Import Baru Selangor Beri Impak Kurang 24 Jam

Tonggak import baru skuad futsal Selangor FC, Gabriel Rosa sudah menunjukkan taringnya dalam Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024. Ini selepas pemain berusia 27 tahun itu membantu Selangor mengalahkan juara MPFL musim 2023, Pahang Rangers 6-5 dalam aksi terbaru Divisyen 1 pada 29 Jun lalu. Penyerang muda skuad futsal kebangsaan, Syahir Iqbal Khan […]
Pengganti Helio Neto Di JDT Bukan Calang-Calang

Susulan pemergian pemain import Brazil, Helio Neto, skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dilihat sudah memiliki calon pengganti untuk pemain berkenaan. Semalam, ramai penyokong JDT terkejut apabila pemain berusia 32 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan. Ini selepas Neto memaklumkan bahawa kontraknya bersama Harimau Selatan akan berakhir pada penghujung bulan ini. […]
MPFL: Usaha Selangor Kejar JDT Terjejas

Usaha skuad futsal Selangor FC mengejar pendahulu Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sedikit terjejas. Ini selepas Selangor mengumumkan bahawa pemain import Brazil, Matheus Vasconcelos atau Ceara tidak bersama pasukan untuk baki kempen MPFL musim ini. Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk masalah kecederaan dan […]
MPFL: JDT Kekalkan Rekod Kemenangan, Tundukkan Sabah

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024/25 dengan menewaskan Sabah. JDT berharap dapat melebarkan rekod kemenangan dalam Divisyen 1 MPFL selepas menewaskan Selangor FC 4-2 dalam aksi terakhir mereka pada 16 Mac lalu. Sementara Sabah ingin melakar kemenangan ketiga selepas menewaskan KL City […]
Selangor Atur Dua Aksi Lawan Kelab Besar ASEAN

Sebagai persiapan untuk aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 yang seterusnya, Selangor FC mengatur dua aksi persahabatan menentang kelab gergasi ASEAN. Dua kelab yang menjadi pilihan skuad futsal Merah Kuning ialah kelab Black Steel FC dari Indonesia dan Black Pearl United (Thailand). Pengumuman dua aksi persahabatan ini dibuat pengurusan Selangor menerusi satu hantaran di […]
Madam Pang Janji RM386,000 Jika Thailand Muncul Juara

Pasukan futsal Thailand bakal mendapat ganjaran lumayan sebanyak tiga juta baht (RM386,000) sekiranya mereka muncul juara Piala Asia Futsal 2024. Ganjaran tersebut dijanjikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madam Pang semalam. Beliau amat bangga dengan kejayaan yang dilakar anak buah Miguel Rodrigo sepanjang kejohanan berlangsung. Dan Madam Pang percaya Thailand […]
Skuad Futsal JDT Berkelana Di Indonesia

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memanfaatkan tempoh ketiadaan perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan pasukan itu dengan berkelana ke Indonesia. Ini selepas pasukan itu memuatnaik siri foto yang menunjukkan mereka berada di Indonesia di platfrom media sosial JDT Futsal. Pasukan yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memilih Indonesia sebagai persiapan untuk […]
Ranking Futsal FIFA: Malaysia Melonjak Tinggi, Kejar Kedudukan Myanmar

Ranking Futsal FIFA: Malaysia mencatatkan keputusan positif selepas berjaya melonjak tinggi sekaligus membantu untuk menghampiri kedudukan Myanmar. Skuad kendalian Rakhpol Sainetngam mula mempamerkan kemajuan terutamanya apabila menentang lawan yang lebih baik pada kedudukan semasa. Malaysia berjaya melakar kemenangan 3-0 ketika berdepan pasukan ke-39 dunia, Vietnam hasil jaringan dua pemain JDT, Danial Dain dan Awalluddin Mat […]
Persahabatan Futsal: Malaysia Pamer Karakter Sebenar, Tewaskan Vietnam

Skuad futsal Malaysia menutup kempen aksi persahabatan di Vietnam dengan melakar kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah hari ini. Selepas tewas 3-0 dalam aksi persahabatan pertama di Ho Chi Minh City pada 6 April lalu, skuad negara yang dibimbing Rakhpol Sainetngam mahu bangkit melakar kemenangan. Meskipun lawan yang dibimbing Diego Raúl Giustozzi itu menduduki ranking […]
Gaduh Besar, Aksi ‘Muay Thai’ Di Futsal Semata-Mata Rebut RM1200

Hanya kerana mengejar hadiah kemenangan bernilai RM1,200, seorang pemain futsal bertindak menyerang lawannya di atas gelanggang semalam. Insiden ini berlaku dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Ramadhan League antara Kesham FC dengan Chuteiras FC di Sergio Aguero Arena, Kuantan. Menerusi satu video yang dimuatnaik pentadbir akaun TikTok Chuteiras, seorang pemain Kesham dikesan menumbuk pemain pasukan itu. […]
Rakhpol Sainetngam Panggil 3 Watak Baharu Ke Vietnam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam melakukan sedikit perubahan menjelang dua aksi persahabatan menentang Vietnam di Ho Chi Minh City pada 6 dan 8 April ini. Jurulatih Thailand itu memanggil dua pemain Sabah FA, Faezwan Ashwandie Ahmad dan Wan Raziq Wan Zulhasmi serta kapten Selangor FC, Khairul Effendy Bahrin. Trio ini dipanggil bagi menggantikan Syawal […]
MPFL: Qusmaini Noor Rusli Puji Ketangkasan Memukau Penjaga Gol JDT

Jurulatih Gombak TOT United FC, Qusmaini Noor Rusli mengakui kagum dengan prestasi penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Aiman Fikry Ramli semalam. Aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 menyaksikan JDT mengatasi cabaran TOT United 6-1 di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic. Gol JDT disumbang oleh hatrik Muhammad Saad Abdul Sani, […]
Bahrain & Vietnam Berminat Uji Kekuatan Skuad Futsal Malaysia

Menjelang Piala Asia Futsal 2024, banyak negara berminat untuk menguji kekuatan skuad futsal Malaysia. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail. Hal ini berlaku disebabkan Malaysia gagal layak ke Piala Asia Futsal 2024 selepas terkandas di pusingan kelayakan yang berlangsung pada Oktober tahun […]
Felipe Leite Sasar Jadi Penjaring Terbanyak Di Malaysia

Penyerang import baru skuad futsal Sabah FA, Felipe Leite meletakkan sasaran menjadi penjaring terbanyak Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024. Penyerang Brazil ini bukan asing dengan dunia futsal Asia Tenggara kerana pernah mewakili kelab Thailand, Bluewave Chonburi pada musim lepas. Semasa bersama kelab itu, beliau telah meledakkan 16 gol untuk membantu Bluewave Chonburi menduduki […]
Sabah Sedia Gegar Arena Futsal Malaysia

Pasukan Sabah FA hari ini telah memperkenalkan jersi dan senarai pemain yang bakal beraksi dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim 2024. Dalam sebuah majlis di Crystal Crown, Petaling Jaya hari ini, Sabah memaklumkan bahawa skuad kendalian Patt Sriwijit bakal diperkuat dengan kombinasi tempatan dan beberapa bintang import. Ketua Jurulatih kelahiran Thailand, Patt Sriwijit […]
Skuad Futsal Selangor Asah Taring Di Vietnam

Sebagai persiapan mengharungi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim hadapan, skuad futsal Selangor FC bakal bertolak ke Vietnam hari ini. Pasukan yang dibimbing jurulatih Brazil, Edgar Baldasso itu bakal menyertai kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 23 hingga 29 Disember ini menyaksikan penyertaan lapan pasukan dari rantau Asia […]