Darren Lok Beri Khabar Gembira Dari Sabah

Penyerang sensasi pasukan Sabah FC, Darren Lok memberikan khabar gembira selepas kembali beraksi menentang Sri Pahang. Pemain berusia 32 tahun sudah disisihkan dalam beberapa perlawanan The Rhinos keraja mengalami kecederaan. Bekas pemain PJ City ini kembali menemui sentuhan jaringan yang amat dirinduinya apabila meledak dua gol dalam perlawanan tersebut. Malah, setiap gerakan pemain kelahiran England […]
Sabah vs Sri Pahang: The Rhinos Jinakkan Tok Gajah

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan di antara Sabah FC menentang Sri Pahang yang berakhir dengan keputusan 4-0. Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke-9 permainan selepas mudah menerima hantaran daripada Ramon Machado. Pada minit ke-43 permainan, penyerang kelahiran Brazil, R. Machado menjaringkan gol kedua buat Sabah selepas menerima kemas lorongan […]
Darren Lok Dah Ada Pesaing

Penyerang Sabah FC dan Harimau Malaya, Darren Lok kini tidak lagi boleh berada di zon yang selesa bersama Sabah selepas pasukan itu membawa penyerang baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Darren kerana kecederaan. Penyerang yang dimaksudkan itu adalah penyerang dari Brazil, Ramon Machado. Ramon tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mempamerkan bisa bersama Sabah. […]
Ketiadaan Penyerang Tulen Jejaskan Permainan Sabah FC

Susulan kekalahan 1-0 di tangan PDRM FC semalam, itu merupakan kekalahan ketiga Sabah FC dalam semua kejohanan. Bagi Nizaruddin Yusof, beliau melihat ketiadaan penyerang tulen di bahagian serangan menjejaskan rentak permainan pasukan itu. Selepas penyerang kebangsaan, Darren Lok terpaksa diketepikan akibat kecederaan, pengendali skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee meletakkan kapten Baddrol Bakhtiar di posisi […]
Nasib Berbeza Dua Penyerang Utama Harimau Malaya

Berbaki lebih kurang lapan bulan sebelum berlangsungnya Piala Asia 2023, ramai pemain sudah mula mengintai tempat dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon. Namun nasib berbeza buat dua penyerang utama skuad negara iaitu Darren Lok dan Syafiq Ahmad. Umum mengetahui, kedua-dua pemain ini sentiasa menjadi pilihan utama Kim Pan-gon dalam mengisi posisi serangan skuad kebangsaan. […]
Liga Super: Sabah Mudah Atasi Cabaran Perak

Sabah kembali mencatat kemenangan dalam Liga Super di hadapan para penyokong mereka di Stadium Likas hari ini. Ini selepas anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee membenam Perak 3-1. Dengan The Bos Gaurus masih dihantui kekalahan besar 4-0 di tangan Selangor beberapa hari lepas, Sabah tahu anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim boleh menjadi mangsa belasahan […]
Liga Super: Terengganu Bangkit Ikat Sabah

Terengganu berjaya mengelak daripada kalah buat kali ketiga berturut-turut. Ini selepas skuad Penyu berjaya mengikat Sabah 2-2 di Stadium Likas untuk aksi ke-11 Liga Super hari ini. Walaupun memegang gelaran naib juara Liga Super musim lepas, ia gagal diterjemahkan di atas padang oleh anak-anak buah Tomislav Steinbruckner untuk saingan musim ini. Sementara Sabah yang menduduki […]
Statistik Trio Serangan Harimau Malaya Menggerunkan

Harimau Malaya bakal menempuh dua ujian getir apabila dijadualkan bertemu dengan Turkmenistan dan juga Hong Kong bermula esok yang menjadi sebahagian daripada misi ke pentas Piala Asia. Skuad kendalian Kim Pan-gon jelas berada dalam posisi terbaik untuk meneruskan aksi cemerlang apabila kini berada dalam motivasi tahap tinggi untuk melakar kemenangan kedua menentang Turkmenistan di Stadium […]
Versatiliti Kumaahran Satu Kelebihan Besar Buat Ong Kim Swee dan Sabah

S.Kumaahran telah bermain di pelbagai posisi berbeza dalam empat tahun kebelakangan, namun naluri seorang penyerang masih begitu tebal di dalam dirinya. Pemain ini menawarkan versatiliti kepada mana-mana jurulatih, dan itu pastinya menjadi kelebihan utama dalam kelibatnya. Kumaahran asalnya seorang penyerang, tetapi diubah ke posisi bek kanan oleh Dollah Salleh ketika bersama Sri Pahang dan kemudiannya […]
Darren Lok Teruja Dengan Percaturan Muka Baharu Kim Pan-gon

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Darren Lok menzahirkan rasa teruja dengan percaturan muka baharu yang dibawa jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon. Darren ketika sesi sidang media pra-perlawanan antara Malaysia dan Kemboja pada esok hari menjelaskan bahawa skuad kali ini sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Menurut Darren, apa yang penting adalah para pemain dapat […]
“Siapa Pun Yang Main, DNA Malaysia Harus Kekal” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu para pemainnya terus mengekalkan DNA bola sepak Malaysia menjelang pertemuan dengan Kemboja esok. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin perlawanan ini bakal menjadi kayu ukur terutamanya bagi menilai aksi para pemain yang baru pertama kali dipanggilnya. Jelasnya, sungguhpun mengharapkan keputusan yang positif daripada aksi ini, namun Pan-gon menegaskan adalah […]
“Kami Dah Jumpa Rumah Di Kota Kinabalu” – Darren Lok

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Darren Lok memaklumkan bahawa beliau dan isteri sudahpun berpindah dan kini menetap di Kota Kinabalu. Selepas secara sah diumumkan sebagai pemain Sabah FC musim depan, Darren Lok terus mengambil keputusan untuk menetap di Sabah. Sebelum ini telah tular beberapa hantaran di laman Facebook isterinya, Abigail yang mencari rumah sewa di sekitar […]
Tiga Pemain Harimau Malaya Sah Sertai Sabah

Pasukan Sabah FC dijangka akan terus memberi saingan hebat pada musim hadapan selepas mereka berjaya membawa masuk beberapa pemain berkualiti. Apatah lagi mereka bakal bersaing dalam Piala AFC musim hadapan. Sabah hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk mengumumkan kehadiran tiga pemain baharu mereka. Ketiga-tiga pemain tersebut adalah bekas penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City), […]
Sabah Sambar Bintang Piala AFC & Harimau Malaya

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Sabah FC melakukan tindakan pantas bagi memperkuatkan pasukan apabila dilaporkan sudah pun mendapatkan tandatangan pemain bertaraf kebangsaan bagi musim 2023. Ketua jurulatih pasukan, Dato’ Ong Kim Swee serius mahu menambah kekuatan pasukan apabila difahamkan telah mendapatkan khidmat tiga pemain termasuklah seorang bintang AFC dan dua lagi pemain Harimau Malaya. Pertahanan […]
Darren Lok Bakal Berpindah Ke Kota Kinabalu

Penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok dikatakan semakin hampir untuk berhijrah pada musim hadapan dengan yang terkini beliau dikaitkan untuk ke Sabah FC. Desas-desus itu bertebaran sejak minggu lalu lagi apatah lagi penyerang Harimau Malaya itu merupakan seorang penyerang yang tajam dan telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super bagi kategori pemain tempatan. Berita […]
Rajin Berlari, Darren Lok Buat Perkara Betul

Kejayaan skuad bolasepak negara menumbangkan tuan rumah, Thailand dalam saingan King’s Cup nyata membuka mata ramai pihak mengenai pendekatan yang diterapkan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon. Sejak wisel permulaan ditiupkan, skuad negara tidak henti-henti memberikan tekanan kepada para pemain Thailand. Tekanan-tekanan yang dilancarkan itu juga melibatkan penyerang negara, Darren Lok yang dilihat beraksi dengan […]