Majoriti Kelab EPL Ditaja Oleh Industri Perjudian

Majoriti kelab yang bertanding dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ditaja oleh syarikat perjudian antarabangsa. Perkara itu dikongsikan oleh laman jersi terkemuka di England, Classic Football Shirts di laman X. Menerusi foto yang dikongsikan, sebanyak 55 peratus penajaan jersi daripada syarikat perjudian dikesan di saingan EPL musim 2024/2025. Peratusan itu dipercayai kerana penajaan […]

EPL: Erling Haaland Mula Meledak, Bantu Man City Aibkan Chelsea

Aksi tumpuan minggu pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Erling Haaland muncul wira Man City untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge. City yang bergelar juara musim lalu dijadualkan bertemu jaguh dari London, Chelsea yang melakukan rombakan termasuk melantik pengendali dari Itali, Enzo Maresca. Pemenang kasut emas, Erling Haaland mengetuai jentera serangan Man City sementara Cole […]

Legenda Man United, Phil Jones Bersara

Legenda Man United, Phil Jones sah telah bersara dari dunia bola sepak. Perkara ini dinyatakan sendiri bekas bek tengah berusia 32 tahun itu dalam satu temu bual bersama BBC Radio 5 Live baru-baru ini. Sepanjang 12 tahun bersama United, Jones telah merekodkan 229 penampilan, enam gol dan lapan bantuan gol mengikut data Transfermarkt. Selain beraksi […]

EPL: Liverpool Tamatkan Cabaran Sengit Ipswich Town

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25 dengan kemenangan apabila menewaskan Ipswich Town di Portman Road. Perlawanan ini merupakan aksi pertama Liverpool di bawah pengendali baru, Arne Slot. Ini juga kali pertama buat Ipswich beraksi dalam EPL selepas kali terakhir melakukannya 22 tahun yang lalu. Penyerang berbisa Mesir, Mohamed Salah […]

Lisandro Martinez Dabik Dada ‘Saya Hantar Dia Pulang Ke Gim’

Bek tengah Manchester United, Lisandro Martinez secara berseloroh mengakui berjaya mengatasi lawannya dari Fulham, Adama Traore. Bek tengah Argentina itu merujuk kepada persaingan mereka di atas padang dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara United dan The Cottagers. Traore yang beraksi di bahagian sayap sememangnya dikenali peminat EPL bukan saja kerana memiliki larian yang […]

Ed Sheeran Beli Saham Ipswich Town

Penyanyi British terkenal, Ed Sheeran kini menyertai kelompok selebriti yang bergelar pemilik atau pemegang saham minoriti kelab bola sepak. Ini selepas pendatang baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Ipswich Town mengumumkan penyanyi berusia 33 tahun itu kini pemegang saham minoriti kelab berkenaan. Sheeran sememangnya dikenali sebagai peminat tegar The Tractor Boys sejak dari kecil lagi. Malah, […]

Man City Didenda RM11 Juta

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24, Man City dikenakan denda sebanyak £2 juta (RM11 juta). Sky Sports melaporkan tindakan tersebut dibuat EPL selepas mendapati The Citizens lewat memulakan perlawanan atau separuh masa kedua sebanyak 22 kali sepanjang dua musim lalu. Lapan kesalahan itu dilakukan pada musim 2022/23. Sementara 14 kesalahan lagi dikesan pada musim […]

EPL Sertai Kes Saman Terhadap FIFA

Liga-liga utama Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris dan persekutuan pemain bola sepak antarabangsa FIFPro melancarkan kes saman terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Saman ini dilancarkan kerana mereka mendakwa FIFA menyalahgunakan kuasa mereka dalam membentuk kalendar antarabangsa. Ini kerana pertambahan perlawanan terutama format baru Kejohanan Kelab Dunia FIFA membabitkan 32 pasukan dilihat menambah beban bukan […]

Onana Sertai Aston Villa

Bekas pemain Everton, Amadou Onana sah menyertai Aston Villa bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan. Menurut Fabrizio Romano, Onana yang beraksi di posisi tengah melengkapkan perpindahannya dari Everton dengan tanda harga bernilai 50 juta Euro beserta klausa tambahan. Perpindahan pemain kebangsaan Belgium ini disahkan oleh Aston Villa sendiri menerusi satu kenyataan rasmi dari […]

Jadon Sancho Minta Maaf Kepada Erik Ten Hag

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho kembali berlatih bersama pasukan itu selepas memohon maaf dengan pengurus, Erik ten Hag. Sebelum ini, hubungan Sancho-ten Hag tegang selepas pengurus Belanda itu dilabel penipu oleh pemain sayap England itu. Tuduhan itu timbul susulan tindakan ten Hag menggugurkannya daripada perlawanan liga menentang Arsenal pada September 2023. Selepas Sancho enggan […]

Klip Lama ‘Ketajaman’ Peledak Baharu Man United Kembali Tular

Aksi penyudah yang meghiburkan dan menghampakan oleh penyerang baharu Man United kembali menjadi bualan warga maya. Joshua Zirkzee yang dipinjamkan dari Bayern Munich ke Bologna dijangka bakal melengkapkan perpindahannya ke Man United tidak lama lagi menerusi laporan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. “Hari Joshua Zirkzee dimulakan dengan ujian perubatan sebagai pemain baharu Manchester United,” tulis Fabrizio […]

Juara Dunia Hampir Sertai Man United

Juara dunia, Emiliano Martinez nyaris-nyaris menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United. Sejak menyertai Aston Villa dengan yuran perpindahan £20 juta (RM120 juta) pada awal musim 2020/21 dari Arsenal, reputasi penjaga gol berusia 31 tahun itu semakin menyerlah. Martinez meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2022 dan membantu Argentina bergelar juara dunia […]

Chelsea Kembali ‘Terliur’ Dapatkan Kaoru Mitoma

Kaoru-Mitoma-Brighton-Hove-Albion

Chelsea berminat untuk menjalankan urusniaga bersama Brighton and Hove Albion apabila salah seorang pemain utama The Seagulls, Kaoru Mitoma sekali lagi menjadi sasaran The Blues. Kelab yang berpangkalan di London itu kini dibimbing oleh jurulatih baharu dari Itali, Enzo Maresca dan sedang rancak dalam urusan jual beli pemain bagi memantapkan pasukan menjelang sepak mula Liga […]

De Ligt Setuju Sertai Manchester United

Pertahanan kental Bayern Munich, Matthijs De Ligt difahamkan setuju untuk sertai gergasi EPL, Manchester United bagi musim baharu nanti.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang melaporkan bahwa De Ligt bersedia untuk membuat perbincangan bersama Manchester United mengenai tawaran kontrak. Pada musim lepas dibawah kendalian Thomas Tuchel, pemain berusia 24 tahun ini […]

Pemain Warisan Malaysia Sertai Chelsea

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan menyertai Chelsea bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris 2024/2025.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa pemain warisan Malaysia ini bakal beraksi semula dibawah kendalian Enzo Maresca.  Pemain berusia 25 tahun itu akan melengkapkan ujian kesihatan sekaligus akan menandatangani kontrak sehingga bulan Jun 2026. […]

Latihan Bersama Kelab EPL, Wolves Bantu Hazim Abu Zaid Capai Prestasi Sebenar

Pengalaman berlatih bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves sedikit sebanyak membantu melonjakkan prestasi Hazim Abu Zaid. Hazim Abu Zaid yang merupakan tunjang utama di bahagian serangan Imigresen FC musim lalu terpilih menjadi salah seorang pemain yang dihantar ke England Februari lalu. Seramai 12 orang pemain telah menyertai delegasi Dare To Dream ini hasil kerjasama […]