Rekod Buruk Man United ‘Berjangkit’ Selama Dua Tahun

Selepas tewas kepada Newcastle United awal pagi ini, Man United masih belum mampu memadamkan rekod buruk mereka di tempat lawan. Rekod buruk yang dimaksudkan ialah meraih kemenangan ke atas pasukan yang menduduki kedudukan lapan teratas liga di gelanggang lawan. Kali terakhir kemenangan ini dapat dicapai ialah ke atas West Ham United pada 19 September 2021. […]
Man United Mahu Singkirkan 10 Pemain

Sekiranya pengambilalihan saham minoriti Man United oleh Sir Jim Ratcliffe berjalan lancar, 10 pemain dijangka meninggalkan Old Trafford. Akhbar Manchester Evening News melaporkan langkah ini terpaksa diambil bagi membolehkan mereka mematuhi peraturan kewangan Fair Play EPL. Sebelum ini, 14 pemain telah meninggalkan The Red Devils sama ada secara percuma atau perpindahan tetap. Antara pemain yang […]
Erik ten Hag Digantung

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak dapat berada di tepi padang menjelang aksi EPL membabitkan United dan Everton pada awal pagi 27 November ini. Ini selepas beliau perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga pada Sabtu lalu. Ten Hag dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas mempertikai keputusan balingan ke dalam yang […]
Bakal Pemilik Baru Man United Mahu ‘Buang’ Erik Ten Hag

Kedudukan pengurus Man United, Erik ten Hag kini dalam bahaya sekiranya Sir Jim Ratcliffe melengkapkan pengambilan 25% saham kelab itu. Prestasi tidak menentu United sejak awal musim menyaksikan mereka kini menduduki tangga kelapan EPL. Selain prestasi kurang memberangsangkan, ketumpulan jentera serangan United dan khabar angin tentang ketidakharmonian dalam pasukan turut menghambat ten Hag. Justeru, Football […]
Erik Ten Hag Beri Pesanan Khas Kepada Penyokong Manchester United

Kekalahan 0-3 Manchester United di tangan musuh setempat Manchester City dalam perlawanan awal pagi tadi nyata sukar diterima para penyokong The Red Devils. Walaupun berjaya mengekang beberapa percubaan merbahaya dari pemain City namun ianya masih belum cukup untuk menghalang kemenangan besar City di Old Trafford. Jurulatih United, Erik Ten Hag akur dengan keputusan tersebut namun […]
Legenda Man United Kritik Erik Ten Hag

Legenda Man United, Zlatan Ibrahimovic menyifatkan Erik ten Hag tidak sesuai sebagai pengendali kelab gergasi EPL itu. Ini kerana legenda Sweden itu berpandangan melatih pemain muda sama sekali berbeza dengan melatih pemain-pemain yang berstatus elit. Disebabkan ketiadaan pengalaman mengendalikan pemain-pemain sebegitu, Ibrahimovic percaya ia sedikit sebanyak menyumbang kepada krisis yang dihadapi beliau dan United ketika […]
Manchester United Berisiko Hilang 8 Pemain

Walaupun liga baru bermula, Manchester United kini perlu memikirkan pelan jangka masa panjang setelah berisiko hilang 8 pemain secara percuma menjelang tahun 2024. Manchester United kini mempunyai 8 pemain yang bakal tamat kontrak pada akhir musim ini. Anthony Martial, Victor Lindelof dan Aaron Wan-Bissaka kini telah memasuki tahun akhir kontrak mereka bersama United dan ketika […]
Ten Hag Mahu Dapatkan Pesaing De Gea

Manchester United mengakhiri musim 2022-2023 dengan pencapaian tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Carabao Cup. Tetapi bagi pengurus Erik ten Hag, beliau tahu untuk United lebih berjaya musim hadapan, pasukan memerlukan seorang penjaga gol baru untuk bersaing dengan David de Gea. Hal ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ten Hag melihat dengan […]
Erik ten Hag Salahkan Jadual Padat Punca Rashford Cedera

Manchester United ceria mencipta kemenangan berharga 2-0 ke atas Everton dalam perlawanan awal EPL semalam. Tetapi kemenangan tersebut dibayar dengan harga mahal apabila ayam tambatan mereka, Marcus Rashford mengalami kecederaan – satu perkara yang meresahkan pengurus Erik ten Hag. Rashford yang digantikan Wout Weghorst pada 10 minit terakhir perlawanan kelihatan tidak selesa semasa berjalan ke […]
Erik Ten Hag Mahu Humban Pemain Man Utd Ke Liga Simpanan

Susulan kekalahan memalukan 7-0 di tangan Liverpool, pengurus Man Utd, Erik ten Hag memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar menjadikan kekalahan ini sebagai pencetus kebangkitan. Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau tidak teragak-agak menyingkirkan mereka ke pasukan bawah 21 tahun (B-21). Amaran ini diberi kepada semua pemain United apabila mereka kembali menjalani latihan di pusat latihan […]
“Ini Bukan Manchester United Minggu Lepas” – Erik Ten Hag

Sukar dipercayai tetapi kekalahan 7-0 di tangan Liverpool di Anfield itulah yang disaksikan penyokong Manchester United awal pagi tadi. Dan bagi pengurus United, Erik ten Hag, kekalahan ini amat memalukan buat semua yang mempunyai kaitan dengan Red Devils. Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah masing-masing mencetak dua gol untuk pasukan tuan rumah. Manakala Roberto […]
Erik ten Hag: Pemain Man Utd ‘Tak Gembira’

Di sebalik kejayaan menjulang Piala Carabao pada minggu lepas, itu bukan bermakna Manchester United berpuas hati dengan satu piala. Hal ini turut diakui pengurus pasukan Erik ten Hag yang mendedahkan anak-anak buahnya ‘tidak gembira’ dengan Piala Carabao sahaja. United menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan menewaskan Newcastle United pada final Piala Carabao. Gol daripada […]
Arteta, Klopp, Conte & Pep Jadi Mangsa Amukan Ten Hag

Dengan kemenangan dramatik 2-1 Man Utd ke atas Man City semalam, Erik ten Hag mencipta sejarah tersendiri. Beliau menjadi pengurus United pertama yang memenangi sembilan perlawanan sejak Jose Mourinho pada Januari 2017. Lebih manis, ia dicapai dalam 20 kemenangan daripada 27 perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai Red Devils. Ini termasuk kemenangan ke atas empat […]
“Pemain Bukan Robot” – Erik ten Hag

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag gembira dengan perkembangan Jadon Sancho yang mula menunjukkan peningkatan tahap kecergasan. Jadon Sancho sebelum ini kurang cergas dan terlepas beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris sekaligus menyebabkan nama bintang Inggeris ini tercicir ke skuad akhir Engaland di Piala Dunia Qatar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan Itali, Fabrizio Romano, Ten […]
Ten Hag Hukum Ronaldo

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa ini bukanlah kali pertama lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ‘mencari masalah’ dengan kelab. Bekas pengendali Ajax itu terkenal dengan ketegasan beliau mengawal pasukan terutamanya di bilik persalinan dan menuntut setiap pemainnya untuk kekal berdisiplin. Walau bagaimanapun, keadaan di United menjadi semakin tegang apabila bintang berusia 38 tahun […]
Erik ten Hag Bengang Dengan Cristiano Ronaldo

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag dilihat bengang dengan sebahagian pemain termasuk Cristiano Ronaldo kerana meninggalkan padang lebih awal atas alasan bagi mengelak kesesakan. Beliau sudah menyatakan lebih awal lagi bahawa beliau tidak memberikan kelulusan untuk balik awal ketika perlawanan Pra-Musim terakhir Manchester United menentang kelab Sepanyol, Rayo Vallecano Ahad lalu. Selain itu, pihak BBC […]