Selangor Kini Miliki Skuad Futsal Baharu

Musim baru Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) bakal menyaksikan wajah baru Selangor MAC. Selangor MAC bakal dikenali dengan nama baru iaitu Selangor FC. Pengumuman pertukaran nama tersebut dibuat menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. Dengan pengumuman tersebut, mereka menjadi satu-satunya pasukan yang mewakili Selangor dalam saingan MPFL. Walaupun kini berwajah baru, pasukan itu […]

Indonesia Muncul Juara Futsal Invitational, Tewaskan Filipina

Skuad futsal wanita Indonesia muncul juara PFF Women’s Tri Nation Futsal Invitational 2023 di Filipina. Ini selepas mereka mengalahkan tuan rumah, Filipina dalam aksi final kejohanan hari ini. Indonesia mara ke final selepas mengalahkan New Zealand 3-1 dan Filipina 9-4 dalam dua aksi terawal kejohanan. Dua kemenangan ini membolehkan Indonesia menanti siapa lawan mereka di […]

Vietnam Aibkan Korea Selatan

Vietnam mengesahkan kemaraan ke Piala Asia Futsal 2024 sebagai juara Kumpulan D selepas membelasah Korea Selatan 5-2 di Ulaanbataar, Mongolia hari ini. Anak-anak buah Diego Giustozzi tahu satu lagi kemenangan bakal mengesahkan kedudukan Vietnam sebagai juara kumpulan. Manakala Korea Selatan pula berazam untuk membalas dendam selepas dimalukan Vietnam 5-1 dalam Piala Asia Futsal 2022. Begitupun, […]

Malaysia Tewas Tipis Aksi Kedua Menentang Uzbekistan

Hasrat Malaysia untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi Kelayakan Futsal Asia 2024 tidak kesampaian apabila ditewaskan Uzbekistan. Pasukan negara menurunkan barisan terbaik untuk menggempur tuan rumah tatkala tewas pada aksi pembukaan berdepan Iraq. Perlawanan yang berlangsung di Samo Sports Complex, Fergana menyaksikan Malaysia memiliki peluang terbaik untuk memungut 3 mata pertama. Pada babak pertama, skuad […]

Myanmar Gah Belasah India 5-2

India terus menanti kemenangan pertama kempen kelayakan Piala Asia Futsal 2024 apabila dibelasah Myanmar 5-2 dalam aksi kedua Kumpulan E di Dushanbe hari ini. India amat memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang layak beraksi di Thailand pada tahun hadapan. Manakala Myanmar memerlukan kemenangan hari ini bagi membantu mereka layak secara merit. Thyne Phwet Aung membuka tirai […]

Malaysia Tewas Aksi Pembukaan Berdepan Iraq

Skuad futsal Malaysia menerima kekalahan pertama pada aksi Kelayakan Futsal Asia 2024 di Uzbekistan apabila ditundukkan Iraq. Pasukan negara turun dalam kesebelasan terbaik dengan barisan pemain seperti Saad Sani dan Ekmal Shahrin dalam kesebelasan utama. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik untuk saling bertukar serangan namun Iraq ternyata memiliki sedikit kelebihan. Gol pembukaan perlawanan hadir menerusi […]

Thailand Bergelut Tewaskan Malaysia

Pasukan futsal kebangsaan Thailand melakar kemenangan bermakna ke atas Malaysia dalam satu aksi persahabatan. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dengan skuad negara dalam momentum cemerlang musim ini. Thailand bermula garang untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi ledakan pada minit ke-5 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-7 menerusi jaringan cantik Saad Sani. Giliran Malaysia berada di […]

Malaysia ‘Rantai’ Afghanistan

Skuad futsal Malaysia mempamerkan persembahan yang cukup mengujakan untuk mengikat pasukan kebangsaan Afghanistan dalam satu aksi persahabatan Tier 1. Perlawanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan pasukan bimbingan Rakhpol Sainetngam yang sudah beberapa hari mempersiapkan aksi terbaik beraksi dengan begitu meyakinkan. Malaysia bermula garang apabila gerakan cantik untuk menembusi gawang gol Afghanistan sejak minit […]

KL City Lancarkan ‘Ramadan Cup’, Hadiah Keseluruhan RM 3000 Untuk Dimenangi

Pasukan futsal Kuala Lumpur City (KL City) FC bakal menganjurkan satu pertandingan futsal yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Ramadan ini. Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi pasukan, KL City mempelawa mana-mana pasukan yang mahu menyertai pertandingan itu untuk segera mendaftarkan pasukan sebelum 31 Mac ini. Pertandingan yang dijangka bakal melibatkan pertembungan antara 16 […]