Pengurus Sabah Jawab Masa Depan Darren Lok Musim Hadapan

Pengurus pasukan Sabah FC, Md Joh bin Wid menjawab berkenaan status penyerang sensasi pasukan, Darren Lok bersama pasukan bagi musim hadapan. Pemain berusia 32 tahun itu kini menjalani latihan bersama kem kebangsaan setelah membantu The Rhinos untuk menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super 2023. Masa depan pemain ini terus menjadi persoalan selepas beliau difahamkan […]

Romel Morales Tawarkan Kualiti Penyudah Buat Harimau Malaya

Pemain naturalisasi terbaru Malaysia, Romel Morales semakin hampir membuat penampilan pertama bersama pasukan Harimau Malaya. Romel antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai persediaan terakhir untuk kejohanan Piala Asia bulan hadapan. Penyerang KL City ini menjadi tunjang utama pasukan dibahagian serangan apabila menjaringkan 8 gol dan mencatat 2 bantuan jaringan […]

3 Penyerang Tempatan Tampil Menyengat Musim Ini

Kelibat penyerang tempatan sentiasa menjadi perhatian penyokong liga Malaysia ekoran posisi itu kerap kali diberikan kepada pemain import ketika ini. Berikut merupakan 3 penyerang tempatan yang tampil menyengat dalam saingan liga Malaysia musim 2023: 1. Shahrel Fikri (Negeri Sembilan FC) Shahrel Fikri pamer kebangkitan bersama Negeri Sembilan untuk kembali meledak jaringan dalam saingan Liga Super. […]

Darren Lok Julang Sabah & Malaysia Di Asia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok terus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dalam saingan Piala AFC. Selepas tamat kempen peringkat kumpulan, Darren kini berkongsi tempat ketiga penjaring terbanyak Piala AFC dengan penyerang Chao Pak Kei, Niki Torrao dengan enam gol. Ini berdasarkan kedudukan terkini penjaring gol Piala AFC yang dikongsikan pentadbir akaun X Piala AFC baru-baru […]

Darren Lok Pintas Dua Peledak Kelab Australia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok sungguh berbisa di pentas Asia sehingga berjaya memintas dua peledak gol dari saingan A-League! Ini dibuktikan menerusi kedudukan terkini penjaring gol terbanyak Piala AFC musim 2023-2024. Shintaro Shimazu menerajui carta tersebut dengan tujuh gol untuk Phnom Penh Crown. Menariknya, Darren berkongsi kedudukan kedua dengan penyerang Central Coast Mariners, Marco Tulio […]

“Ketika Bertahan Dia Akan Tekan, Sama Macam Safee Sali” – Razman Roslan

Kualiti yang dimiliki oleh penyerang utama Sabah FC, Darren Lok meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan. Penyerang berusia 32 tahun itu mencatat satu lagi jaringan untuk membantu The Rhinos layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC antara zon Asean. Bintang kelahiran England-Malaysia ini terus diberi kepercayaan untuk memacu cabaran pasukan dan kini menjadi antara […]

Darren Lok Teruja Dapat Banggakan Nama Malaysia Di Asia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia setelah membantu Sabah mencatatkan kemenangan ke atas Hougang United sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Menurut laporan Astro Arena, pemain berusia 32 tahun itu berkata ianya satu pencapaian bermakna untuk layak ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai satu perlawanan lagi yang harus ditempuh dan berharap mereka […]

Sikap Menyentuh Hati Pemain Malaysia Jadi ‘Payung Teduh’ Kanak-Kanak Pengiring

Perlawanan antara Malaysia dan juga Kyrgyzstan bukan sahaja bermakna apabila skuad negara berjaya melakar kemenangan, namun tindakan bermoral para pemain turut diberi perhatian. Langkah setiap pemain diperhatikan sejak kali pertama masuk ke atas padang untuk memulakan aksi. Perlawanan yang berlangsung dengan hujan renyai pada awalnya telah mempamerkan sisi berbeza para pemain terhadap kanak-kanak pengiring yang […]

Darren Lok Harap Aura Pestabola Merdeka Menjelma Berdepan Kyrgyzstan

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap aura aksi Pestabola Merdeka dapat diulangi Malaysia bila menentang Kyrgyzstan. Malaysia mempamerkan aksi cemerlang semasa Pestabola Merdeka 2023 dengan mengalahkan India 4-2 dalam aksi pertama kejohanan. Biarpun skuad negara kecundang 2-0 di tangan Tajikistan pada aksi final, sokongan padu Ekor Harimau Malaya amat dihargai mereka. Justeru, Darren mengharapkan penyokong […]

AFC Cup: Sabah Kembali Cemerlang Di Asia, Belasah Hai Phong

Sabah FC semakin hampir layak ke separuh akhir zon Piala AFC selepas mengalahkan wakil Vietnam, Hai Phong 4-1 di Stadium Likas hari ini. Selepas tewas 3-2 kepada lawan sama beberapa minggu lepas, skuad Badak berharap kelebihan di Stadium Likas dapat membantu mereka meraih kemenangan. Babak pertama menyaksikan Hai Phong cuba menekan Sabah melakukan kesilapan mudah […]

Jurulatih Vietnam Pantau Dua Pemain Sabah

Dua watak penting pasukan Sabah FC kini berada dalam pantauan rapi Hai Phong tatkala kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam aksi Piala AFC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu bakal menjadi detik terbaik buat anak buah Dato’ Ong Kim Swee kembali bangkit selepas dikecewakan lawan tempoh hari. Aksi ini amat penting buat The Rhinos dalam […]

Darren Lok Kini Pesaing Sengit Bekas Penyerang Marseille

Penyerang kebangsaan dan Sabah FC, Darren Lok terus mendapat perhatian sewajarnya dari segenap penjuru Asia selepas memperagakan aksi konsisten bersama pasukan. Pemain berusia 32 tahun itu menjadi tunjang utama pasukan yang beraksi di pentas Piala AFC 2023 dengan merekodkan dua kemenangan bersih. Beliau diberi kepercayaan penuh oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk membentuk gandingan […]

Darren Lok Sedia Bawa Momentum Sempurna Bersama Malaysia

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap dapat meneruskan momentum cemerlang dalam Piala AFC bila menyertai kem latihan Harimau Malaya nanti. Aksi hari ini menentang PSM Makassar menyaksikan Sabah membelasah lawan mereka lima gol tanpa balas. Dua gol daripadanya disumbang Darren pada minit keenam dan ke-46. Biarpun Sabah kini selesa mendahului Kumpulan H selepas dua perlawanan, […]

Darren Lok & Penyerang Australia Sama Hebat

Penyerang pasukan Sabah FC, Darren Lok menerima penghargaan tertinggi apabila berdiri sama tinggi bersama penyerang kelahiran Australia, Dimitri Petratos. Pemain berusia 32 tahun itu beraksi cemerlang ketika membantu The Rhinos untuk menundukkan kelab Singapura, Hougang United. Beliau meledak dua gol penting yang membantu Sabah FC meraih 3 mata pertama dalam kempen Piala AFC 2023. Menurut […]

Darren Lok: Sukar, Tapi Sabah Tidak Mudah Menyerah

Penyerang Sabah FC, Darren Lok memuji semangat juang yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya semasa mengalahkan Hougang United 3-1 hari ini. Biarpun meraih kelebihan 2-0 pada separuh masa pertama, The Cheetahs berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang Jepun, Kazuma Takayama pada babak kedua. Darren memastikan kemenangan milik skuad Badak dengan gol ketiga pada minit ke-62. Biarpun mengakui sukar […]

Darren Lok Lihat Malaysia Kini Sudah Berbeza

Penyerang kebangsaan, Darren Lok menjangkakan satu perlawanan yang menarik bakal dipertontonkan Harimau Malaya ketika menentang Syria dan China kelak. Beliau yang ditemu bual ketika sesi latihan terakhir Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini menzahirkan keterujaan bakal bertemu lawan yang berada di ranking yang lebih tinggi. “Kami jangkakan perlawanan yang sukar. Macam kamu kata, kita […]