De Bruyne Dirakam Memegang Erat Jersi Manchester United

Perancang tengah sensasi Manchester City, Kevin De Bruyne meraih perhatian selepas beliau dilihat bergambar dengan memegang jersi Manchester United. Pemain berusia 30 tahun itu mencipta fenomena di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama City termasuklah beberapa kali menjulang kejuaraan liga. Peranan yang dimainkan olehnya di atas padang telah menjadi kunci kepada kejayaan The Citizens sungguhpun masih […]
Aksi Luqman Hakim Hanya Bertahan 9 Minit

Persembahan yang ditampilkan oleh pemain bintang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin hanya bertahan selama 9 minit. Pemain berusia 20 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrijk ketika menentang KV Oostende bawah 21 tahun. Luqman dilihat sudah mula mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila lebih kerap tampil beraksi sejak kebelakangan ini. […]
Darwin Nunez Akui Tak Faham Arahan Klopp

Penyerang muda Liverpool, Darwin Nunez mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di Kelabnya terutama bersama ketua jurulatih, Jurgen Klopp. Bintang kelahiran Uruguay itu tiba di Merseyside pada rekod tanda harga yang begitu tinggi tetapi masih gagal memberikan impak yang diharapkan. Beliau juga sering dibayangi dengan kehebatan Erling Haaland yang kini menyerlah di Manchester City sedangkan beliau kekal […]
Sanusi Wira Porto

Pasukan yang berpangkalan di Portugal, FC Porto berterima kasih kepada Sanusi selepas berjaya memacu pasukan untuk memang ke atas Bayer Leverkusen semalam. Perlawanan peringkat kumpulan saingan Luga Juara-Juara Eropah (UCL) ini menyaksikan anak didik S. Conceição dalam usaha memburu 3 mata pertama saingan. Pemain berusia 25 tahun kelahiran Nigeria ini memberi impak segera kepada pasukan […]
Christophe Gamel Lihat Bakat Azam Azih Mampu Tembus Pasaran Eropah

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel memuji kualiti dan impak yang dimiliki oleh bekas anak didiknya iaitu Nor Azam Azih. Pengendali kelahiran Perancis itu menyifatkan pemain tengah senasi itu memiliki ciri-ciri pemain yang sempurna untuk mengemudi kawasan tengah pasukan. Malah, anak jati kelahiran Pahang itu juga dikatakan mampu untuk memberi pelbagai masalah dan […]
Gol Roket Ryan Lambert Raih Perhatian Media British

Gol pemain tengah sensasi KL City FC, Ryan Lambert kini mencuri tumpuan dunia apabila mula disebut-sebut oleh media British. Perancang tengah kelahiran Australia-Malaysia ini menjadi tunjang utama dibawah kendalian Bojan Hodak sejak dua musim lalu. Kecemerlangan dan gandingan baik bersama rakan sepasukan seperti Akram Mahinan dan juga Zhafri Yahya telah membawa The City Boys melangkah lebih jauh […]
Dion Cools Sertai Jablonec, Kekal Beraksi Di Eropah

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menafikan desas-desus beliau pulang beraksi di Malaysia apabila difahamkan kekal beraksi di Eropah bersama FK Jablonec. Pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini telah pun beraksi bersama kelab Denmark, FC Midtjylland selama 2 musim dalam 53 perlawanna secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu telah pun mencapai kata sepakat […]
Dion Cools Dilepaskan FC Mitdjylland

Kelab Liga Utama Denmark, FC Mitdjylland telah pun mengumumkan penamatan kontrak pemain tersebut menerusi persetujuan bersama. Pertahanan kental Harimau Malaya ini sudah pun berkelana di kelab tersebut hampir 2 musim dan menjadi tunjang pasukan. Walau bagaimanapun, beliau telah pun dilepaskan secara pinjaman pada musim lalu untuk menyertai kelab Belgium, Zulte Waregem bagi mendapatkan minit permainan […]
Apa Sudah Jadi Dengan Liverpool ?

Prestasi semasa Liverpool hakikatnya menimbulkan pelbagai tanda tanya terhadap keadaan sebenar yang terjadi dalam kelab tersebut. Hal ini susulan prestasi tidak menentu anak buah Jurgen Klopp sejak memasuki musim baharu EPL yang memperlihatkan kelemahan ketara dalam skuad kendaliannya. Terbaru, Liverpool yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dibelasah oleh wakil Itali, Napoli dengan keputusan […]
Chelsea Pecat Thomas Tuchel

Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel secara rasminya telah dipecat oleh pasukan berkuat kuasa hari ini. Pengendali kelahiran Jerman itu baru sahaja mengendalikan The Blues selama 20 bulan namun masih tidak dapat menyelamatkan dirinya ketika ini. Hal ini susulan prestasi kurang memberangsangkan sejak permulaan liga baru-baru ini sunggupun Chelsea dilihat masih berada pada landasan terbaik. Setelah […]
11 Pemain United Dah ‘Rancang’ Gol Debut Antony Bedil Arsenal

Bintang baharu Manchester United, Antony tidak menunggu lama untuk memulakan aksi garang bersama pasukannya selepas meledak gol pembukaan ketika menewaskan Arsenal 3-1 semalam. Pemain berusia 22 tahun itu dibawa masuk dari Ajax dengan rekod yuran perpindahan sebesar €100 Juta sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong. Antony membuktikan kalibernya sungguhpun kali pertama turun dalam kesebelasan […]
Tonton: Rasa Sayang Sadio Mane Terhadap Liverpool Tak Pernah Pudar

Rasa rindu kasih dan juga sayang bekas bintang sensasi Liverpool, Sadio Mane terhadap bekas majikannya tidak pernah pudar. Bintang sensasi Senegal itu kini sudah pun beraksi bersama juara Bundesliga, Bayern Munich selepas melengkapkan perpindahan bernilai sekitar 30 Juta Euro musim panas lalu. Mane segera menyesuaikan diri dengan kelab baharunya itu sungguhpun kini lebih banyak beraksi […]
Richard Chin Bantu Charlton Athletic Bedal Gillingham

Pemain kelahiran Malaysia-England, Richard Chin memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukannya, Charlton Athletic menewaskan Gillingham FC dengan keputusan 3-0. Bintang muda berusia 19 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan beraksi dengan cukup baik dalam tempoh 81 minit di atas padang. Richard yang diturunkan selaku pertahanan kiri pada perlawanan ini beraksi dengan cukup […]
Tonton: Rembatan ‘RM891 Juta’ Kylian Mbappe Tak Jumpa Pintu Gol

Penyerang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mencuri tumpuan apabila beliau gagal menjaringkan gol tatkala pintu gol sudah pun terbuka luas. Beliau yang turun mengetuai jentera serangan apabila menentang bekas pasukannya iaitu FC Monaco bersama-sama Lionel Messi dan juga Neymar. Beberapa percubaan juga sudah pun dilancarkan ke arah gawang pasukan pelawat yang jelas berada […]
Tonton: Kerja ‘Gila’ Yann Sommer Selamatkan 19 Percubaan Tepat Bayern Munich

Ketangkasan luar akal penjaga gol berpengalaman Borussia Monchengladbach, Yann Sommer menafikan setiap peluang yang diperoleh gergasi Bayern Munich dianggap sebagai satu fenomena. Pemain kebangsaan Switzerland itu turun selaku kapten pasukan menjadi tonik terbaik buat rakan sepasukan apabila ketangkasan beliau memastikan Gladbach berjaya mencuri satu mata. Beraksi di gelanggang lawan, beliau telah menafikan segala peluang terhidang […]
Lazio & Feyenoord Bakal Jadi Lawan Dion Cools Di Liga Europa

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools bakal berpeluang untuk membuktikan kehebatannya apabila bakal beraksi dalam saingan Europa League pada musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu kini sudah menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Belgium, SV Zulte Waregem dan kini sudah kembali bersama FC Midtjylland. Malah, beliau juga sudah pun menjalani latihan bersama pasukan bagi mempersiapkan […]