“China Tak Jangka Pemain Utama Kita, Moral Mereka Berubah” – Rexy Mainaky

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky mempertahankan keputusannya untuk merombak barisan pemain ketika final Badminton Asia Team Championship (BATC) yang lalu. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, persiapan China seakan sedikit terkejut selepas melihat barisan pemain negara tanpa Lee Zii Jia yang terpaksa berehat akibat masalah pernafasan. “China mungkin tak menjangkakan barisan pemain […]
Weng Hong Yang Dedah Rancangan Awal Bertemu Lee Zii Jia Tak Kesampaian

Pemain perseorangan China, Weng Hong Yang mengakui persiapan sedikit terganggu apabila tidak dapat beraksi menentang jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia di final Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Pemain berusia 25 tahun itu ditemui media selepas perlawanan dan klip temu bual itu telah dikongsikan pengguna X yang dikenali sebagai ‘mai’ beserta terjemahan di kapsyen. […]
BATC: China Muncul Juara, Sekat Impian Malaysia

Hasrat kontinjen badminton lelaki Malaysia mempertahankan trofi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kontinjen badminton lelaki China muncul juara selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas kontinjen negara. Malaysia membuat percaturan dengan menurunkan Leong Jun Hao sebagai perseorangan lelaki pertama. Ini selepas dua jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan Ng […]
China & India Tinggalkan Piala Asia Dengan Cara Yang Sama

China dan India meninggalkan kempen Piala Asia 2023 Qatar dengan cara yang sama walaupun kedua-duanya mengakhiri saingan kumpulan di kedudukan yang berbeza. Selepas selesai peringkat kumpulan, hanya pasukan China dan India sahaja yang mengakhiri kumpulan tanpa sebarang gol yang berjaya dihasilkan. Biarpun China menamatkan saingan kumpulan A di tangga ketiga dengan mengutip dua mata, namun […]
Cristiano Ronaldo Buat Peminat Di China Marah

Nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan para peminat atas tindakan beliau ketika sidang media di China. Sebuah gambar yang kini sedang tular di kalangan peminat menyaksikan Cristiano Ronaldo sedang leka bermain telefon ketika wakil penganjur mengumumkan pembatalan jelajah Al Nassr di China. “Sidang akhbar ini hanyalah formaliti,” kritik seorang peminat. “Penganjur jelas […]
Kelab China Sewakan Trofi Bernilai RM66 Ribu Elak Muflis

Kelab China yang mengalami masalah kewangan kini menyewakan trofi bernilai RM66 ribu untuk elak pasukan jatuh muflis. Guangzhou FC yang sebelum ini dikenali sebagai Guangzhou Evergrande, kini menyewakan trofi yang pernah dimenangi kelab tersebut termasuk trofi Piala FA China yang bernilai RM66 ribu bagi meraih sumber kewangan. Kelab tersebut pernah menjulang 8 kali kejuaraan liga […]
AFC Asian Cup: 4 Pasukan Senasib Dengan Malaysia

Dengan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 Qatar yang semakin lengkap, terdapat beberapa pasukan yang masih gagal menjaringkan gol termasuk Malaysia. Ianya agak berbeza buat China apabila mereka sah mengakhiri Kumpulan A dengan tanpa sebarang jaringan selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia dan China, terdapat tiga lagi pasukan yang masih […]
AFC Asian Cup: Jurulatih China Sedia Dipecat

Jurulatih China, Aleksandar Tarkovic sudah bersedia seandainya beliau kehilangan jawatan selepas China tewas kepada Qatar dalam saingan Kumpulan A Piala Asia 2023 awal pagi tadi. Dengan kekalahan itu, China kini berisiko untuk tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Asia. Bagi Tarkovic, beliau tidak risau jika dirinya bakal dipecat. Ini kerana beliau sudah […]
AFC Asian Cup: China Merana Diaibkan Qatar

China meneruskan ketumpulan mereka di Piala Asia 2023 selepas tewas kepada tuan rumah, Qatar pada aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi. Qatar melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan dua tonggak utama pasukan iaitu Akram Afif dan Almoez Ali hanya diletakkan di bangku simpanan manakala China pula tidak menurunkan […]
AFC Asian Cup: Terjahan Gusti Pemain Lubnan Undang Kontroversi

Aksi kedua Kumpulan A membabitkan China dan Lubnan diselubungi kontroversi gara-gara terjahan keras pemain pertahanan The Cedars, Khalil Khamis. Babak pertama perlawanan itu jadi panas apabila Khamis melakukan terjahan ala gusti ke arah Dai Wai Tsun pada minit ke-12. Sebaik melihat insiden tersebut, pengadil perlawanan, Ko Hyung-jin menghentikan perlawanan bagi membolehkan pasukan perubatan Dragon’s Team […]
AFC Asian Cup: Giliran Lubnan Ikat China

Lubnan dan China terikat seri tanpa jaringan sekali gus menambah kemarau kemenangan China dalam Piala Asia 2023 manakala Lubnan raih mata pertama di Piala Asia 2023. Skuad kendalian Aleksandar Jankovic turun dengan sistem bek berlima dalam perlawanan yang dibarisi Liu Binbin, Zhang Linpeng, Tyias Browning, Zhu Chenjie dan Liu Yang. Lubnan pula bermain dengan formasi […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Lubnan vs China (Live Streaming)

Lubnan dan China akan berentap dalam aksi kedua saingan Piala Asia 2023 hari ini di Stadium Al-Thumamma. Dalam perlawanan pertama, Lubnan terpaksa akur apabila tewas kepada pasukan tuan rumah, Qatar dengan keputusan 3-0. Pasukan China pula sekadar mencatat keputusan seri, 0-0 ketika menentang Tajikistan. Aksi malam ini antara Lubnan dan China amat penting dalam misi […]
Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Gagal Lunas Dendam, Tumpas Kepada China

Malaysia gagal membalas dendam di Sukan Asia yang lalu setelah tewas di minit akhir kepada China dalam aksi Kumpulan A hoki kelayakan Olimpik 2024. Di Sukan Asia yang lalu, China menidakkan hasrat Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir setelah terikat seri 4-4 sekaligus menguburkan impian skuad negara layak ke Olimpik melalui slot juara Sukan […]
AFC Asian Cup: Penyokong China Berang, Anggap Kemenangan Pertama ‘Dirompak’

AFC Asian Cup: Sebilangan penyokong China menzahirkan rasa kurang senang terhadap keputusan perlawanan semalam selepas menganggap kemenangan ke atas Tajikistan telah dirompak. Skuad kendalian Aleksandar Jankovic mahu memadam rekod buruk sejak beberapa perlawanan apabila bertemu pasukan ke-106 dunia itu. Sungguhpun aksi lebih banyak didominasi oleh anak buah Petar Segrt, China tampil lebih baik pada babak […]
AFC Asian Cup: Tajikistan Ikat China Hingga Buntu

China dan Tajikistan turun ke Stadium Abdullah bin Khalifa untuk aksi pertama mereka dalam peringkat kumpulan A Piala Asia 2023. China menurunkan pemain-pemain terbaik mereka seperti Zhang Linpeng selaku pertahanan tengah dan gandingan Wu Lei bersama Tan Long selaku penyerang utama pasukan. Tajikistan yang berada di ranking ke-106 dunia pula meletakkan Rustam Soirov selaku penyerang […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: China vs Tajikistan (Live Streaming)

Perlawanan kedua bagi saingan Kumpulan A di kejohanan Piala Asia 2023 hari ini bakal melibatkan pertemuan antara pasukan China dan Tajikistan. China dibawah kendalian jurulatih, Aleksander Jankovic sudah tentu akan menurunkan barisan terkuat demi mencari kemenangan pertama. Pengendali Tajikistan, Petr Segrt pastinya mempunyai taktikal dan magis tersendiri untuk cuba menundukkan pasukan China yang kini berada […]