Qatar & Manchester United Berebut Xavi

Nama bekas jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez kini dicanang sebagai calon yang berpotensi menggantikan pengurus Manchester United, Erik ten Hag. Akhbar Daily Mail melaporkan United sudah berhubung dengan jurulatih berusia 44 tahun itu melalui perantara sebanyak dua kali pada September lalu. Khabar angin ini diperkuatkan lagi dengan siri mesyuarat membabitkan barisan eksekutif The Red Devils diketuai […]

EPL: Drama Dua Penalti & VAR Hiasi Kemenangan Liverpool Ke Atas Chelsea

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini menyaksikan Liverpool membenam cabaran Chelsea dalam aksi penuh drama dan sengit. Setelah diikat Nottingham Forest dalam aksi terakhir, Chelsea berdepan tugas berat apabila bakal berdepan pendahulu liga ketika ini, Liverpool di Anfield pada perlawanan minggu ke-8. Liverpool turun tanpa penjaga gawang utama, Alisson Becker yang mengalami kecederaan […]

EPL: Bournemouth Leburkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi menyaksikan Bournemouth leburkan rekod tanpa kalah Arsenal di laman sendiri dengan keputusan 2-0.  Skuad kendalian Arteta turun dengan misi penting tiga mata mengekalkan kedudukan teratas liga sementara Bournemouth pula memburu kemenangan keempat EPL musim ini.  Selepas setengah jam aksi, pertahanan Arsenal, Wiliam Saliba dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan […]

EPL: Manchester United Bangkit Tundukkan Brentford

Manchester United bangkit pada babak kedua untuk meraih kemenangan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Brentford. United mahu kembali meraih kemenangan selepas kali terakhir melakukannya ke atas Southampton pada 14 September lalu. Manakala Brentford pula mahu meneruskan kemenangan selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers 5-3. Rasmus Hojlund terus menjadi sandaran gol pengurus The Red Devils, […]

Ten Hag Seru Pemain Kembali Ke Perancangan Asal Man Utd

Pengurus Man Utd, Erik ten Hag mahu barisan anak buahnya kembali kepada perancangan asal pasukan itu. Pengurus Belanda itu melihat itu merupakan solusi kepada prestasi tidak menentu yang dihadapi The Red Devils sejak awal musim 2024/25. Musim 2024/25 menyaksikan United berada di tangga ke-14 liga dengan lapan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan. Pasukan itu hanya […]

Manchester United Rancang Bina Stadium Baru Lebih 100,000 Kapasiti Tempat Duduk

Kelab gergasi England, Manchester United bercadang untuk membina stadium dengan kapasiti sekitar 100,000 tempat duduk penonton. Menurut laporan dari Manchester Evening News, pihak kelab mahu menghantar surat permohonan bagi membina stadium baharu buat The Red Devils selewat-lewatnya penghujung tahun ini Sumber kelab menganggarkan stadium baharu akan menelan belanja sekurang-kurangnya £2 bilion dan pemilik bersama baharu […]

Thomas Tuchel Kongsi Sebab Sanggup Tolak Sertai Manchester United

Pengurus baru England, Thomas Tuchel akhirnya mendedahkan sebab beliau menolak menyertai Manchester United. Pengurus United, Erik ten Hag berdepan tekanan susulan prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim 2024/25. Tuchel antara nama yang dicanang sebagai pengganti pengurus Belanda itu. Malah, bekas pengurus Chelsea itu turut mengadakan perbincangan dengan pemegang saham minoriti The Red Devils, […]

Manchester United Makin Derita

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United terus berdepan kesukaran menjelang aksi liga seterusnya pada 19 Oktober ini. Ini selepas pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui terpaksa berehat kerana mengalami masalah palpitasi pada bahagian jantung. Sebelum ini, bekas bek kanan Bayern Munich itu mengadu merasa kurang sihat semasa aksi EPL menentang Aston Villa pada 6 […]

Ten Hag Arah Man United Bina Dinding RM1 Juta

Pengurus Man United, Erik ten Hag tetap fokus kepada tugasnya melatih pasukan meskipun berdepan tekanan ketika ini. Ini selepas akhbar The Sun melaporkan pengurus Belanda itu meminta dinding putih dibina sekitar pusat latihan United di Carrington. Kos pembinaan dinding itu mencecah £200,000 (RM1.1 juta). Ten Hag meminta dinding dibina bukan saja mahu memastikan sesi latihan […]

Ten Hag Tenang ‘Apa Itu Tekanan?’

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag langsung tidak terganggu dengan tekanan yang dihadapinya ketika ini. Kedudukan ten Hag dalam bahaya susulan prestasi tidak menentu United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25. Ketika ini, The Red Devils menduduki tangga ke-14 liga dengan lapan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan. United hanya merekodkan dua kemenangan, dua seri […]

Pemain Malaysia Wakili Fulham Di EPL

Pemain Malaysia dikesan beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Fulham FC. Skuad kendalian Marco Silva menghuni tangga ke-8 EPL selepas tunduk dengan keputusan 3-2 di tangan Manchester City. The Citizens dipaksa bekerja keras sebelum Jeremy Doku mengesahkan kemenangan menerusi satu jaringan cantik pada minit ke-82. Pemain yang dimaksudkan ialah tonggak warisan Malaysia-England, Emile Smith-Rowe […]

EPL: Aston Villa Pastikan Man United Terus Tandus Kemenangan

Hasrat Manchester United kembali ke landasan kemenangan tidak menjadi kenyataan selepas diikat Aston Villa di Villa Park pada Ahad. United yang berada di bawah kendalian Erik Ten Hag telah menyenaraikan barisan terbaik termasuk Marcos Rashford dan Bruno Fernandes untuk mendapatkan keputusan positif. Perlawanan dimulakan dengan Aston Villa yang dilihat mempamerkan corak permainan berintensiti tinggi. Namun […]

EPL: Chelsea & Nottingham Forest Kongsi Mata

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Chelsea terpaksa berputih mata diikat Nottingham Forest di laman sendiri. Setelah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut, Chelsea turun melayani kunjungan Nottingham Forest yang tewas di tangan Fulham minggu lalu. Ayam tambatan, Cole Palmer terus menerajui jentera serangan Chelsea sementara Nottingham Forest pula mempertaruh penyerang New Zealand, Chris Wood […]

Lagenda Liverpool Ganti Ten Hag Di Man United?

Man United dilaporkan sudah mengenal pasti calon untuk menggantikan pengurus Belanda, Erik ten Hag. Kedudukan pengurus berusia 54 tahun itu kembali tergugat lantaran prestasi tidak menentu The Red Devils sejak awal musim 2024/25. United kini di tangga ke-14 liga dengan tujuh masa selepas mengutip dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Pasukan itu juga menjaringkan […]

EPL: Liverpool Menang Tipis Ke Atas Crystal Palace

Aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Liverpool menentang Crystal Palace yang berakhir dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Arne Slot memburu kemenangan di tempat lawan untuk memastikan kekal di tangga teratas liga sementara Cyrstal Palace masih memburu kemenangan pertama dalam saingan EPL musim ini.  Peluang terbaik Liverpool hadir menerusi Diego Jota yang berjaya […]

Man United Masih Boleh Sabar Dengan Ten Hag

Kedudukan pengurus Man United, Erik ten Hag bersama kelab itu masih selamat sekurang-kurangnya untuk dua perlawanan. Kedudukan pengurus Belanda itu dalam bahaya selepas permulaan buruk yang dihadapi The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25. United hanya merekodkan dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan dalam liga. Ini termasuk kekalahan 3-0 di tangan […]