Belanja RM2 Juta, FAM Harap Piala Presiden Bantu Lonjak Prestasi Pasukan Kebangsaan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membelanjakan RM2 Juta bagi mengajurkan kejohanan bawah umur seperti Piala Belia dan Piala Presiden 2024. Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd. Firdaus Mohamed berkenaan hala tuju bola sepak bawa umur di Malaysia. Beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, Liga […]
FAM Cuba Dekati Ferdy Druijf

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini difahamkan dalam usaha untuk mendekati pemain kacukan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf. Perkara ini menjadi buah mulut netizen selepas satu hantaran yang dibuat oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain berusia 26 tahun itu menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Beliau juga ketika ini dalam usaha untuk menyediakan dokumen yang diperlukan bagi […]
Isu Surat Layang, FAM Ambil Tindakan Pantas Serta-Merta

Susulan isu surat layang yang mendakwa wujud salah laku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), badan induk bola sepak negara itu segera mengambil tindakan. Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan semua tuduhan salah laku ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Integriti FAM. Jawatankuasa ini yang akan bertanggungjawab menyiasat isu yang ditimbulkan dalam surat layang […]
Kamarul Ariffin Buka Mulut Selepas Tinggalkan FAM Secara Mengejut

Bekas penolong pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Wira Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjelaskan hal sebenar mengenai keputusan beliau meninggalkan skuad Harimau Malaya. Beliau menganggap keputusannya untuk meninggalkan kem kebangsaan tidak akan menjejaskan persiapan pasukan di kempen Kelayakan Piala Dunia yang sedang ditempuh dan percaya pasukan akan bangkit dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan. ”Saya […]
FAM Sahkan KL City Bebas Daripada Hukuman FIFA

Susulan pendedahan KL City menjadi sebahagian daripada enam pasukan yang dihukum FIFA, ramai penyokong bimbang kelab itu tidak boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2024-2025. Kini, penyokong boleh menghela nafas lega apabila mengetahui berita yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau mendedahkan sekatan perpindahan yang dikenakan FIFA terhadap The City Boys telah ditarik […]
Hamidin: Surat Layang Ini Berbentuk Serangan Peribadi

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin berpandangan isu surat layang yang kini menjadi kontroversi adalah sebagai satu bentuk serangan peribadi. Baru-baru ini tular sebuah hantaran e-mel mengandungi empat perkara utama yang menyatakan tentang isu penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek […]
Isu Ketiadaan Pau Marti, Ini Jawapan Rasmi Presiden FAM

Kehadiran penolong jurulatih Kim Pan-gon dari Sepanyol, Pau Marti Vicente dalam Kongres Tahunan FAM Ke-60 mencuri tumpuan media hari ini. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau semasa aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac lepas. Ini menimbulkan desas-desus bahawa Vicente tidak lagi menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Harimau […]
Hamidin Nafi Kim Pan-gon Berniat Tinggalkan Harimau Malaya

Situasi sebenar mengenai desas-desus keinginan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk meletak jawatan akhirnya terjawab. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan memberi jawatan sebenar berhubung isu yang dikaitkan. Katanya, beliau merasa dukacita dengan perkhabaran yang tersebar ketika memasuki 10 Ramadan terakhir. “Saya sedih sebab surat layang datang pada […]
“FAM Tidak Panik” – Rosmadi Ismail

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat tidak panik mengenai isu ‘surat layang’ yang tular baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Seri Rosmadi Ismail, beliau yakin setiap perkara yang berlaku dalam tampuk kepimpinan organisasi itu mengikut saluran yang betul. Baru-baru ini, tular sebuah hantaran e-mel ketika Kongres Tahunan buat kali Ke-60 FAM […]
“Bukan Kim Pan-gon Sahaja, Belasan Staf Dah Letak Jawatan & Ada Yang Dipecat”

Kemelut yang melanda kem Harimau Malaya kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air susulan khabar yang mengatakan bahawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon akan meletak jawatan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai perkhabaran mengejutkan berkenaan keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. Laporan menyebut bahawa Pan Gon dilaporkan mahu meninggalkan Skuad […]
Hamidin: Kelab Tidak Belajar Daripada Kesilapan Perlis & Melaka United

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa melihat kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M). Ketika ini, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah kewangan meskipun saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi. Isu ini dilihat tiada noktah dengan kelab-kelab tidak […]
FAM Tak Mahu Risikokan Arif Aiman

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu mengambil risiko dengan menyenaraikan pemain kebangsaan, Arif Aiman ke kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman berkata, senarai pemain yang dipanggil bergantung kepada ketua jurulatih, Juan Torres Garrido dan menyerahkan sepenuhnya kepada beliau bagi menghadapi kejohanan tersebut. Namun Datuk Noor Azman […]
FAM Puas Hati 100%, Yakin Padang SNBJ Boleh Pakai & Lebih Cantik

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac ini. Keyakinan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Ke-10 di […]
Tiket Aksi Malaysia & Oman Bermula Serendah RM5

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi aksi Kelayakan Piala Dunia di antara Malaysia dan Oman. Memerusi hantaran di laman instagram FAM, para penyokong boleh mendapatkan tiket perlawanan Malaysia menentang Oman dengan harga di antara RM 5 sehingga RM 80. Bagi tempat duduk terbuka, tiket dijual dengan harga RM 40 kepada para peminat […]
Padang ‘Tip Top’, Aksi Malaysia & Oman Kekal Di SNBJ

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman akan kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa aksi Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia menentang Oman akan kekal berlangsung di Bukit Jalil. Perlawanan itu akan berjalan pada […]
4 Pemain Warisan Dalam Pemantauan FAM Wakili Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin mengorak langkah untuk memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan seterusnya. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman bin Hj Rahman berkata sekurang-kurangnya tiga hingga empat pemain warisan berada dalam pemantauan FAM. “FAM mengalu-alukan kehadiran pemain warisan, setakat ini kita sudah melihat 3-4 orang pemain yang berpotensi (menyarung jersi Malaysia). “Akhirnya, Kim […]