Bruno Fernandes Minta Man United Naikkan Gaji Cecah RM8.8 Juta Sebulan

Kapten Man United, Bruno Fernandes mahu pasukan itu menaikkan gajinya agar setara dengan beberapa penerima gaji tertinggi di Old Trafford. Akhbar Daily Mirror melaporkan beliau berbuat demikian bukan saja kerana mengambil kira kontraknya bakal berakhir pada tahun 2026. Malah, sentimen ini turut didorong oleh keinginan gaji yang diterima hendaklah bersesuaian dengan status dirinya selaku kapten […]
Ten Hag Pandang Rendah Kemampuan Jurulatih Baharu Liverpool, Arne Slot

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag memandang rendah keupayaan rakan senegara dan bos baru Liverpool, Arne Slot. Daily Mirror melaporkan tatkala Slot mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Jurgen Klopp pada akhir musim, nasib Ten Hag pula ibarat telur di hujung tanduk. Meskipun berjaya meraih kejuaraan The FA Cup pada minggu lepas, itu bukan bererti kedudukan […]
Penyerang Warisan Berdarah Kelantan Jadi Bualan di EPL

Penyerang warisan berdarah Kelantan, Luke Plange kini mula menjadi bualan di Liga Perdana Inggeris (EPL). Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemain Crystal Palace di EPL mula dikaitkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Menerusi perkongsian oleh laman Frfuturetalents, bekas pemain akademi Arsenal FC itu beraksi pada posisi serangan dan sudah pun dipinjamkan beberapa kali sepanjang […]
Liverpool Buka Permohonan Jawatan Staf Kejurulatihan Di LinkedIn

Selepas mengesahkan perlantikan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp, Liverpool kini mengiklankan jawatan staf kejurulatihan kosong di LinkedIn. Daily Mirror melaporkan jawatan kosong yang diiklankan pasukan yang diberi jolokan The Reds itu ialah jurulatih khas untuk situasi bola mati. Kehadiran jurulatih khas ini bukan sesuatu yang asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini. Ini […]
Analisa Kewangan Manchester United Bagi Separuh Pertama Tahun 2023/24 Rugi Besar

Manchester United telah mengumumkan penyata kewangan untuk separuh pertama 2023/24, menggabungkan enam bulan pertama musim bermula Julai hingga Disember 2023, dengan kata lain sebelum pembelian saham minoriti oleh Sir Jim Ratcliffe. Walaupun sangat sedikit kelab yang menerbitkan akaun interim, angka ini masih akan menarik minat ramai tidak kurang juga pelabur baharu dari INEOS. Gambaran keseluruhan […]
Jurgen Klopp Tubuh Akaun Instagram, Raih Jutaan Pengikut Dalam Tempoh Singkat

Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mahu meneruskan hubungan cintanya bersama The Reds apabila menubuhkan satu akaun Instagram baharu. Pengurus berasal dari Jerman itu membuktikan dirinya sebagai legenda Liverpool dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama pasukan itu selama 30 tahun pada 2020. Kisah indah Klopp bersama Liverpool akan terhenti selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan […]
Peluang Arsenal Jadi Juara EPL Musnah Dua Tahun Berturut-Turut

Arsenal terpaksa berpuas hati dengan status naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun menewaskan Everton di Stadium Emirates dalam aksi terakhir liga hari ini. Dengan Manchester City memiliki kelebihan dua mata, The Gunners bukan saja perlu menang ke atas The Toffees. Malah, mereka mengharapkan ihsan West Ham United untuk mengejutkan City. Arsenal terpaksa menyisihkan khidmat […]
Man City Muncul Juara EPL 4 Kali Berturut-Turut, Hampakan Arsenal Saat Akhir

Kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2023/2024 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Man City dinobatkan sebagai juara sekaligus mengecewakan pesaing terdekat, Arsenal di hari terakhir perlawanan. Man City ditabalkan sebagai juara liga selepas dua gol awal dari bintang muda pasukan pastikan wakil London, West Ham United tersungkur pada Ahad di Stadium Etihad. Pada aksi […]
Cristiano Ronaldo Yakin Arsenal Tak Akan Jadi Juara EPL

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo yakin kelab utara London, Arsenal bakal kempunan bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24. Ketika ini, Manchester City memiliki kelebihan dua mata ke atas The Gunners menjelang aksi terakhir liga yang berlangsung pada malam ini. City kini hanya perlu menang ke atas West Ham United untuk bergelar juara. Sementara Arsenal […]
Gaji Lumayan 5 Pemain Man United Terbongkar

Penghujung musim 2024/25 bakal menyaksikan lima bintang Man United meninggalkan Old Trafford. TBR Football melaporkan lima bintang berkenaan ialah Anthony Martial, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Jonny Evans dan Tom Heaton. Sekiranya perkara ini berlaku, kelab bakal mendapat penjimatan dari segi kos gaji sebanyak £50 juta (RM297 juta). Ini amat membantu memandangkan kelab itu memiliki bil […]
Cristiano Ronaldo Desak Al-Nassr Dapatkan Bruno Fernandes

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mahukan kelabnya, Al-Nassr segera menandatangani rakan sepasukannya di Portugal, Bruno Fernandes. Pemain berusia 39 tahun itu difahamkan berminat untuk kembali bermain bersama Bruno Fernandes di peringkat kelab selepas kali terakhir beraksi ketika di Man United pada penghujung 2022. Menurut laporan media Eropah, Daily Mirror, Ronaldo meminta agar kelabnya itu […]
VAR Bakal Dimansuhkan Di EPL Musim Depan?

Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memutuskan sama ada sistem bantuan video pengadil (VAR) akan dimansuhkan atau tidak pada musim hadapan. Express & Star melaporkan pasukan yang berpangkalan di Black Country, Wolverhampton Wanderers telah menghantar usul mencadangkan pemansuhan VAR kepada EPL. Usul ini akan dibincangkan dan dibawa ke peringkat undian dalam mesyuarat agung 20 kelab EPL […]
EPL: Chelsea Selangkah Ke Eropah, Tewaskan Brighton

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris harini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang Brighton berakhir dengan keputusan 2-1. Chelsea turun dengan misi penting bagi memastikan layak ke peringkat Eropah musim hadapan. Sementara Brighton masih mengejar kelompok ke-10 terbaik liga. Seawal 15 minit permainan, The Blues dihadiahkan sepakan penalti, namun VAR menafikannya. Pada minit ke-33 permainan, Cole Palmer […]
EPL: Bisa Erling Haaland Pimpin Man City Tundukkan Tottenham Hotspur

Dua gol Erling Haaland membantu Man City kembali memiliki kelebihan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur. Selepas Arsenal menewaskan Manchester United 1-0, City diketuai Kevin De Bruyne perlu menang agar berpotensi menjulang trofi EPL buat kali keempat berturut-turut pada Ahad ini. Sementara Spurs diketuai Son Heung-min […]
EPL: Gol Dramatik Pacu Aston Villa ‘Rantai’ Liverpool

Dua gol Jhon Duran memastikan Aston Villa menyekat hajat tiga mata Liverpool dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park hari ini. Villa kembali diperkuatkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez dalam usaha memastikan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dalam genggaman mereka. Sementara Liverpool pula menurunkan barisan terkuat diketuai Mohamed Salah bagi […]
EPL: Arsenal Beri Mimpi Ngeri Buat Manchester United

Penghujung musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang hambar buat Manchester United apabila kecundang kepada Arsenal di Old Trafford pada awal pagi Isnin. Kedua-dua pasukan kini terdesak untuk memungut tiga mata setelah Arsenal memulakan perlawanan di tangga kedua liga, dua mata ketinggalan kepada Manchester City yang cemerlang membelasah Fulham semalam. Manchester United pula sedang dirudum malang […]