Kim Pan-gon Beri Sebab Pilih Malaysia Berbanding Negara Lain

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi sebab terperinci tentang pilihannya untuk mengemudi Harimau Malaya berbanding negara lain. Kisah kejayaan Malaysia kini tular ke serata dunia termasuklah ketika merakamkan kebangkitan untuk menewaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Skuad kebangsaan juga melakukan kejutan untuk membenam cabaran India di Pestabola Merdeka sekaligus membuka mata ramai pihak […]
Peningkatan Prestasi Harimau Malaya Dipantau Rapat FIFA

Peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh Harimau Malaya telah membuka mata Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan aksi memukau pada tahun ini. Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mengubah persepsi lawan terhadap aksi yang dipamerkan selepas berjaya membantu Malaysia untuk berada pada kemuncak prestasi. FIFA tertarik dengan tiga aspek penting yang berlaku di Malaysia setelah merekodkan […]
FIFA Luluskan Hampir RM40 Juta Buat Bola Sepak Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah pun meluluskan kira-kira hampir RM40 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai menerusi Program Pembangunan FIFA Foward antara tahun 2016-2022. Menerusi satu laporan oleh FIFA Foward Global, badan induk tersebut telah meluluskan kira-kira 78.6 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sekitar 9.9 Juta USD (RM45 Juta) kepada Malaysia. “FAM […]
AFC Label Arif Aiman Sebagai Pemain Tumpuan Malaysia Di Piala Asia

Laman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meletakkan pemain sayap Malaysia, Arif Aiman Hanapi sebagai prospek terbaik negara menjelang sepak mula Piala Asia 2023. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi tumpuan selepas mengharungi musim yang cukup cemerlang pada peringkat kelab dan juga antarabangsa. Beliau telah membantu JDT untuk memenangi 4 trofi buat tahun kedua berturut-turut sambil […]
FIFA Letak Arif Aiman Dalam Kelompok Bintang Tumpuan Piala Asia

Persembahan terbaik yang dipamerkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi kini menjadi tumpuan ramai. Tidak ketinggalan untuk memberikan tumpuan kepada kebolehan Arif Aiman adalah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu berita yang disiarkan di laman web FIFA, nama Arif Aiman telah disenaraikan sebagai antara lima bintang yang perlu […]
FAM: Kenyataan Pengerusi Pengadil FIFA Adalah Palsu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa kenyataan yang dikatakan datang dari Presiden Pengadil FIFA, Pierluigi Collina yang dikatakan kecewa dengan mutu pengadilan final Piala Malaysia 2023 adalah palsu. Khabar yang tular dalam kumpulan bola dan juga laman tertentu itu disahkan bukan daripada kenyataan rasmi oleh FIFA sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai. “Dalam satu lagi […]
FIFA Catat Kejayaan Malaysia Naik 7 Tangga, Ke-3 Dunia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) catat kejayaan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Pada November 2023, kesemua aksi antarabangsa telah dimainkan di seluruh dunia bagi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026. Malaysia yang berada dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei kini mengungguli kedudukan dalam saingan kumpulan. Dua kemenangan anak buah Kim […]
Brunei Berisiko Digantung FIFA

Kedudukan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) kini dalam bahaya susulan tindakan menggantung presiden mereka baru-baru ini. Pada 17 November lalu, Jawatankuasa FABD mengumumkan Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan digantung daripada jawatannya sebagai Presiden FABD. FABD turut mengumumkan Setiausaha Agung FABD, Mohammad Shahnon bin Mohd Salleh dipecat daripada jawatannya itu. Susulan itu, dua […]
FIFA Bertapak Di Indonesia

FIFA mula bertapak di Indonesia dengan membuka pejabat baru organisasi itu di Jakarta beberapa hari lepas. Majlis perasmian ini dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden FIFA, Gianni Infantino. Menariknya, perasmian ini dibuat pada hari sama Piala Dunia B-17 bermula. Bagi Infantino, hari itu cukup bermakna buat FIFA kerana ini membantu badan induk bola […]
Vietnam Tukar Pelan Asal Kerana Tak Diiktiraf FIFA

Mengikut pada perancangan awal, pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam akan mengharungi tiga perlawanan antarabangsa FIFA iaitu menentang China, Uzbekistan dan Korea Selatan. Namun salah satu perlawanan tersebut tidak diiktiraf FIFA. Perlawanan yang dimaksudkan adalah perlawanan menentang Uzbekistan yang dijadualkan pada 13 Oktober ini. Perlawanan tersebut tidak diiktiraf FIFA kerana sebuah pasukan hanya dibenarkan melalui dua […]
Negara Asia Berpeluang Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Negara-negara Asia mempunyai peluang besar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 berdasarkan pengumuman FIFA semalam. Footy Rankings mendedahkan perkara ini berlaku disebabkan Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026. Ini disusuli pengumuman bahawa enam negara sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030 iaitu Brazil, Uruguay, Argentina, Portugal, Sepanyol dan Maghribi. AS, […]
Ranking FIFA: Malaysia ‘Curi’ Mata Penting Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk memburu kelompok kedudukan 120 terbaik dunia selepas mengikat Syria 2-2. Perlawanan menentang pasukan ke-94 dunia itu menyaksikan anak buah Kim Pan-gon mempamerkan aksi ‘gred A’ untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol. Keputusan itu menyaksikan penambahan +1.4 mata buat Harimau Malaya sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Mata semasa Malaysia […]
Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dan menghampiri tangga ke-120 terbaik dunia buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon bakal menghadapi dua aksi persahabatan di Chengdu, China pada 6 dan 9 September menentang Syria dan juga tuan rumah. Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia gagal mempamerkan […]
FIFA Tolak Rayuan Kelantan FC, 4 Pemain Import Tersepit

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menolak rayuan yang dilakukan oleh pasukan Liga Super, Kelantan FC. Umum mengetahui bahawa pasukan milik Norizam Tukiman itu telah membawa masuk 4 muka baharu dalam jendela perpindahan kedua Liga Super. The Red Warriors menagih khidmat pemain baharu untuk memantapkan lagi jentera pasukan pada setiap bahagian. Hasrat untuk menggunakan khidmat […]
Malaysia ‘Cucuk’ Filipina

Malaysia kembali berada di kedudukan terbaik berdasarkan ranking FIFA rasmi selepas negara dari Kepulauan Carribean, St Kitts and Nevis menjadi pemudah cara untuk Malaysia terus menghambat kedudukan Filipina. Harimau Malaya sebelum ini di kedudukan 137 selepas St Kitts and Nevis tewas dua aksi menentang Trinidad & Tobago dan Amerika Syarikat. Dalam dua aksi Piala Emas Concacaf itu, […]
Somyot Kekal Presiden FA Thailand

Selepas sebelum ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), hari ini Jen. Pol. Dr. Somyot Poompanmoung kekal sebagai pemimpin organisasi itu. Keputusan tersebut diambil oleh Majlis FAT selepas satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu perletakan jawatan beliau. Sebelumnya, Somyot diberitahu permohonan perletakan jawatannya tidak diluluskan oleh majlis tersebut disebabkan mereka tidak […]