untuk menjadi seorang pemain yang versatil. Ianya terjadi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Musim ini, kita dapat lihat […]
Kim Pan-gon ‘Tak Kelip Mata’ Lihat JDT Ratah Guangzhou FC

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pastinya kagum dengan aksi yang ditampilkan oleh juara bertahan Liga Super, JDT dalam aksi pertama peringkat kumpulan dalam saingan ACL semalam. Pasukan Harimau Selatan yang turun dengan penuh motivasi seakan tidak memberi peluang dan ruang buat lawan dari China itu apabila membelasah mereka dengan keputusan 5-0. Walau bagaimanapun, […]
Aksi Cemerlang Corbin Ong Buktikan Beliau Pertahanan Kiri Terbaik Di Malaysia

Kemenangan bergaya 5-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas pasukan Guangzhou FC dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) malam tadi ternyata memperlihatkan pasukan dari selatan tanah air itu mendominasi perlawanan dari wisel permulaan sehingga tamat perlawanan. Dalam kemenangan bergaya tersebut, pemain pertahanan kiri JDT, La’Vere Corbin Ong dilihat menampilkan aksi yang sangat berkualiti dalam […]
Kim Pan-gon Dapat Masa Secukupnya Persiap Harimau Malaya Menjelang Kelayakan Piala Asia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon diperuntukkan tempoh masa 3 minggu dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pengendali berusia 52 tahun itu bakal diberi tempoh yang secukupnya untuk membentuk formula terbaik buat Harimau Malaya. Sebelum ini, pengendali kelahiran Korea Selatan […]