Safawi Rasid Tarik Perhatian FIFA

Gol yang dijaringkan oleh pemain oleh pemain sayap negara, Safawi Rasid telah pun meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi watak penting buat pasukan negara berdepan Kepulauan Solomon tatkala Malaysia meraih kemenangan besar 4-1. Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian memainkan peranan yang cukup penting […]
TERKINI: Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia FIFA B-17

Indonesia dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun 2023 seperti yang diumumkan badan induk bola sepak dunia tersebut. Indonesia sebelum ini dibatalkan hak sebagai tuan rumah saat akhir untuk kejohanan Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun dipilih semula sebagai tuan rumah untuk kategori berbeza dipercayai atas faktor negara berkenaan yang telah bersedia […]
Sebuah Kelab Pantai Timur Bakal Dikenakan Hukuman

Tatkala semua pasukan Liga Super menanti tetingkap perpindahan kedua yang bakal dibuka bulan hadapan untuk memperkuat pasukan, satu pasukan dijangka tidak boleh berbuat demikian. Ini selepas sebuah pasukan dari Pantai Timur bakal dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ini selepas ejen bola sepak tempatan, Joe Berbatov mengarahkan peguamnya melaporkan salah laku […]
FIFA ‘Layangkan Kad Kuning’ Kepada Indonesia

Selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia susulan bantahan terhadap pasukan bola sepak Israel, ramai bimbang negara itu bakal digantung FIFA. Tetapi berdasarkan pengumuman terbaru Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), masih ada sinar buat bola sepak negara itu. Berdasarkan laporan SNE Sports, Indonesia hanya dikenakan ‘kad kuning’ […]
Ranking FIFA Malaysia: Malaysia Pintas St Kitts & Nevis, Kini Duduki Tangga Ke-138

Prestasi baik yang dipamerkan Malaysia dalam kalendar antarabangsa FIFA pada Mac lepas menyaksikan negara kini mendaki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Jika dahulu Malaysia menduduki tangga ke-145, kini kedudukan Harimau Malaya ialah di tangga ke-138. Ini berdasarkan pengumuman terbaru ranking pasukan bola sepak dunia yang dibuat FIFA hari ini. Dengan kedudukan terbaru ini, […]
FIFA Batalkan Hak Tuan Rumah Indonesia Sebagai Penganjur Piala Dunia B-20 2023

Sebentar tadi, FIFA secara rasmi mengumumkan pembatalan pemberian hak sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 kepada Indonesia dipercayai kerana keengganan Indonesia memberikan visa khas untuk pasukan Israel. Selain itu, ianya juga difahamkan keengganan negara tertentu untuk diundi bertemu Israel yang akhirnya menyebabkan proses undian ditangguhkan secara mengejut beberapa hari lalu. Menerusi satu kemas kini […]
FIFA Puji Pengurusan Cekap FAM

Sejak beberapa tahun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenal pelbagai inisiatif untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia. Inisiatif-inisiatif ini mendapat pujian Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. Ini kerana menurut Infantino, FAM banyak terlibat dengan program ‘Forward FIFA’ iaitu program pembangunan sukan bola sepak dengan peruntukan dana daripada badan induk bola sepak […]
FIFA ‘Belanja’ Liga Vietnam Sistem VAR Mudah Alih

Liga Bolasepak Vietnam merupakan liga terbaru yang akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR). Di Asia Tenggara, Vietnam merupakan negara ketiga yang memperkenalkan VAR dalam liga selepas Thailand dan Singapura. Namun, kaedah VAR yang bakal digunakan Vietnam adalah berbeza berbanding Thailand dan Singapura apabila Vietnam menggunakan Sistem VAR Mudah Alih di mana ianya lebih menjimatkan […]
Hamidin Mahu Dunia Kenal Bola Sepak Malaysia

Kejayaan dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA dalam Kongres Ke-33 AFC semalam bukanlah satu kejayaan peribadi bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Sebaliknya, ia merupakan satu peluang bagi dunia mengenali bola sepak Malaysia. Salah satu impakpositif pemilihannya ialah pembangunan sukan bola sepak tanah air termasuk bola sepak wanita, bola sepak pantai, futsal dan akar umbi. […]
Hamidin Tandingi Jawatan Ahli Majlis FIFA

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah menyatakan minat merebut jawatan sebagai Ahli Majlis FIFA. Ini selepas beliau disahkan sebahagian daripada tujuh calon yang merebut jawatan itu pada Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Ke-33 yang berlangsung hari ini. Selain Hamidin, penyandang jawatan Du Zhaocai dari China, Kohzo Tashima (Jepun) dan Mariano Areneta Jr. (Filipina) juga […]
Liga Singapura Lulus Ujian FIFA, Sedia Guna VAR Musim 2023

Teknologi Video Pembantu Pengadil (VAR) akan mula diimplementasikan buat pertama kali dalam sejarah Liga Singapura bermula musim 2023. Liga Perdana Singapura (SPL) akan memanfaatkan penggunaan teknologi ini selepas mendapat kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) baru-baru ini. Penggunaan VAR akhirnya lulus penilaian akhir yang dilakukan oleh FIFA yang datang selepas proses pelaksanaan bermula pada […]
B. Sathianathan: Di Mana Nak Letak Piala AFF Dalam Kalendar FIFA

Beberapa media serantau mendedahkan hasrat FIFA memasukkan Piala AFF dalam kalendar antarabangsa mereka. Bagaimanapun, bagi jurulatih berpengalaman, B. Sathianathan, usaha ini walaupun baik bakal berdepan kesukaran untuk direalisasikan. Salah satu cabarannya menurut bekas jurulatih Harimau Malaya itu ialah menyelaraskan musim setiap liga domestik di rantau ASEAN. Selain itu, liga-liga domestik ini perlu bermula dan berakhir […]
Nyanyian Ultras Malaya Tarik Perhatian FIFA

Walaupun skuad bola sepak Malaysia tewas 0-3 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semalam, namun ada beberapa peristiwa menarik yang berlaku kepada penyokong Malaysia di Stadium Thammasat. Sejurus tamat perlawanan, kumpulan penyokong Malaysia yang digelar ‘Ultras Malaya’ telah dilihat menyanyikan lagu ‘Sawadeekap Thailand’ di hadapan pemain-pemain Thailand. Nyanyian tersebut diiringi tepukan […]
Pemain Vietnam Tak Selesa Beraksi Di Padang Tiruan Singapura

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui berasa pelik bagaimana padang tiruan dibenarkan dalam saingan Piala AFF 2022 meskipun FIFA tidak mengalakkan untuk pemain beraksi di rumput tiruan. Memetik laporan VnExpress, ramai pemain Vietnam berasa tidak selesa ketika beraksi di padang tiruan kerana permukaan yang berbeza dan mudah untuk cedera. Walaubagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu […]
Empat Bintang Piala Dunia Bakal Digantung FIFA

Empat bintang Piala Dunia 2022 dari Uruguay bakal dikenakan tindakan disiplin oleh FIFA susulan tindakan mereka pasca-perlawanan menentang Ghana dalam aksi terakhir Kumpulan H. Sekiranya didapati bersalah, mereka bakal digantung 10 hingga 15 perlawanan. Empat bintang tersebut ialah bekas penyerang Manchester United, Edinson Cavani, bek tengah Atletico Madrid, Jose Maria Gimenez, bek tengah Velez Sarsfield, […]
FIFA Cuba Selindung Achraf Hakimi Bersemuka Dengan Infantino

Semalam, perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2022 menyaksikan Croatia menundukkan Maghribi 2-1. Walau bagaimanapun, mutu pengadilan perlawanan tersebut mengundang kemarahan kem Maghribi terutama bek kanan PSG, Achraf Hakimi. Kerana terlalu marah, Hakimi kemudiannya bersemuka dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino selepas tamat perlawanan – satu perkara yang cuba diselindung oleh badan bola sepak dunia itu. […]