Qatar Terima Tamparan Hebat Sebelum Bertemu Malaysia B-23

Skuad Qatar Bawah 23 Tahun (B-23) menerima tamparan hebat sebelum bertemu dengan skuad B-23 negara untuk aksi persahabatan seterusnya pada 7 April ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing jurulatih Portugal, Ilidio Vale itu tewas 2-0 kepada skuad China B-23 baru-baru ini. Perlawanan ini menjadi sebahagian daripada persiapan Qatar mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 yang […]

Malaysia Alami Kekalahan Kepada Skuad B-23 China

Skuad B-23 Malaysia terpaksa akur selepas ditewaskan pasukan China dalam satu perlawanan persahabatan tertutup. Aksi pemanas badan yang berlangsung di bumi Qatar malam semalam menyaksikan Malaysia ditewaskan skuad muda China dengan keputusan 2-1. Perlawanan ini sebagai persiapan pasukan sebelum memulakan aksi pertama di pentas Piala Asia B-23. Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Juan Torres […]

Bekas Jurulatih China Mengaku Terima Rasuah RM47 Juta

Bekas jurulatih China, Li Tie mengaku bersalah menerima rasuah bernilai hampir RM47 juta sewaktu perbicaraan mahkamah yang membongkarkan rasuah dalam bola sepak China. Li Tie dan bekas pengerusi Persatuan Bola Sepak China, Chen Xuyuan antara yang menjalani perbicaraan mahkamah atas salah laku menerima rasuah. Chen Xuyuan menerima hukuman penjara seumur hidup pada minggu ini kerana […]

Singapura Jadi Mangsa Amukan China

China tidak berdepan masalah yang besar untuk mengutip tiga mata penuh menentang Singapura dalam aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Olimpik Tianjin sebentar tadi. Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan tanpa kehadiran penyerang berbisa masing-masing. China memulakan perlawanan tanpa Elkeson manakala Singapura pula turun tanpa Ikhsan Fandi. Kedua-duanya memulakan aksi di bangku simpanan. […]

Pemain China Mahu Bersara Awal Gara-Gara Singapura

Kejayaan Singapura mengikat China 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 semalam mendorong kapten pasukan itu untuk mengumumkan persaraan. Akhbar South China Morning Post melaporkan kapten China, Zhang Linpeng berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi yang dipamerkan pasukan itu. Zhang melihat kegagalan China menewaskan The Lions di tempat lawan meskipun memiliki kelebihan dua gol sebagai […]

Penyokong China Berang, Minta Pulangkan Duit Tiket Selepas Diikat Singapura

Rata-rata penyokong pasukan China berang apabila pasukan negara mereka sekadar mendapat keputusan seri berdepan Singapura semalam. Hadir membanjiri perkarangan Stadium bagi memberi sokongan penuh buat pasukan, penyokong China akhirnya terpaksa akur apabila Singapura berjaya bangkit menyamakan kedudukan. Dengan keputusan 2-2 yang dicatatkan malam tadi, penyokong China meluahkan rasa tidak puas hati selepas tamat perlawanan. Ramai […]

Singapura Bangkit Ikat China

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan diantara Singapura dan China bagi aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 berakhir dengan keputusan 2-2. Seawal 10 minit permainan, penyerang China, Wu Lei menjaringkan gol pertama pasukan. China terus menguasai permainan dengan asakan bertali arus. Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny terus menjadi wira negara apabila beliau menidakkan sepakan penalti […]

Hariss Harun Kesan Perubahan Besar Kem Singapura

Kehadiran Tsutomu Ogura sebagai pengendali baharu Singapura telah mula memberikan perubahan besar kepada kem kebangsaan Singapura menurut Hariss Harun. Ketua jurulatih Singapura itu bakal melaksanakan tugasan pertama berdepan China kelak setelah tiba pada Februari lalu bagi menggantikan pemergian Takayuki Nishigaya. Kapten pasukan Singapura, Hariss Harun mengakui Tsutomu Ogura telah memberikan impak segera terhadap skuad Singapura […]

Trio Fandi Ketuai Singapura Kekang Ancaman China

Singapura mengumumkan barisan pemain bagi menghadapi China dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Bola Sepak Singapura menyaksikan tiga tonggak utama pasukan iaitu Ikhsan Fandi, Irfan Fandi dan Ilhan Fandi bakal menerajui pasukan. Ikhsan yang kini bersama BG Pathum akan mengetuai jentera serangan bersama adiknya […]

China Masih Mahu Bertemu Malaysia

Meskipun telah beradu sebanyak dua kali, skuad China Bawah 23 Tahun (B-23) tetap memilih Malaysia sebagai lawan untuk aksi persahabatan sebelum Piala Asia B-23. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato ‘Hamidin Mohd Amin baru-baru ini. Selain China, tuan rumah Piala Asia B-23 2024 iaitu Qatar dan India juga bakal […]

KL Rovers Jatuh Ke Tangan Pelabur Luar Negara

Kelab Liga M3, KL Rovers menjadi pasukan pertama Liga Malaysia (Liga M) yang memiliki pemilik yang berasal dari luar negara. Arena Metro melaporkan perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah KL Rovers FC Sdn Bhd, Ashraf Mazlan. Beliau mendedahkan pemilik baru Rovers berasal dari China dan sudah menjadi sebahagian daripada pemegang saham pasukan itu. “Betul, syarikat […]

Qatar & China ‘Tunggu’ Malaysia

Perkhabaran terbaru mengenai perjalanan skuad bawah 23 tahun negara apabila dua negara iaitu Qatar dan China bakal menjadi lawan terbaru negara. Skuad bimbingan Juan Torres Garrido telah mengharungi aksi persahabatan di China tempoh hari yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Keputusan ini dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada […]

China Lantik Jurulatih Berprofil Tinggi

Persatuan bola sepak China hari ini mengumumkan pelantikan Branko Invankovic sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Aleksandar Jankovic. Susulan prestasi buruk dalam saingan Piala Asia baru-baru ini, langkah drastik dibuat oleh pihak persatuan bagi memastikan China dalam landasan terbaik hadapi aksi seterusnya iaitu kelayakan Piala Dunia. “Bagi persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia […]

Takahiro Kunimoto Tiba Di China, Siap Sedia ‘Gempur’ Divisyen Dua

Bekas arkitek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tiba di China bagi menghadapi musim baharu di saingan China League One.  Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahanya awal bulan Februari yang lalu bersama pasukan Liaoning Tieren F.C secara percuma. Beliau kini sudah berada bersama pasukan bagi hadapi aksi pra musim, seperti yang dilaporkan media China, Hotpot […]

Jurgen Klinsmann Bakal Jadi Jurulatih China?

Bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dilaporkan dalam radar untuk dilantik sebagai jurulatih China. Pengendali berusia 56 tahun itu dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) selepas hanya berjaya membawa pasukan ke pentas separuh akhir Piala Asia 2023. Beliau juga disifatkan gagal mengawal bilik persalinan selepas pergaduhan yang berlaku antara kapten pasukan, Son […]

Lionel Messi Nafi Dakwaan Anti Dengan Orang China

Lionel-Messi-Inter-Miami-CF

Bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi telah menafikan dakwaan beliau anti dengan orang China setelah tidak turun bermain dalam aksi persahabatan di Hong Kong. Pasukan Inter Miami sebelum ini mengadakan beberapa aksi persahabatan di Asia seperti Arab Saudi, Hong Kong dan juga Jepun namun konflik tercetus apabila Lionel Messi tidak turun bermain sewaktu menentang Hong […]