FAM Jemput FIFA ke Malaysia

Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) telah menghantar jemputan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk hadir ke Malaysia pada April. Perkara ini diumumkan menerusi siaran Media Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke-10 bagi penggal 2021-2025. Jemputan khas FAM ini bertujuan bagi sesi pemantauan, penilaian, teknologi dan pengiktirafan berkaitan Video Assistant Referee (VAR) yang […]
FAM Letak Sasaran Buat Skuad Bawah 23 Di Piala Asia B-23

Menjelang saingan Piala Asia Bawah 23 (B-23) di Qatar pada April depan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menetapkan sasaran buat skuad bawah 23 Malaysia yang kini dibawah kendalian jurulatih baharu, Juan Torres Garrido. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sasaran yang diletakkan kepada pasukan muda Malaysia itu adalah untuk melangkah ke separuh akhir. Namun […]
“Tindakan Intan Serah Tidak Boleh Diterima” – Soleen Al-Zoubi

Tindakan Intan Serah baru-baru ini telah menerima komen daripada ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zoubi. Beliau yang ditemui ketika majlis undian FAS Women’s Super League 2024 berkata beliau tahu Intan sudah memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berharap Intan mempelajari sesuatu daripadanya. ”Ya, sudah tentu dia sudah meminta maaf, dia sudah belajar dari […]
FAM Panggil Intan Serah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan memanggil pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Serah dalam masa terdekat. Intan dikatakan telah mengkritik keputusan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang membawa masuk Romel Morales ketika aksi terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan tempoh hari. Setiausaha Agung FAM Datuk Noor […]
FAM Derma Sumbangan Ke Tabung Palestin

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) amat cakna dengan isu semasa termasuk penderitaan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis. Lantas, pada hari ini, FAM yang diwakili Naib Presiden, Mohd Firdaus Mohamed dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Hj Rahman hadir ke Kedutaan Palestin bagi menyalurkan sumbangan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Sumbangan berjumlah RM34,284 […]
Malaysia Umum Senarai Akhir 26 Pemain Di Piala Asia

Malaysia mengesahkan senarai 26 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung bermula 13 Januari 2024. Skuad kendalian Kim Pan-gon tiba seawal 1 Januari 2024 di Qatar sebagai persiapan awal untuk bertemu dengan pasukan ke-91 dunia, Syria bagi aksi persahabatan. Teka-teki mengenai perjalanan skuad negara akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola […]
Hamidin: Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Demi Malaysia

Wajah skuad Malaysia mungkin berbeza hari ini sekiranya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima tawaran Park Hang-seo. Anekdot ini dikongsikan beliau menerusi sedutan video rancangan Bola Itu Life terbitan Astro Arena yang bakal disiarkan pada 4 Januari 2024. Hamidin mendedahkan semasa FAM memulakan usaha mencari jurulatih baru Harimau Malaya menggantikan […]
FIFA Luluskan Hampir RM40 Juta Buat Bola Sepak Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah pun meluluskan kira-kira hampir RM40 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai menerusi Program Pembangunan FIFA Foward antara tahun 2016-2022. Menerusi satu laporan oleh FIFA Foward Global, badan induk tersebut telah meluluskan kira-kira 78.6 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sekitar 9.9 Juta USD (RM45 Juta) kepada Malaysia. “FAM […]
“Semua Pasukan Kuat Tapi Pasukan Saya Paling Hebat”

Bintang muda Kelana United FC, Putri Mia Alysa tidak gentar dengan cabaran finalis Liga Puteri Bawah 15 Tahun (B-15) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), SSS Leopard FC. Kelana United bakal bersemuka dengan SSS Leonard di pentas final selepas kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing di pentas separuh akhir. Kelana United menewaskan Sabah FC menerusi penentuan sepakan […]
Liga Puteri B-15: Kelana United Kejutkan Sabah, Mara Ke Final

Pasukan wanita bawah 15 tahun Kelana United melakar kejayaan bermakna apabila berjaya mara ke pentas akhir selepas menumpaskan Sabah. Perlawanan yang berlangsung di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu tiket ke final. The Rhinos kelihatan lebih bersedia dengan beberapa peluang dan penciptaan gerakan menarik berlangsung pada babak […]
Keputusan Pemilihan Pengadil Dari Selangor Bagi Aksi JDT & Terengganu Bersebab

Susulan prestasi pengadil R. Logeswaran yang didakwa kurang memberangsangkan semasa mengadili final Piala Malaysia 2023 membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Terengganu FC, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberi penjelasan. Nama Logeswaran dipilih oleh badan induk bola sepak negara itu selepas berdepan kekangan mencari pengadil yang berstatus berkecuali. Ini kerana Razlan Joffri […]
FAM: Kenyataan Pengerusi Pengadil FIFA Adalah Palsu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa kenyataan yang dikatakan datang dari Presiden Pengadil FIFA, Pierluigi Collina yang dikatakan kecewa dengan mutu pengadilan final Piala Malaysia 2023 adalah palsu. Khabar yang tular dalam kumpulan bola dan juga laman tertentu itu disahkan bukan daripada kenyataan rasmi oleh FIFA sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai. “Dalam satu lagi […]
Selangor Mahu Rayu Pengurangan Hukuman

Selangor FC bakal mengemukakan rayuan kepada FAM susulan hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas mereka baru-baru ini. The Red Giants dikenakan denda RM23,000 untuk tiga kesalahan iaitu kerosakan pada kenderaan pegawai perlawanan, gagal menjaga keselamatan kumpulan pengadil dan insiden penyokong membaling botol terhadap pengadil. Selain tiga kesalahan ini, beberapa staf sokongan pasukan Selangor […]
JDT Dan Selangor Didenda FAM

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC menerima perkhabaran buruk apabila dikenakan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara tersebut telah dikongsikan FAM dalam satu siaran media sebentar tadi selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat kali ke-14 bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. JDT dikenakan denda atas dua kesalahan […]
FAM Gantung Yazan Al-Arab Seumur Hidup

Bekas pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab telah digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak di Malaysia seumur hidup. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain kelahiran Jordan itu telah melakukan kesalahan selepas menyepak pengadil perlawanan beberapa bulan lalu. Jawatankuasa Tatatertib pasukan Selangor FC telah mengambil keputusan untuk segera menamatkan kontraknya bersama […]
AFF Sumbang RM2.34 juta Kepada FAM

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan sumbangan dana berjumlah AS$500,000 (RM2.34 juta) kepada FAM hari ini. Pengumuman tersebut dibuat presiden badan induk Asia Tenggara itu, Mejar Jeneral Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam majlis pelancaran pelan strategik fasa kedua Peta Hala Tuju (Roadmap) F:30 hari ini. Sameth melihat dengan sumbangan dana tersebut, ini akan memudahkan FAM […]