5 Wakil Malaysia Tembusi Kelompok 20 Terbaik Dunia

Sektor beregu lelaki Malaysia terus melahirkan ramai pemain yang berkualiti untuk terus menggegarkan arena badminton dunia. Ini selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai ranking terbaharu pada Selasa bagi acara beregu lelaki yang didominasi oleh pasangan dari Malaysia dalam kelompok 20 terbaik. Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih kekal sebagai beregu lelaki nombor satu negara di […]

Badminton Asia Championship: Weikeng & Chang Leburkan Impian Juara Sze Fei & Nur Izzuddin

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara Badminton Asia Championship 2024. Ini selepas mereka tewas kepada regu nombor tiga dunia dari China, Liang Weikeng dan Wang Chang dalam aksi final. Ramai peminat badminton Asia kagum dengan persembahan yang ditampilkan Sze Fei-Izzuddin sepanjang kejohanan. Ini termasuk […]

Badminton Asia Championship: Tiket Final Milik Izzuddin-Sze Fei, Tundukkan Aaron-Wooi Yik

Saingan separuh akhir Badminton Asia Championship 2024 pada Sabtu menyaksikan Nur Izzuddin-Goh Sze Fei menempah tempat di perlawanan akhir setelah mengejutkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Kedua-dua pasangan negara ini bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir hari ini selepas berjuang hebat menewaskan lawan masing-masing pada aksi suku akhir semalam. Di atas kertas, kelebihan […]

Badminton Asia Championship: Sze Fei & Nur Izzuddin Singkirkan Juara Dunia

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024. Ini satu kejayaan yang membanggakan buat kem negara kerana dari segi ranking dunia, kelebihan memihak kepada Min-hyuk-Seung-jae. Regu Korea Selatan itu yang juga pilihan […]

Swiss Open: Dua Regu Lelaki Malaysia Alami Nasib Berbeza

Dua beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengalami nasib berbeza dalam pusingan kedua Swiss Open 2024 hari ini. Sze Fei-Nur Izzuddin yang berstatus pilihan ketujuh kejohanan terpaksa akur dengan kehebatan regu Thailand, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kedren. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu masing-masing merekodkan satu kemenangan. Sementara […]

All England: Aaron-Wooi Yik ’Berpeluh’ Lepasi Halangan Rakan Senegara

Pertembungan sesama sendiri antara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Izzudin-Goh Sze Fei di pusingan pertama All England menyaksikan kemenangan berpihak kepada bekas juara dunia itu. Aaron dan Wooi Yik turun ke gelanggang selaku pasangan pilihan dan diberi tentangan sengit oleh Izzudin dan Sze Fei dari awal permainan. Namun aksi lebih kemas ditampilkan beregu nombor satu […]

Indonesia Masters: Regu Thailand Tamatkan Cabaran Nur Izzuddin & Sze Fei

Usaha beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei untuk mara ke pusingan kedua Indonesia Masters 2024 tidak tercapai. Ini selepas mereka gagal melepasi tentangan regu lelaki Thailand, Pharanyu Kaosamaang dan Woorapol Thongsa-nga di pusingan pertama kejohanan hari ini. Nur Izzuddin-Sze Fei mahu melebarkan lagi rekod kemenangan ke atas regu yang menduduki ranking […]

Malaysia Open: Izzudin Rumsani-Sze Fei Benam Cabaran Regu Thailand

Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei tiada masalah untuk menumbangkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren pusingan pertama Petronas Malaysia Open 2024. Permulaan positif dipamerkan Izzudin dan Sze Fei dengan variasi corak permainan dilakukan ke arah lawan untuk mendahului selesa 11-4. Jomkoh-Kedren cuba bangkit mengejar selepas itu untuk memberi saingan namun pasangan negara terlalu unggul untuk menutup […]

Korea Masters: Goh Sze Fei-Izzuddin Terkandas Di Suku Akhir

Hajat regu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani untuk mara ke separuh akhir Korea Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kemaraan mereka disekat pilihan utama kejohanan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae di pentas suku akhir tadi. Pertemuan dua regu ini dianggap seimbang dengan kedua-duanya menang sekali daripada dua pertemuan sebelum ini. Set pertama […]