Aaron Chia-Wooi Yik ‘Buka Jalan’ Buat Izzuddin-Sze Fei

Kekalahan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Khamis memastikan tempat Nur Izzuddin- Goh Sze Fei ke BWF World Tour Finals (WTF) 2024. Aaron-Wooi Yik turun dengan momentum setelah menjuarai Korea Masters hujung minggu lalu dengan menumbangkan wakil tuan rumah, Jin Yong-Kim Won Ho dalam tempoh 66 minit. Walau bagaimanapun, rentak cemerlang beregu negara […]
Izzuddin & Sze Fei Raih Habuan Lumayan Cecah RM1 Juta

Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei menerima habuan mencecah RM1 juta hasil pencapaian cemerlang dalam beberapa kejohanan sebelum ini. Musim 2024 menyaksikan Izzuddin-Sze Fei mengharungi perjalanan yang cukup manis dengan tiga gelaran juara yang berjaya dirangkul setakat ini dalam tempoh tiga bulan. Segalanya bermula selepas tamat kempen di Olimpik Paris apabila pasangan negara […]
“Tak Ada Jurulatih Pun Menang”

Ketiadaan jurulatih di sisi bukanlah penghalang buat beregu negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei merangkul gelaran juara. Izzuddin-Sze Fei hadir ke Vantaa, Finland untuk menyertai kejohanan Arctic Open 2024 setelah cemerlang merangkul dua kejuaraan di Japan Open dan China Open sebelum ini. Beregu yang bergerak secara profesional ini dibimbing oleh Rosman Razak sehingga berjaya membawa pulang […]
Artic Open: Izzuddin-Sze Fei Raih Gelaran Ketiga, Tundukkan Kim Astrup-Anders Rasmussen

Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei berjaya merangkul gelaran juara Arctic Open 2024 setelah mengecewakan wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen. Setelah menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China, Izzuddin-Sze Fei turun di aksi final dengan misi penting bagi meraih gelaran juara ke-3 musim ini dan dijadualkan bertemu Astrup-Rasmussen. Berdasarkan rekod pertemuan, beregu […]
Arctic Open: Sze Fei-Izzuddin Selangkah Ke Final, Singkir Beregu Keenam Dunia

Beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan beregu keenam dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto. Kemenangan tersebut membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu kelapan dunia untuk mara ke separuh akhir Arctic Open 2024. Aksi juara China Open 2024 itu dengan beregu lelaki utama Indonesia itu […]
Izzuddin-Sze Fei Pintas Jaguh Jepun Sekelip Mata

Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Sze Fei terus mengorak langkah dalam kedudukan ranking dunia apabila berjaya memintas jaguh dari Jepun. Setelah mencipta kejayaan muncul juara di China Open, Nur Izzuddin-Sze Fei berjaya melonjakkan kedudukan mereka dalam kemas kini ranking oleh Badminton World Federation (BWF). Izzuddin-Sze Fei yang sebelum ini berada di ranking ke-12 dunia mempamerkan […]
Malaysia Miliki Dua Beregu Lelaki Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia

Dua beregu lelaki utama Malaysia kini berjaya menembusi kelompok 10 terbaik dunia. Menjelang kemas kini ranking Badminton World Federation (BWF) pada Selasa, perubahan akan berlaku melibatkan kelompok 10 terbaik dengan tumpuan ke arah Nur Izzuddin-Goh Sze Fei. Pada Ahad, Izzuddin-Sze Fei tampil penuh cemerlang apabila menumbangkan He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi tiga set […]
Habuan Setengah Juta Milik Izzuddin-Sze Fei

Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Sze Fei menerima ‘durian runtuh’ bernilai hampir setengah juta ringgit. Habuan besar ini diraih oleh pasangan beregu lelaki negara setelah muncul juara China Open 2024 setelah menewaskan jaguh tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi 3 set. Di awal permainan, Izzuddin-Sze Fei bermula agak perlahan apabila lawan dari China […]
China Open: Nur Izzuddin-Goh Sze Fei Muncul Juara, Akhiri Kemarau 35 Tahun

Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei mengakhiri penantian 35 tahun dengan memenangi China Open 2024 setelah menewaskan pasangan tuan rumah pada Ahad. Selepas cemerlang menyingkirkan wakil Indonesia di separuh akhir, Izzuddin-Sze Fei bakal berdepan halangan terakhir dari pasangan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu sebelum bergelar juara. Berdasarkan rekod pertemuan, wakil China ini mencatat […]
Siaran Langsung China Open: Nur Izzuddin-Sze Fei vs He Jiting-Ren Xiangyu (Live Streaming)

Aksi final beregu lelaki China Open 2024 bakal menemukan regu negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei dengan wakil China, He Jiting dan Ren Xiangyu. Kedua-dua regu berjaya mara ke final selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Izzuddin-Sze Fei mara ke final dengan menyingkirkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin dengan keputusan […]
Siaran Langsung China Open: Nur Izzuddin-Sze Fei vs Shohibul Fikri-Daniel Marthin (Live Streaming)

Aksi tumpuan di China Open bakal menyaksikan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei bertemu wakil Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin bagi memburu tiket ke final. Setelah berjaya menewaskan rakan senegara di suku akhir, Izzuddin-Sze Fei meneruskan perjalanan di kejohanan Super 1000 ini dengan hanya selangkah lagi untuk mara ke final. Halangan Izzuddin-Sze Fei untuk melangkah […]
China Open: Izzuddin-Sze Fei Selangkah Ke Final, Atasi Cabaran Rakan Senegara

Pertembungan sesama sendiri di suku akhir China Open menyaksikan gandingan Nur Izzuddin-Goh Sze Fei muncul pemenang dan mara ke separuh akhir. Setelah raih juara Japan Open tiga minggu lalu, Izzuddin-Sze Fei meneruskan cabaran di kejohanan Super 1000 di China Open dan berdepan Man Wei Chong-Tee Kai Wun di suku akhir. Kedua-dua pasangan negara ini merekodkan […]
Japan Open: Sze Fei-Izzuddin Bawa Pulang RM275,000

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani ceria apabila meraih gelaran juara Japan Open 2024. Kejayaan itu digapai beregu nombor 12 dunia itu dengan menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Min-hyuk dan Seung-jae. Ini kerana juara India Open 2024 itu […]
Nur Izzuddin-Goh Sze Fei Bakal Tinggalkan BAM?

Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dilaporkan bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Izzuddin-Sze Fei yang kini berada di ranking ke-13 dunia kembali bergandingan semula pada pertengahan tahun lalu setelah berpisah seketika sekitar Januari 2023. Terkini, menurut wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly, pengarah teknikal BAM, Rexy Mainaky memberi bayangan bahawa pasangan ini bakal membawa […]
Ranking BWF: 3 Wakil Malaysia Catat Peningkatan Mendadak

Tiga wakil Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak dalam carta ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ini. Menerusi kemas kini ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Shuttlehard menyaksikan kedudukan tiga beregu lelaki utama negara melonjak berbanding minggu lalu. Beregu yang mencatatkan peningkatan ranking itu adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Choong Hoon Jian-Haikal […]
3 Wakil Malaysia Kejar Kelompok 10 Terbaik Dunia

Persaingan sengit dipamerkan oleh tiga wakil beregu lelaki Malaysia bagi merebut tempat dalam kelompok 10 terbaik dunia. Menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam acara beregu lelaki sebelum ini menyaksikan seramai lima wakil negara mengisi kelompok 20 terbaik dunia diketuai oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik di kedudukan kelima. Sementara tiga lagi pasangan […]