Rasmus Hojlund Pilihan Kedua Selepas Harry Kane, Kata Ten Hag

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag mengakui mahukan khidmat Harry Kane selaku penyerang utama pasukan sebelum harus memilih Rasmus Hojlund. Erik Ten Hag telah berkongsikan kisah tersebut dalam sebuah wawancara bersama bekas pemain Manchester United, Gary Neville di laman Youtube rasmi Sky Sports Premier League. “Sentiasa ada tekanan dalam setiap perlawanan untuk kita, jadi […]

Erik Ten Hag: Man United Pasukan Paling Menghiburkan

Pengurus Man United, Erik ten Hag mendakwa pasukannya sebagai pasukan yang paling menghiburkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Dakwaan ini dibuat selepas The Red Devils diikat 1-1 dengan pasukan kedua tercorot liga, Burnley di Old Trafford dalam aksi terbaru EPL semalam. United menyangka sudah meraih gol kemenangan menerusi pemain sayap Brazil, Antony pada […]

“Man United Sangat Perlukan Harry Maguire” – Erik Ten Hag

Pengurus Man United, Erik ten Hag mengakui pasukan itu masih memerlukan khidmat bek tengah England, Harry Maguire. Akhbar Metro melaporkan ten Hag berkata demikian selepas mengetahui West Ham bercadang mendapatkan khidmat bek tengah berusia 31 tahun itu. Ini kerana kontrak Maguire bersama The Red Devils kini berbaki setahun dan dijangka tamat pada akhir musim 2024/25. […]

Erik Ten Hag: Man United Bermain Sangat Menakjubkan

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag kekal positif dengan gaya permainan anak buahnya disebalik kekalahan saat akhir 4-3 kepada Chelsea. Manchester United sekali lagi terlepas peluang mengutip tiga mata berharga dalam kempen liga ekoran kelalaian saat akhir yang menyaksikan pasukan tersebut dibolosi dua gol dalam masa seminit. Erik Ten Hag bagaimanapun memuji prestasi Manchester […]

Erik Ten Hag Hanya Mampu ‘Tersenyum’ Lihat Jadon Sancho Di UCL

Jurulatih Manchester United Erik Ten Hag hanya mampu tersenyum dengan prestasi cemerlang Jadon Sancho membantu Borussia Dortmund layak ke peringkat suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pagi tadi. Jadon Sancho muncul menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menentang PSV bagi pusingan kedua peringkat kalah mati.  Pemain sayap berusia 23 tahun itu mencatatkan gol peribadinya […]

EPL: Penalti Bantu Manchester United Belasah Everton

Manchester United mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan Everton digelanggang keramat Stadium Old Trafford. Erik Ten Hag menurunkan gandingan Raphael Varane dan Jonny Evans dibahagian pertahanan tengah pasukan manakala Marcus Rashford mengetuai jentera serangan United. Everton pula menagih khidmat penjaga gol England, Jordan Pickford dalam perlawanan ini selain turut menampilkan bekas pemain akademi United, James Garner […]

Manchester United Sudah Jumpa Pengganti Erik Ten Hag

Manchester United kini sudah menemui pengganti Erik Ten Hag setelah mengenal pasti beberapa calon yang berpotensi. Nasib Erik Ten Hag bersama Manchester United ketika ini semakin samar walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2025. United berada ditangga ke-6 liga dengan 44 mata setelah merekodkan 14 kemenangan, 2 seri dan 11 kekalahan selain telah tersingkir […]

Pemain Man United Minta Cuti Rehat

Kem Man United kini semakin panas dengan beberapa isu yang melanda pasukan. Ini selepas terdapat dakwaan bahawa beberapa pemain The Red Devils yang tidak didedahkan namanya inginkan cuti meskipun mempersembahkan aksi yang longlai ketika tumbang pada perlawanan terdahulu. Menerusi satu laporan oleh The United Stand, sesetengah pemain memohon diberi pelepasan sehari selepas tewas mengejut 1-2 […]

Erik Ten Hag Mahukan Penyerang Tua Buat Man United

Ketumpulan serangan Man United dari awal musim 2023-2024 meresahkan pengurus mereka, Erik ten Hag. Situasi ini terserlah semasa United menentang kelab Liga Satu (divisyen ketiga England), Wigan Athletic dalam aksi pusingan ketiga The FA Cup awal pagi semalam. Daripada 33 percubaan gol ke arah gawang Wigan, 14 berjaya ditepis atau diselamatkan penjaga gol Sam Tickle. […]

Bekas Penyerang Stoke City Jadi Buruan Man United

Manchester United kini mencari penyerang sokongan setelah pasukan itu bergelut untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Bekas penyerang Stoke City yang kini bermain buat Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada jendela perpindahan Januari ini. United ketika ini hanya memiliki Rasmus Hojlund dan Anthony Martial selaku penyerang […]

Erik Ten Hag Mahu Selamatkan Pemain Buangan Chelsea

Selepas melihat barisan serangan Manchester United bergelut mendapatkan gol, jurulatih Belanda, Erik ten Hag bakal memburu penyerang dalam tetingkap perpindahan Januari. Keputusan ini dibuat selepas United hanya menjaringkan 22 gol dalam 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini. Malah, penjaring terbanyak mereka ialah pemain tengah Scotland, Scott McTominay dengan lima gol. Meskipun Sir Jim […]

Erik Ten Hag Dedah Punca Kekal Percayakan McTominay

Sejak kebelakangan ini, banyak keputusan yang dibuat pengurus Manchester United, Erik ten Hag dipersoal oleh penyokong. Salah satu daripadanya ialah pemilihan Scott McTominay baik dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian. Terbaru, pemain tengah antarabangsa Scotland itu masuk menggantikan bintang muda United, Kobbie Mainoo dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest. Perlawanan tersebut […]

Erik Ten Hag Minta Pertolongan

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag memerlukan pertolongan agar pasukan bimbingannya dapat kembali menemui rentak kecemerlangan. Menurut ciapan wartawan terkenal, Fabrizio Romano, pengurus berusia 53 tahun itu berkata, para peminat setia Manchester United begitu kecewa dengan aksi yang dipamerkan pasukan bimbingannya dan mereka perlu segera bangkit. “Peminat Man United sangat kecewa dengan kami dan kami perlu […]

Man United Buat Kanak-Kanak Ini Menangis Tak Henti

Prestasi hambar Manchester United bukan sekadar mengecewakan penyokong setia mereka malah turut membuat seorang kanak-kanak menangis. United merekodkan kekalahan ke-8 liga setelah kalah 2-0 ke atas West Ham dan kini United jatuh ke tangga ke-8 liga. Peminat setia cilik itu ditangkap kamera sedang menangis kesedihan ketika perlawanan memasuki minit ke-80 dimana anak buah kendalian Erik […]

Erik Ten Hag Ucap Selamat Tinggal Kepada Man United?

Masa depan jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag bersama gergasi bola sepak England itu kian samar selepas kekalahan demi kekalahan direkodkan. Selepas tewas 0-1 kepada Bayern Munich tempoh hari dan tersingkir dari pentas eropah, nama Ten Hag mula disebut-sebut akan meninggalkan posisinya sebagai jurulatih United. Terkini, naman Ten Hag dikaitkan untuk menjadi jurulatih kelab Jerman, […]

Erik Ten Hag: Man United Tak Patut Kalah

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag menegaskan bahawa pasukannya tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan Liga Juara-Juara. Manchester United terpaksa akur apabila tewas ke atas Bayern Munich dengan keputusan 0-1 sekaligus gagal layak ke pusingan seterusnya. Walaubagaimanapun, Ten Hag mengakui anak buahnya juga melakukan beberapa kesilapan namun beliau tetap memuji aksi pasukannya.  […]