“Saya Bagitahu Haaland Tolong Berhenti Jaringkan Gol” – Pep

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengaku bahawa beliau amat cemburu dengan penyerang sensasi pasukan, Erling Haaland. Pengendali kelahiran Sepanyol itu memberi respon kepada kata-kata yang dihamburkan oleh bekas anak didik beliau, Zlatan Ibrahimovic yang pernah bersamamya ketika di Barcelona. Ibrahimovic menggambarkan Guardiola merupakan seorang jurulatih yang sangat ego dan bakal menyekat perkembangan Haaland untuk […]
Messi Mungkin Terlepas Peluang Ke Piala Dunia

Status lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi menjadi tanda tanya menjelang Piala Dunia apabila beliau dilaporkan mengalami kecederaan. Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan bakal terlepas kunjungan bersama Paris Saint-Germain ke Lorient hujung minggu ini untuk aksi Ligue 1 akibat kecederaan. Kapten pasukan kebangsaan Argentina itu dilaporkan mengalami kecederaan tendon Achilles yang memaksa khidmatnya dilupakan buat sementara […]
Tular Gelagat ‘Budak Milo’ Dalam Teduhan Baju Shahrul Nizam

Gelagat pemain pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam ketika permulaan perlawanan bersama seorang ‘budak milo’ memcuri tumpuan hingga ke Eropah. Terengganu meneruskan kempen Piala Malaysia berdepan Sri Pahang di laman sendiri yang menyaksikan pasukan menang dengan keputusan 4-2. Walau bagaimanapun, gelagat pertahanan muda ini kembali mencuri tumpuan apabila kelihatan seorang anak kecil yang menjadi pengiring pemain […]
Gol Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Ikat Zulte Waregem

Penyerang muda pasukan KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin terus cemerlang di bumi Belgium apabila sekali lagi memacu pasukan dengan begitu cemerlang. Pemain berusia 20 tahun ini terus mendapat kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kurt Berton untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Luqman turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk memberi saingan terbaik kepada Zulte Weregem bawah 21 tahun […]
JDT & Borussia Dortmund Bakal Berentap Di Stadium Sultan Ibrahim

Impian melihat aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan kelab besar dunia termakbul apabila mereka difahamkan akan turun berdepan Borussia Dortmund. Perkara ini sudah pun tular di media sosial sebelum ini sambil harapan para peminat amat tinggi untuk melihat perlawanan seperti ini berlangsung. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, pasukan Harimau Selatan akan turun berdepan […]
Suarez Buat Liverpool Merana

Penyerang berpengalaman Nacional, Luis Suarez memainkan watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Liverpool URU dengan keputusan 4-1. Pertemuan ini merupakan aksi bagi Kejuaraan Uruguay 2022 dalam usaha meraih piala penting ini buat pasukan. Pemain berusia 35 tahun ini turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan pendahulu Liga Uruguay ini. Beliau membuktikan ketajaman penyudah […]
Elkan Baggott Diburu 30 Kelab Inggeris

Pertahanan tengah Indonesia, Elkan Baggott sebenarnya diburu 30 kelab di Inggeris yang mahu mendapatkan khidmatnya. Pemain tinggi lampai itu kini dipinjamkan oleh majikannya, Ipswich Town bagi memperoleh lebih banyak minit permainan untuk meningkatkan kebolehannya. Namun begitu, menurut ketua jurulatih beliau di Gillingham FC, Neil Harris, beliau sudah lama melihat aksi Baggott ketika bersama pasukan bawah […]
Salah Dikatakan Bersalah

Bekas pertahanan Liverpool, Glen Johnson menyatakan kegagalan pasukan tersebut mengekalkan konsistensi adalah berpunca daripada jentera serangan yang diketuai oleh Mohamad Salah. Pemain berusia 30 tahun itu baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab Merseyside tersebut. Namun begitu, aksi yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Mesir itu tidak seperti yang diharapkan selepas Liverpool jelas tidak mempamerkan […]
Ten Hag Hukum Ronaldo

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa ini bukanlah kali pertama lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ‘mencari masalah’ dengan kelab. Bekas pengendali Ajax itu terkenal dengan ketegasan beliau mengawal pasukan terutamanya di bilik persalinan dan menuntut setiap pemainnya untuk kekal berdisiplin. Walau bagaimanapun, keadaan di United menjadi semakin tegang apabila bintang berusia 38 tahun […]
Antonio Conte: Kami Kalah Dengan Ronaldo, Bukan United

Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte dengan lantangnya bersuara dengan menyatakan bahawa pasukannya tidak kalah kepada Manchester United namun tidak mampu menandingi kehandalan Cristiano Ronaldo. Pengendali kelahiran Itali itu mengakui kekecewaan masih berbekas di hatinya apabila ledakan hatrik kapten kebangsaan Portugal itu menyebabkan pasukannya tewas 3-2 kepada United musim lalu. Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa anak […]
Haaland Kecewa Besar Dengan Liverpool

Kekecewaan penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland berterusan susulan pasukannya dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Anfield baru-baru ini. Pemain kebangsaan Norway ini turun dalam kesebelasan utama City dan bergandingan bersama Phil Foden dan juga Bernardo Silva. Walau bagaimanapun, kehampaaan bekas pemain RB Salzburg berterusan apabila bertemu anak didik Jurgen Klopp terutamanya beraksi di laman […]
Elkan Baggott Harumkan Nama Indonesia Di Eropah

Pertahanan tinggi lampai Indonesia, Elkan Baggott telah mengharumkan nama negaranya selepas menjadi watak penting ketika membantu pasukannya, Gillingham FC mencatat kemenangan. Bintang berusia 19 tahun membuat kemunculan kali pertama setelah kembali bersama tugasan pasukan kebangsaan memberi impak yang cukup luar biasa. Baggott diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Neil Harris membuahkan hasil apabila pemain ini berjaya […]
Penyanyi Terkenal Dunia Bakal Serikan Malam Bunga Api JDT

Malam gemilang sambutan kejuaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diserikan dengan persembahan oleh penyanyi terkemuka dunia, 15 Oktober nanti. Tahun 2022 menjadi tahun yang cukup gemilang buat JDT dan juga Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang bertungkus-lumus memastikan kelab menempa pelbagai kejayaan. Baginda dalam satu temubual bersama Nindia Bola juga ada […]
Jurgen Klopp Terkejut Dengan Ketajaman Nunez Waktu Latihan

Ketua jurulatih Liverpool FC, Jurgen Klopp teruja dengan kemampuan penyerang muda pasukan, Darwin Nunez ketika sesi latihan. Pemain berusia 23 tahun ini telah mencuri tumpuan pengendali kelahiran Jerman itu dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Kepulangan Diogo Jota daripada kecederaan selain adanya khidmat Roberto Firmino menambah saingan bagi mengisi posisi nombor 9 The […]
Perancang Liverpool Belum Tunjuk Taring Dah Terbaring

Perancang tengah Liverpool FC, Arthur Melo ditimpa musibah apabila difahamkan terpaksa disisihkan dalam jangka masa yang agak lama. Krisis yang melanda jentera tengah Liverpool memaksa Jurgen Klopp membuat panggilan kecemasan untuk meminjam Arthur dari Juventus. Pemain kebangsaan Brazil ini menjadi watak penting ketika bersama Barcelona dan akhirnya telah bersetuju untuk terbang ke Liverpool secara pinjaman. […]
Guardiola Sedih Dengan Haaland

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola berdukacita dengan penyerang sensasi pasukannya, Erling Haaland setelah mencatat kemenangan 4-0 ke atas Southampton semalam. Pengendali kelahiran Sepanyol itu terus memberi kepercayaan kepada bintang muda Norway itu untuk bergandingan bersama Phil Foden dan juga Riyad Mahrez pada bahagian serangan. Pemain berusia 22 tahun itu sudah pun menjaringkan gol dalam […]