Ten Hag Minta Penyokong Man United Lebih Bersabar

Pengurus Man United, Erik ten Hag meminta penyokong agar bersabar dan memberinya ruang untuk meningkatkan potensi pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Komen ini timbul tatkala United tewas buat kali ketiga dalam liga untuk musim 2024/25. Pasukan itu tewas kepada Tottenham Hotspur 3-0 di Old Trafford pada 29 September lalu. Brennan Johnson, Dejan Kulusevski […]

EPL: Tottenham Hotspur Berpesta Gol Aibkan Man United

Aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini telah menyaksikan Man United terus gagal mengutip tiga mata penuh setelah diaibkan Tottenham Hotspur di Old Trafford. Setelah diikat seri tanpa jaringan oleh Crystal Palace, Man United turun ke laman sendiri untuk menerima kunjungan Tottenham Hotspurs yang catat kemenangan 3-1 ke atas Brentford. Barisan terkuat diturunkan oleh […]

Cole Palmer Cipta Sejarah Baru EPL

Bintang Chelsea, Cole Palmer mencipta sejarah baru dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.  Cole Palmer muncul pemain pertama yang menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton malam tadi.  Pemain berusia 22 tahun ini meledak empat gol dalam masa 20 minit dan tiga gol dalam 10 minit. Beliau menjaringkan […]

EPL: Arsenal Beri Harapan Palsu Buat Leicester City

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu menyaksikan Arsenal cemas seketika sebelum berjaya menafikan usaha Leicester City untuk membawa pulang mata di Emirates. Setelah dikecewakan Man City minggu lalu, Arsenal turun di laman sendiri untuk terus memberi tekanan di kedudukan teratas liga dengan berdepan pendatang baharu, Leicester City. Kesebelasan utama Arsenal ditunjangi gandingan Bukayo Saka-Kai […]

EPL: Newcastle United Bangkit Ikat Manchester City

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Manchester City meneruskan rekod tanpa kalah selepas diikat Newcastle United dengan keputusan 1-1. Skuad kendalian Eddie Howe pastinya memburu kemenangan di laman sendiri selepas tewas bertemu Fulham minggu lepas. Sementara, Man City mahu mengekalkan rekod terbaik mereka. Pertahanan Man City, Josko Gvardiol membuka jaringan pertama pasukan selepas […]

Bernardo Silva: Liverpool Sudah Menang EPL, Arsenal Belum

Bintang Manchester City, Bernardo Silva memberi pandangan mengenai perbezaan Liverpool dengan Arsenal sejurus selepas tamat perlawanan tempoh hari. Manchester City berjaya mengikat Arsenal di laman sendiri pada saat akhir perlawanan selepas John Stones menjadi wira pasukan menjaringan gol penyamaan pada masa tambahan 90 minit permainan. Pemain sayap The Citizens itu menyatakan perbezaanya ialah The Gunners […]

EPL: Man City Hampir Dimalukan 10 Pemain Arsenal

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini menyaksikan Man City dan Arsenal terikat seri dalam satu aksi yang penuh mendebarkan. Man City yang mencatat kemenangan tipis ketika berdepan Brentford bakal menanti kunjungan Arsenal yang muncul pemenang dalam pertembungan Derbi London Utara minggu lalu. Ayam tambatan Man City, Erling Haaland kekal mengemudi jentera serangan manakala […]

EPL: Bournemouth ‘Mangsa’ Amukan Liverpool

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Liverpool kembali bangkit meraih kemenangan selesa ke atas Bournemouth di laman sendiri. Setelah dikejutkan dengan kekalahan memalukan di tangan Nottingham Forest minggu lalu, Liverpool bakal berhadapan Bournemouth yang turut dikecewakan Chelsea pada aksi terdahulu. Kesebelasan utama Liverpool sedikit tempang tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker manakala Bournemouth […]

EPL: Chelsea Rampas Kedudukan Kedua, Bedil West Ham

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Chelsea terus mengekalkan rentak kemenangan menewaskan West Ham dengan keputusan 3-0. Pemain terbaharu Chelsea, Jadon Sancho terus diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama selepas aksi memukau minggu lepas.  Sementara, skuad kendalian Julen Lopetegui mahu mencari kemenangan kedua dalam saingan EPL musim ini.  Seawal empat minit pertama, Chelsea […]

Arsenal Buat Pep Guardiola Tak Senang Duduk

Peningkatan kualiti pemain Arsenal dari tahun ke tahun membuatkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak senang duduk. Bagi merapatkan jurang dengan City, The Gunners mula berbelanja besar sejak beberapa musim lalu. Antara pemain yang dibawa ke Stadium Emirates ialah Kai Havertz, Gabriel Jesus dan Martin Odegaard. Peningkatan kualiti ini terserlah apabila The Gunners menghambat City […]

Ten Hag: Itu Ronaldo Cakap, Bukan Saya

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag enggan melayan kritikan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo. Ronaldo kembali mencetuskan pertelagahan dengan bos lamanya apabila menuduh ten Hag tidak memiliki mentaliti kemenangan yang diperlukan di Old Trafford. Ini disebabkan pengurus Belanda itu dilihat realistik tentang prospek trofi utama yang dikejar United seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan enggan menetapkan […]

EPL: Liverpool Terduduk Di Tangan Nottingham Forest

Rekod tanpa kalah Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) lebur apabila tewas kepada Nottingham Forest di Anfield. Kedua-dua pasukan mahu mengekalkan momentum masing-masing dengan kedua-duanya masih belum tewas dalam EPL setakat ini. Morgan Gibbs-White mengetuai cabaran Forest. Manakala Mohamed Salah pula terus diberi kepercayaan oleh Arne Slot untuk mengetuai jentera serangan Liverpool. Separuh masa pertama […]

EPL: Man United Gah Tewaskan Southampton

Man United kembali meraih kemenangan apabila menewaskan pendatang baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton di Stadium St. Mary. Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit selepas tewas dalam aksi sebelumnya. United dimalukan 3-0 oleh Liverpool dengan Southampton pula menjadi mangsa amukan 3-1 Brentford. Jack Stephens diberi tugas mengetuai cabaran The Saints. Manakala pemain perancang Portugal, Bruno Fernandes […]

Man United Perlu Bersatu, Kata Ten Hag

Pengurus Man United, Erik ten Hag menyifatkan pasukan itu perlu bersatu jika ingin kembali menjadi pasukan yang digeruni. Sejak ten Hag menggalas peranan sebagai pengurus pada musim 2022/23, beliau berdepan pelbagai tekanan untuk mengembalikan semula kegemilangan The Red Devils. Meskipun membantu United bergelar juara Carabao Cup (2022/23) dan The Emirates FA Cup (2023/24), ten Hag […]

“Saya Masih Sayangkan Man United” – Cristiano Ronaldo

Legenda Man United, Cristiano Ronaldo mengakui masih menyayangi kelab itu meskipun meninggalkan kelab berkenaan beberapa tahun yang lalu. Ronaldo menempa nama sebagai legenda kelab itu dari 2003 hingga 2009. Beliau membantu United melakar pelbagai pencapaian termasuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Selepas merekodkan lebih banyak kejayaan trofi bersama Real […]

Arsenal Menderita Awal

Arsenal berdepan tugas sukar menjelang aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur pada 15 September ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Mikel Arteta itu kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan penggantungan perlawanan. Pemain tengah England, Declan Rice perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Ini selepas beliau mengutip kad kuning kedua semasa menentang Brighton […]